Cinta dan Sekufu..


Cinta Tak Sekufu..
Sekiranya terjadi pada kita, apa yang akan kita buat?

Usaha menjadi yang terbaik, cari lain yang lebih baik atau berdoa berserah semoga segalanya menjadi lebih baik tanpa usaha, 
"Ah! lantaklah, dah macam ni hidup aku dia kena terima aku seadanya.." 
Boleh macam tu? 
Jika niat kita tidak ikhlas dalam mengejar cinta yang suci, yang suci pun boleh jadi 
tak murni.

Sekufu? Apa tu?
Kafa'ah atau kecukupan (competency) iaitu tak sama taraf, atau kedudukan dengan pasangan. Lebih kurang latar belakangnya, lebih kurang tahap ilmunya, lebih kurang hala aqidahnya. Ia bukan syarat sah, namun jika dua-dua redha, kira sahlah pernikahannya.

Bagi si perempuannya, Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
 "Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang kamu redha terhadap agama dan akhlaknya, maka terimalah lamaran pernikahannya. Jika kamu tak melakukan demikian, maka akan terjadi fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang besar. Baginda mengucapkannya tiga kali". (Riwayat al-Tirmizi)

Dan bagi si lelakinya, dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda : “Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan karena agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama niscaya kamu bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)

Kita diberi hak untuk memilih. Kenapa perlu sekufu?
Ianya penting, sekirannya pasangan tidak sama taraf atau terlalu jauh bezannya, ditakuti timbulnya salah faham. Pasangan yang tidak setaraf ini perlu masa untuk lebih pengertian dan penerimaan, maklumlah beza ketara dari sisi itu dan ini. Kerana itu kita perlu mencari yang sekufu, jika tak diperoleh, perlu kuat dan istiqamah membina keserasian.


Islam menggalakkan penganutnya mencari pasangan yang sekufu yakni setaraf. Kalau hendak mencari, biarlah pasangan itu tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah tarafnya dengan diri kita.

Adakah benar omongan bahawa rendahnya taraf lelaki itu bakal mengundang perkahwinan yang tidak akan bertahan lama? Bagi kaum hawa, ianya tiada masalah. Namun bagi lelaki, ini adalah beberapa kemungkinan yang bakal mereka hadapi semasa menjadi pasangan suami isteri.

Pertama, si isteri bakal menanggung perbelanjaan isi rumah termasuklah perbelanjaan si suami. Kedua, si isteri berpotensi besar untuk menjadi seorang “queen control” kerana kuasa membeli terletak di tangannya. Ketiga, orang ramai yang mengetahui perkahwinan mereka akan bercakap di belakang. Maklumlah, perbezaan mereka bagaikan langit dan bumi. Keempat, kalau tiada kesedaran yang cukup tentang agama, si isteri akan melawan si suami kerana semua perlu ditanggung oleh beliau. Kelima, si suami yang bosan dengan kerenah isteri, akan bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Keenam, lama- kelamaan, kalau masalah sentiasa datang dan masing- masing tidak dapat mencari kesesuaian, mereka akan bercerai.


sumber gambar - incik gugel...

Cinta itu buta. Iya memang... Ada sahaja benda mustahil yang boleh berlaku di dalam percintaan. Namun, kita berpijak di bumi yang nyata. Sesetengah perkara yang tidak logik di dalam percintaan biasanya berlaku di dalam cerita Bollywood.

Oleh itu, tepuk dada tanya iman...



Best Regard,
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK