Memaparkan catatan dengan label Zakat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zakat. Papar semua catatan

Tiak Grazie Untuk Mereka..

Pagi tadi telah diadakan Majlis Yaasin dan Tahlil di Balai Masjid Negeri Johor.
Bersempena dengan kesyukuran jumlah pungutan zakat harta negeri Johor 2010 yang melepasi sasaran.
Alhamdulillah, semakin tahun angkanya semakin meningkat jumlahnya.
Ramai yang sudah sedar akan tanggungjawab yang diwajibkan oleh Allah SWT untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan (asnaf).

TAHNIAH dan TERIMA KASIH warga Johor yang telah berzakat harta.
Untuk tahun 2010, sasarannya melebihi sasaran kerja.
Itu menampakkan peningkatan yang positif.
Walaupun ianya masih tidak boleh menandingi kutipan Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ),
tapi MAINJ tetap berusaha untuk memperluaskan pengetahuan orang ramai tentang kepentingan berzakat harta justeru cuba untuk 'membesarkan' lagi nilai pendapatan untuk tahun 2011.

Tahniah juga buat Bahagian Operasi Zakat, MAINJ yang bekerja kuat capai sasaran.


Dapat free 2 pasang kain ela untuk buat baju melayu teluk belanga dan baju batik.
Warna tema MAINJ tahun ni Violet Pink. Nak buat baju ni kena $$$ lagi. Adeh, hehe...
 Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.
 SUDAHKAH ANDA BERZAKAT HARTA?


**Berbaloi juga tahun lepas aku berpanas di Tol PLUS Skudai untuk mengedarkan flayers tentang kepentingan berzakat harta kepada pengguna lebuhraya. Panas wehh.. Hehe...


Best Regard,
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Dah Berzakat Belum..

Esok 31hb. Disember, hari terakhir bagi tahun 2010.
dan juga Cuti Peristiwa sempena kemenangan skuad kebangsaan di Piala AFF yang berjaya membaham garuda. Terima kasih.

Pengumuman...
Kepada warga Johor yang ingin membayar Zakat Harta,
Esok Kaunter Zakat akan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Marilah kita sucikan harta dengan berzakat.
Rezeki melimpah ruah di dunia ni hanya sementara,
semuanya kekal milik Allah SWT.
Kongsilah harta kamu dengan golongan yang memerlukannya.
InsyaAllah keberkatan tu penting...



**Aku tak terlibat dengan kaunter zakat esok. Jadi cutilah dihari penghulu segala hari... Untung-untung anda boleh dapat souvenir dari MAIJ kalau bayar zakat... InsyaAllah..


Best Regard,

Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Datang Bulan..

Hari ni dah masuk bulan Disember.
 Tak lama lagi dah nak meninggalkan 2010.
Agak-agak azam semua dah tercapai?
Hahaa.. Tak mengapalah, masih ada 30 hari lagi berbaki kan... ;)


7hb. cuti awal Muharram, apa lagi 6hb apply cuti ler. Hikhik...

Bulan Disember kenduri kahwin sana sini.
Bumi jadi basah gara hujan yang tak menentu.
Staf berlumba-lumba perhabiskan cuti tahun yang gaban banyak.
Anak-anak cuti sekolah, yang student IPTA menyibukkan diri kerja part-time.
Macam-macam ada bulan Disember...

Dan bagi kami di MAIJ, bulan ni penuh dengan cabaran.
Sebelum 2010 melabuhkan tirai, kami mesti kena capai angka yang telah disasarkan.
Kalau lebih lagi bagus. Jadi kenalah kerja kuat bulan ni.



Pagi tadi aku dapat surat arahan bertugas dihujung minggu.
Aku kena bertugas di kaunter penerangan zakat harta
di Danga City Mall, Johor Bahru.
  Kira overtime la ni... Adehhh...



Tak apalah, dah nama pun kerja.
Redha dah buatlah kerja hakiki dengan ikhlas.
Ayat poyo gwa...
Terpaksa cancelkan apa yang dah dirancang hujung minggu ni.
Pada kawan-kawan semua,
Segala perancangan hari Sabtu kita tunda ke hari Ahad k.
PC Fair tak tutup pun hari Ahad tu...
Hehee...
Bagi sesiapa yang bergaji besar, jangan lupa berzakat.
yang bergaji kecil pun...
Bersihkan hati dengan berzakat.
Zakat membawa berkat dunia akhirat, insyaAllah...

**JOM BERZAKAT HARTA...


Best Regard,


Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Zakat Puasa..

Assalammualaikum.
Hari ni nak buka apa ya? Bila fikirkan juadah untuk berbuka bermacam-macam jenis makanan yang terlintas kat benak. Berbagai-bagai yang hendak ditelan. Bila sudah dibeli, tiba saja masa untuk berbuka memadai hanya sekadar air seteguk dah membuatkan perut ni kenyang terisi. Hari ni masuk hari ke-12 kita berpuasa. Kawan sekali pun tak pernah jejak lagi ke Bazar Ramadhan. Bukannya apa, kawan ni kuat makan, bila melihat pelbagai santapan berbuka dijual rambang pula mata, karang semua makanan hendak dibeli. Habis tak juga. Syukurlah. Kawan cukuplah dengan hanya air kosong dan nasi putih berlaukkan apa saja yang dimasak ibunda tercinta sudah cukup untuk kawan menahan perut untuk berpuasa keesokan harinya.


Dibulan Ramadhan ni, sibuk juga aktiviti kawan. Kawan baru saja balik dari jaga kaunter zakat di pusat membeli-belah Free Duty The Zone, Johor Bahru. Dari situ, pelbagai karenah manusia kita dapat lihat terutamanya umat Islam dibulan Ramadhan. Yang negatif, ada yang selamba badak hisap rokok, ada yang minum air tin dan yang paling ramai kaum hawa yang memakai baju tak cukup kain. Tapi tak boleh cakap juga, fasal di pusat beli-belah yang kawan jaga tu memang kawasan Kaum Singa bertandang termasuk juga warga Indonesia. Jadi tak mustahil la kalau muka melayu tapi bertatu dan tangan memegang tin Calsberg. Bila tengok logo kat baju kami, lintang pukang mereka lari. Takut kena tangkap mungkin. Tapi kawan bahagian unit zakat, jika kawan bahagian penguatkuasa, dah lama kawan tahan tangkap masuk lokap.

Untuk makluman semua khususnya warga Johor, nilai Zakat Fitrah yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor bagi tahun 1431H bersamaan 2010 adalah RM5.00 bagi umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram dan RM7.50 bagi umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional). Kadar ini sama dengan kadar yang ditetapkan pada tahun lepas. Tiada perubahan. Jadi lepas ni tiada lagi persoalan yang timbul "Tahun lepas saya bayar RM4.70?". Kawan tanya balik, "Encik mungkin tak bayar tahun lepas kot?". Dibalas, "Bayarlah, ada lagi resitnya dalam wallet saya nih". Kawan menjawab balik, "Boleh tunjukkan pada saya resitnya?". Terus dia berlalu dengan senyuman lagak seperti orang tua yang terpinga-pinga. Bukannya apa, kawan ingin kepastian sekirannya amil fitrah yang dilantik menyalahgunakan kuasa yang diberi. Ada kes, amil tersebut gunakan duit tersebut untuk kepentingan peribadi. Hal ini, amil tersebut boleh dikenakan tindakan.

Kepada saudari Aminah, kawan akan terangkan bagaimana perhitungan Zakat Harta yakni Zakat Emas & Perak jika ada kesempatan. Zakat Pendapatan telahpun kawan terangkan bagi posting yang lepas, jadi insyaAllah kawan akan cuba usahakan.

Baiklah, lagi 2jam nak berbuka. Kawan mahu menolong apa yang patut ibunda tercinta kat dapur. Jangan ingat lelaki tak pandai masak, tapi memang betul pun. Kawan membantu menyibuk saja. Hahaa. Sempurnakan Zakat. Salam.

Best Regard,
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Cukup Syarat.. MESTI...


Assalammualaikum..
Baik, hari ini aku nak kongsi dengan kalian berkenaan Zakat Pendapatan. Ramai yang tak tahu akan zakat ini. Yang sedia maklum hanya Zakat Fitrah yang dibayar pada setiap kali kedatangan bulan Ramadhan. Kalau yang tahu pun, ramai yang abaikan akan tanggungjawab tersebut. Ada yang cakap Saya dah bayar cukai pendapatan, kenapa perlu bayar zakat lagi?” dan ada pula yang berseloroh Sekarang aku dah kenal kau, boleh bagi diskaun?”. Aduh.. Sakitnya jiwa aku. Zakat boleh diskaun ke kengkawan? Oleh itu, hari ini aku nak kongsi dengan kalian tentang Zakat Pendapatan. Untuk warga negeri Johor, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah memutuskan bahawa “Gaji dan pendapatan WAJIB dikeluarkan zakat bila mana cukup syarat-syaratnya”.

Syarat-syarat wajib zakat pendapatan mestilah beragama Islam, merdeka, harta yang sempurna milik, cukup nisab dan cukup haul bekerja iaitu cukup setahun bekerja. Bayaran yang dibuat sebagai upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk juga elaun dan imbuhan daripada apa-apa pekerjaan dan perkhidmatan profesional. Hasil sewa, hasil pendapatan dari pertanian, elaun kerja lebih masa, komisyen juga termasuk di dalam takrifan pendapatan.

Bagi kadar nisab, jumlah pendapatan tahunan yang diwajibkan zakat melebihi nilaian semasa 85 gram emas dan kadar pengeluaran zakat adalah 2.5% atau 1/40 daripada pendapatan yang sempurna syarat-syarat wajib zakat. Bagi negeri Johor, organisasi tunggal yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk pungutan zakat ini adalah resit yang hanya dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor. Selain daripada organisasi terbabit, sama ada sah atau tidak huallahualam. Pembahagian zakat perlulah sama adil dan dibagi sama rata pada semua 8 golongan asnaf. Ini kerana, ada golongan asnaf yang sukar untuk kita  temui di era globalisasi ini untuk menyerahkan zakat wang ini kepada mereka. Golongan 8 Asnaf adalah:
  1. Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
  2. Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
  3. Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
  4. Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
  5. Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
  6. Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
  7. Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
  8. Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan

Untuk zakat pendapatan ini, penolakan-penolakan yang dibenarkan:
i)                   Saraan-saraan yang diperlukan bagi:
a)      Sara diri                -              RM 8,000.00
b)      Isteri                      -              RM 3,000.00 x bilangan isteri
c)       Anak                      -              RM 1,000.00 x bilangan anak
d)      Mereka yang dibawah tanggungannya.
ii)                   Perubatan
iii)                 Pendidikan
 CONTOH PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN..
 
[click image for enlarge]
Jadi, di bawah ini aku sediakan sekali contoh pengiraan Zakat Pendapatan dan Jadual melalui skim potongan gaji bulanan (Skim INFAQ).
 
[click image for enlarge]

Pembayar zakat akan mendapatkan pahala besar yang berlipat ganda, sebagaimana firman Allah Subhaanahu wa Ta'ala, yang bermaksud: "Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah" (QS: Al Baqarah: 276). Dalam sebuah hadith yang muttafaq 'alaih Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam juga menjelaskan bahwa shadaqah dari harta yang baik akan ditumbuhkan kembangkan oleh Allah berlipat ganda. Sebab itu orang kaya terus kaya kerana mereka tidak lokek untuk bersedekah. Tapi sekiranya ade orang kaya yang sebaliknya, huallahualam..

TUNAIKAN ZAKAT, ZAKAT MEMBAWA BERKAT...

Best Regard,

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK