Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

'Babysitter' Tu Cun Sangatlah..

As Salam.. Hari ni aku nak try jadi babysitter. Asyik dok terbeliak tengok pengasuh muda-muda yang cun melecun saja kat taska mana boleh jadi ni. Sekali sekala kena kemas barulah awek-awek KEMAS terpikat. Hahaa.. Tapi minah Indon terkecuali, majoriti ramai yang terlebih sudah. Hehe... Sesuai ke tidak, apa aku kisah. Ada kaitan? Langgar... Lari tajuk. Aku terjumpa ini point, layan sajalah. Bila tengok gambar tu semua kelakar gila... Macam haa... Hehe.. Kasi layan...


1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3)
Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11)
. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15)
. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17)
. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18)
. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22)
. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”


Best Regard,


Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Antara Kalian, Siapa Lagi Kejam..

 Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.
Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.
Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,
“Akulah orang yang paling kejam”, 
Tidak berpuashati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.
Dan dia berkata 
“Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”. 
Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab
“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku”

Perempuan itu adalah Palestin.
Lelaki pertama ialah Israel.
Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.
Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.
Tahniah kepada Umat Islam!! 
Sama-samalah kita muhasabah diri..
sejauh mana usaha kita untuk menolong saudara-saudara Islam kita.. Renung sejenak sebanyak mana doa yg kita telah hadiahkan.. Umat Islam itu lemah kerana mereka JAUH daripada agama mereka sendiri..



 ~ Muhasabah Jumaat...

Best Regard,
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Jauhi Sodium Laureth Sulfate..

Semua ini syampu menggunakan bahan kimia yang dipanggil SLS yang sebenarnya pencuci lantai. Mereka digunakan untuk menghasilkan buih yang lebih. Ada beberapa produk syampu yang mengandungi SLS. SLS ialah kepanjangan bagi Sodium Laureth Sulfate. SLS sebenarnya digunakan untuk cecair pencuci lantai. SLS juga menyebabkan buih yang banyak. Jadi, jika anda guna syampu yang mengandungi SLS, ibarat anda mencuci rambut anda dengan pencuci lantai. Kesannya, akar dan rambut anda akan rosak serosak rosaknya. Fikirkan...

Sodium Laureth Sulfate agen pembersih yang tidak mahal ini biasanya digunakan di dalam pembersih kosmetik, syampu rambut, gel mandian dsb. – Ia adalah kandungan berbahaya yang digunakan di dalam produk penjagaan kulit dan rambut. Dalam industri pembersihan, Sodium Laureth Sulfate (SLS) digunakan di dalam pembersih lantai garaj, pembersih enjin, sabun pembersih kereta dsb. Ia mudah menghakis dan amat mujarab membersihkan kotoran degil di atas permukaan.

SLS digunakan di seluruh dunia dalam ujian klinikal utama iritasi kulit. Makmal menggunakannya untuk mengiritasikan kulit pada haiwan atau manusia ujian supaya mereka boleh menguji agen penyembuhan untuk melihat keberkesanannya pada kulit yang teriritasi.

Satu kajian di University of Georgia Medical College, menyatakan bahawa SLS masuk ke dalam mata, juga ke otak, jantung, hati dsb, dan menunjukkan kebolehannya untuk berada dalam suatu jangka masa yg lama di dalam tisu. Kajian tersebut juga menunjukkan SLS memasuki mata kanak-kanak dan menghalang mereka daripada membesar dengan sempurna dan juga menyebabkan pembentukan katarak bagi orang dewasa. Boleh menyebabkan keguguran rambut dengan menyerang folikel. Diklasifikasikan sebagai dadah di dalam buih mandian kerana ia memakan perlindungan kulit dan menyebabkan ruam serta jangkitan berlaku. Berpotensi merosakkan kulit dan rambut. Membersih dengan menipiskan kulit. Mengeringkan kulit dengan mengalihkan lapisan perlindungan daripada permukaannya supaya ia tidak boleh menggalakkan kelembapan.

Satu lagi masalah serius ialah hubungan SLS dengan kontaminasi nitrate. SLS bertindak dengan banyak jenis kandungan yang digunakan dalam produk kulit dan membentuk nitrosomines (nitrates). Nitrates adalah karsinogenik yg berpotensi menyebabkan barah.

Kerana kuasa penyerapan yg tinggi SLS ini, jumlah besar karsinogen ini diserap melalui kulit ke dalam tubuh. Salah satu SLS ialah SODIUM LAURETH SULFATE (Sodium Lauryl Ether Sulfate- SLES). Ia menunjukkan ciri2 yg sama dan variasi SLS yg lebih berbuih.

Selepas membaca catatan ini, sila pastikan kandungan syampu anda tiada kandungan  SLS. Kalau ada kandungan SLS dalam syampu anda, sila gunakan syampu tersebut untuk mencuci lantai rumah anda. Hehe..

Best Regard,
Posted by: http://draft.blogger.com/goog_442200925

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Kerajaan Johor Iktiraf Ketokohan Mat Indera..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Hanya sekadar coretan yang diambil bulat-bulat dari email saya. Artikel ni agak berat dan mungkin sedikit ada berkisarkan politik, tapi bukan itu yang mahu saya tekankan. Sekadar berkongsi apa yang ada dalam kotak email. Selamat membaca...

Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau. Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.



Siapa Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.



Mat Indera dan Bukit Kepong

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.

Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".

Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.

Rasional bukan emosi

Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang.

Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan". Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?


Rujukan:


Best Regard,
 

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Saudara Kita..

Assalammaualaikum dan salam sejahtera.
Berlaku pagi tadi...
Seorang wanita India kelihatan serba daif bersama 4 orang anaknya yang masih kecil.
"Encik, orang bukan Islam boleh masuk ke sini ke?"
Jawab aku,
"Boleh puan, tapi boleh saya tanya atas urusan apa ye? Mungkin saya boleh bantu?"
Sambil tunjukkan anaknya yang masih kecil dalam dakapan.
"Saya dan anak-anak saya semua ni nak masuk Islam."
Aku dengan nada menyokong penuh,
"Alhamdulillah, kalau macam tu puan boleh ke bahagian dakwah di tingkat 2. Terus saja ni..."


Subhanallah...
Terus meremang aku, bagai ada satu tanggungjawab berat yang perlu aku bantu.
Disebabkan aku pun terkejar-kejar nak berjumpa bos besar yang dah memanggil,
aku hanya sempat tunjukkan arah jalan menggunakan isyarat jari.
Teruk betul perangai aku, bukannya apa...
Sepatutnya aku bawa mereka terus ke pejabat sepatutnya. Utamakan mereka.
Aku terasa bagaikan tak sempurnakan tanggungjawab aku sebagai hambaNya.
Sepatutnya 'saudara baru' kita perlu bimbing dan ajaknya teguh pada ajaran Islam.
Biarkan dia nampak bagaiman gaya hidup saudara seislamnya yang sebenar nanti.
Bukan membiarkannya sorang-sorang mencari 'hala tuju'.
Kita nak mengajak orang bukan Islam anut agama suci Islam memang payah...
Tapi bila ada yang sukarela masuk Islam kita wajib sokong dan
bantu mentarbiahkan mereka.
Supaya mereka tetap dan faham apa maksud Islam itu yang sebenar.

Ada yang kata mereka masuk Islam kerana mahukan bantuan.
Tak mengaplah, selagi mereka berpegang status Islam wang zakat ada kuotanya untuk mereka. Perlu dibantu. Tiada diskriminasi...


**Bersyukurlah kita sejak lahir dah ada agama Islam yang terang-terang tercatit dalam IC..

Best Regard,

Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Telur Berantakan..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Aku ada satu pengalaman nak kongsi.
Satu pagi, semasa di sebuah hotel bukan kat Malaysia,
keinginan aku untuk sarapan telur separuh masak membuak-buak. Entah kenapa...
Tiba masa nak pecahkan telur, rupanya telur tu tak masak lagi, mentahlah...
Aku boleh terima lagi. Layankan saja.
Tapi bila aku nak pecahkan telur kedua, adeiii...
Ada 'peta' cantik punya kat kulit telur. Mungkin mereka basuh tak bersih.
Member aku kata itu tahi ayam. Aduh... Potong stim betullah.
Semua budak-budak ketawa berdekah-dekah. Grr...
Mujur bukan telur tembelang. Terus aku tak selera nak makan, tinggalkan je.
Aduh kempunan...



Jadi terkeluar satu cerita dari member, macamana nak tahu sebiji telur tu busuk atau baik.
Selalunya kena bila nak makan telur separuh masak. Nasiblah kan.
Sesetengah orang juga memanggil telur busuk ini sebagai telur tembelang. 
Kira sinonimlah. Lawannya telur cemerlang lagi terbilang.
Macam ni, sebelum nak masak telur, cuba anda rendamkan dalam air sejuk..
Jika telur tadi tenggelam, maka telur elok dan segarlah telur itu.
Tapi sekiranya ia timbul, maka ianya sudah pun rosak...

Pesal apa?
Ini kerana didalam telur itu sudah mengandungi kantong udara.
Kedudukan kuning telur yang tidak fleksibel berada di posisinya yang betul,
iaitu di tengah-tengah telur.
Kuning telur yang sudah berhampiran dan juga bergeser dengan kulit,
menyebabkan bahagian berudara itu wujud.

Mudah kan? Tapi ini tips dari member akulah.
Kalau dia tipu, aku pun tipulah. Hehe...

**Kalau anda nak teruskan makan ke? Atau report pada customer service. Hehee...


Best Regard,
 

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Geram Punya Garam..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Moga anda semua dalam keadaan sihat hendaknya. InsyaAllah.

Semalam aku ada terbaca satu ruangan interaktif di dada sebuah akhbar.
Ini luahan hati pembaca yang tidak berpuas hati dengan negara seberang tambak.
Geram betul gayanya, tapi aku bersependapat dengan kata-kata beliau.

Kerajaan terlalu berlembut dengan Singapura sehingga mereka buat bodoh tuntutan kita selama ini. Tengok saja penambakan tanah yang mereka lakukan, semuannya menghadap ke arah Johor yang menimbulkan kesan buruk akibat aliran air yang semakin sempit antara kedua negara hingga memberi impak kepada ekonomi negeri ini. Sekirannya mereka tiada niat jahat, kenapa mereka tidak menambak saja kawasan yang menghadap Laut China Selatan seberapa luas yang mereka mahu? Kalau boleh sambung terus ke benua Amerika. Dengan itu, lori kita pun boleh ikut jalan darat untuk ke sana. Secara tidak langsung dapat juga hasil kutipan tol Singapura-Amerika. Mereka untung kita pun untung. Ini tidak mereka saja yang untung memanjang – ASAL TANAH
Isu sensitif? Banyak lagi isu sensitif pasal mereka.
Kalau semua dikaitkan dengan sensitiviti, siapa yang mahu bersuara?
Mereka tambak pasir, kita senyap. Kita mahu jambatan bengkok, mereka bantah keras.
Walaupun sudah ada CIQ baru,
jambatan bengkok pun akhirnya terbatal dengan mudahnya.
Sangat mudah RM700 juta hilang begitu sahaja.
Kalau nak tanya aku, memang aku kurang berkenan dengan mereka.
Angkuh dan bongkak...

Iya, memang mereka ke sini dapat menjana ekonomi pelancongan negara kita,
Tapi kita jangan ambil sambil lewa.
Mereka terlalu 'bebas' sehingga mengisi RON95 tiada siapa berani ambil tindakan.
Memecut di lorong kecemasan lebuh raya tiada siapa berani saman.
Mereka merasuah kita, tiada siapa berani buka mulut.
Mereka punca jalan sesak, tiada siapa berani menyelit di antara mereka.

 

Malaysia kini akan mereka jadikan tempat untuk meninggalkan 'benih'.
Yang akhirnya 'benih' mereka secara automatik menjadi
WARGANEGARA MALAYSIA.
Selepas tanah bumiputera mereka kuasai, istana batu megah berdiri.
Maka bertambahlah rakyat mereka di sini bertopengkan MyKad.
Tapi agenda akar umbi tetap sama. Mudah kan?

Dulu mereka keluar masuk ke negara kita tanpa dikenakan levi,
Tapi kita naik motor ke sana pun dikenakan RM9.40 sehari.
Apatah lagi kereta kita dicaj RM44.80 sehari bila ke sana.
Bila mereka ke Malaysia, satu sen langsung tak disentuh. Suka hati keluar masuk.
Malah saman mereka berjuta ringgit tak berbayar, hal remeh.

Aku geram dengan mereka sebenarnya...
Bertahun-tahun aku bernafas, selangkah pun tak pernah jejakkan kaki lagi ke negara mereka.
Ramai yang pelik jika aku kata aku tak pernah lagi ke seberang tambak.
Walaupun negara mereka boleh dilihat hanya dari tingkap rumah aku jer.
Bak kata seorang ustaz,
"Buat apa kau nak melabur kat negara yang megah dengan kasino? Baik kau ke Langkawi"
(merujuk kepada papan iklan dalam lif yang ditampal oleh sebuah agensi perlancongan tentang pakej murah percutian ke Universal Studio dan ke Langkawi, tapi kini ke Universal Studio dah pun dikoyakkan, oleh siapa.. Huallahualam)

**Hari ini, sikit lagi aku nak dilanggar kereta 'mereka'. Orang kita sendiri beri laluan, yang mereka sungguh angkuh ibarat jalan di Johor Bahru ni hanya untuk kaum mereka saja. SubhanaAllah...


Best Regard,
 

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Lelaki Sangat Tidak Macho Bila...

    1- Meminta wang dari perempuan, walaupun hanya meminta kredit RM10, anda akan dipandang buruk oleh wanita tersebut. (kalau si dia mintak duit shoping dari kita?camner...)
    2- Berpakaian selekeh. anda akan dicop tiada gaya.. (sekarang trend messy ler, huhu..)
    3- Rambut tidak berminyak.. TIDAK!!.. Pasti wanita itu bertanya, 'mamat ni mandi ke tak?' walaupun pada hakikatnya anda mandi.. (kalau pakai jel, mane nampk minyak walaupun dirapi kemas?)
    4- Baju anda tidak bergosok.. Nampak sangat anda pemalas.. hehe (same goes to her)
    5- Anda bersikap pemalu dan tidak berani.. Sebagai lelaki, anda harus berani buat ape saja, barulah wanita terpikat dengan kamu.. (tak jugak)
    6- Anda tidak senyum apabila anda melihat ada wanita tersenyum pada anda, memang sah anda akan diumpat.. (perigi cari timba, gediknya perempuan tu)
    7- Anda selalu ponteng kelas.. Wanita sangat benci lelaki ini.. Maybe tak semua.. Heee.. (ramai jer housemate aku dulu ponteng kelas awek keliling)
    8- Anda sangat panas baran.. Wanita akan takut untuk mendekati kamu.. BAHAYA!! ('beliau' suka leter)
    9- Anda seorang playboy.. Wanita tidak akan sekali-kali berfikir untuk menjadi kekasih kamu.. hahaha.. WOMANIZER!! (boleh diguna pakai)
    10- Anda tidak bersungguh-sungguh semasa melafazkan cinta kepada wanita kesayangan anda.. Kalau cinta anda tidak diterima buat kali pertama, cubalah lagi untuk kali yang seterusnya.. Hati wanita sangat lembut sebenarnya.. Mana tahu jika si dia terpaut dengan kesungguhan anda..WAH!! (beruntung nasib badan)
    11- Anda tidak menjawab pertanyaan wanita.. Memang anda sangat menyakitkan hati.. Jangan haraplah wanita itu nak tegur anda balik.. (asal budi baik dan cara sopan, takkanlah... Ahaks..)
    12- Anda menghentikan perbualan anda dahulu melalui sms.. Tak macho.. (kredit habis)
    13- Anda membiarkan wanita berdiri dalam bas.. Sangat tidak boleh diterima.. (Tapi kalau aku lebih utamakan warga emas, OKU dan pregnant ladies.. Hehe...)


   ** Wahai lelaki bumi, jika kamu tidak mempunyai wajah yang handsome yang mampu mencairkan hati wanita, itu tidak mengapa.. Kerana, sesetengah wanita mementingkan sifat, gaya,cara penampilan kamu dan cara bagaimana kamu melayan wanita..itu saja.. Hahaha...

Best Regard,
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Tak Jadi Juga Akhirnya..

Sebelum ni ada buat entry berkenaan penyangak Iran ini.
Boleh klik di sini... (Ctrl + klik)
Terima kasih pada kerajaan Malaysia yang mengambil berat prihal sensitiviti agama dan masyarakat. Alhamdulillah...

Merujuk akhbar semalam, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengesahkan,
Konsert Mohsen Namjoo yang diadakan pada hari Jumaat ini telahpun dibatalkan.
 Penyanyi yang dikaitkan menghina Islam, al-Quran dan memperkecilkan Nabi Muhammad SAW ini, tidak sewenang-wenangnya mengadakan konsert di Malaysia yang ternyata agama rasminya adalah Islam.

Selain itu ada pihak yang membuat laporan polis bagi meminta campur tangan pihak polis untuk menyiasat bagaimana penyanyi itu dibenarkan membuat persembahan di negara ini, sedangkan dia secara terbuka menghina Islam, selain melarikan diri daripada dikenakan hukuman penjara di negaranya sendiri, Iran.


** Pelik, macam mana artis yang terkenal ini boleh melarikan diri dari dikenakan hukuman penjara. Dunia... Dunia... Kehebatan dinar mengaburi pandangan.

Best Regard,


Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Insan Terpilih Muhammad SAW..

 In a time of darkness and greed, It is your light that we need
You came to teach us how to live, Muhammad Ya Rasool Allah
You were so caring and kind, Your soul was full of light
You are the best of mankind, Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa, Peace be upon The Messenger
The Chosen One...

From luxury you turned away, And all night you would pray
Truthful in every word you say, Muhammad Ya Rasul Allah
Your face was brighter than the sun, Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One, Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa, Peace be upon The Messenger
The Chosen One...

I will try to follow your way, And do my best to live my life
As you taught me, I pray to be close to you
On that day and see you smile, When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One


Salam Maulidur Rasul 1432Hijri...

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

**Teringat 15 tahun dulu, aku juara Azan sempena sambutan Maulid Nabi peringkat kampung aku. Cayalah der, ada gaya tak? Hehe...

Best Regard,
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Halang Penyanyi Ini..

Aku penah dengar juga pasal penyanyi ni.
Si biadap Mohsen Namjoo...
Betul  ke dia nak datang Malaysia?
Cari punya cari dah jumpa.
Bila aku terbaca entry terbaru blog Dr. Faisal Tehrani,
baru aku tahu yang si laknatullah ni confirm nak datang sini.

Namjoo Live in “A Minor” in Kuala Lumpur/Malaysia
Minur Asia & Mini TV Proudly Present
Mohsen Namjoo and his band Live in Kuala Lumpur
Friday February 18, 2011 at the KLCC Convention Centre
8pm
 Apa tindakan kerajaan kita?
Ini bukan masalah muslim Sunni ataupun Syiah.
Hal ini berkaitan maruah agama suci Islam itu sendiri.
Nak baca dengan lebih lanjut sila ke sini
 Terima kasih atas info ni Dr...

 
(ehsan dari blog Dr. Faisal Tehrani)
**Antara entry 'berat' aku. Berpakat merencatkan kedatangan Mohsen Namjoo ini ke Malaysia...

Best Regard,


Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Ketelusan Yang Tulus..

Sekiranya kita hendak mengutarakan pendapat haruslah berdasarkan fakta yang relevan.
Bukan auta atau sembrono yang lebih kepada emosi ataupun berbaur fitnah.
Orang sekarang semua isu nak dipolitikkan.
Baik yang pro atau sebaliknya. Berlumba-lumba mahukan perhatian sang rakyat.
Lihatlah di dada akhbar, penuh dengan janji-janji intan berlian,
Pergaduhan Sang Rimau menentang Singa.

Perlukah kita membaca akhbar alternatif lain sebagai pengetahuan tambahan?
Perlu ke ada penyekatan di situ?
Aku suka baca akhbar Sinar Harian, tapi jarang jumpa kat office.
Bila aku bacanya, tidaklah bagai katak di bawah tempurung kristal.
Akhbar ni baru sampai Johor tahun lepas.
Penuh dengan info bukan IKLAN. Penting sekali telus 50-50.
Ada sisipan setiap daerah yang aku suka. Hehe.
Dah bosan dengan akhbar tabloid. Terlalu mengangkat.
Tahniah!! Sinar Harian. Hehe...


Anda baca akhbar apa?

**Sedang kecoh manis mulut Pilihanraya DUN Tenang...


Best Regard,

Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Sahabat Sebenarnya..

Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ??
Mereka berkedip bersama...
Bergerak bersama...
Menangis bersama...
Melihat bersama dan...
Tidur bersama...
Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain…
PERSAHABATAN seharusnya seperti itu...
Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN...

 (sumber pokcik G)

**Mereka hilang mungkin bersebab... Muncul bila terdesak...


Best Regard,
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Bala Dah Nak Sampai..

 Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasullah S.A.W bersabda :
" Apabila umatku telah membuat lima belas perkara ini maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :
1 . Apabila harta negara hanya beredar pada orang - orang tertentu .
2 . Apabila amanah itu dijadikan sumber keuntungan .
3 . Zakat dijadikan hutang .
4 . Suami memperturutkan kehendak isteri .
5 . Anak derhaka terhadap ibunya .
6 . Sedangkan ia berbaik - baik dengan kawan nya .
7 . Suka menjauhkan diri dari ayahnya .
8 . Suara ditinggikan di dalam masjid .
9 . Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka .
10 . Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatan nya .
11 . Arak diminum di merata tempat .
12 . Kain sutera banyak di pakai kaum lelaki .
13 . Para artis disanjung - sanjung .
14 . Muzik banyak dimainkan .
15 . Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat) . Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan di roboh menjadi makhluk lain .
H.R TIRMIZI. Sumber sini...


**Saja aku tak letak tempek gambar hadiah cabutan bertuah yang aku dapat tempoh hari. Baru tadi claim. Hehe...

Sekadar renungan di tengahari jumaat. Mungkin ada yang berkata, aku pun bukan lah di kalangan yang terbaik untuk mengingatkan pada semua, tetapi sekadar berkongsi tidak lah mendatangkan apa-apa kerugian. Semoga tengahari ini sama-sama  kita kekal hidup di atas bumi ini dengan rahmat dari-NYA .


Best Regard,

Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Bila Kau Nak Turun Daa..

 Tadi berita tempatan melaporkan minyak petrol RON97 naik 15 sen.
Aku dah agak dah minyak akan naik tapi tak tahu bila masanya.
Pesal 'beliau' tempoh hari dah menang. Alamak!

Ok, jom pakat ramai-ramai gunapakai RON95.
Ada yang kata RON95 ni banyak plumbum. Pada aku itu silap kot.

Majoriti petrol yang dijual kat Malaysia ni adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded).
Kita perlu tahu setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex, dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai campuran bahan (additives) tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.
Termasuk campuran RON95 berlainan, ada yang berkualiti ada yang kurang.
Yang selebihnya anda semua baca sendirilah kelebihan dan kekurangannya.

Tak semestinya semakin tinggi RONnya lebih baik. It's depend on your engine needed.
Dulu aku study bab enjin ni pun berbuih kepala aku nak jawab periksa.
Sekarang semua dah lupa. Hehe...
Kalau tak tahu jugak, sila tanya cikgu kimia atau mekanikal anda. :p

 **Apa kata anda? Nak lagi banyak info berkenaan RON, search saja RON kan search engine pokcik G... Hehe..


Best Regard,


Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Tidurlah Di Ketiak Lelaki..

Hahaa... Ok.
Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)...
Ini FAKTA.... Sirius....

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit saja bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.


Jadi pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Suami-suami semua, adakah anda shave licin ketiak atau biarkan berbulu?
 
**Sengaja malam-malam Jumaat cerita benda alah ni semua... Hehe...


Best Regard,

Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Masa Untuk Rileks..

Hari ini, 22 November 2010 buat julung kalinya merupakan hari cuti bagi rakyat negeri Johor setelah Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dimasyhurkan sebagai Sultan Johor selepas kemangkatan ayahanda baginda pada 23 Januari lepas.

Sebelum ini, sambutan hari keputeraan adalah pada 8 April dan setelah mendapat perkenan tuanku telah dipinda kepada 22 November.
 

 Saya mendoakan agar Tuanku sentiasa dilindungi oleh Allah SWT serta berbahagia bersama keluarga dan rakyat jelata hidup aman damai di bawah pemerintahan sultan yang berjiwa rakyat.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dalam satu kenyataan juga berkata bahawa Hari Hol Almarhum turut dipinda daripada 19 Jun kepada 11 Januari pada tahun hadapan. 

 Saya bersama rakan sempat ke EXPO sempena Hari Keputeraan di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang. Macam-macam ada, pilih mana yang berkenan.
~ Tapi 'orang' takde jual. Hehee...


Best Regard,


Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Ditelan Bumi..

Pagi tadi terbaca muka depan sebuah akbar terpampang tajuk TRAGEDI TAMBAK LAUT. Baca punya baca kejadian tersebut berlaku di Pantai Lido, Johor Bahru. Sumber tersebut juga memberitahu bahawa mangsa Mohd Nor Miskan, 36, dikhuatiri lemas apabila jentera jentolak yang dikendalikannya tenggelam ketika sedang menjalankan kerja-kerja penambakan pantai tersebut. Difahamkan insiden tersebut turut menenggelamkan tiga jengkaut, dua kontena dan satu set generator. Mangsa masih tidak ditemui.


Aku tertanya-tanya, bagaimana jentera yang seberat itu boleh ditelan dek pasir pantai dan tidak dijumpai. Pada pemahaman aku, kejadian tersebut hanya berlaku lebih kurang 100 meter dari pantai sebelum sebahagian daripada kawasan projek yang berpasir di situ tenggelam. Projek penambakan tersebut memang projek mega yang menelan kos berbillion ringgit Malaysia, Lido Boulevard namanya. (dari mana kerajaan negeri dapat duit banyak tu ye...)

Bicara orang kampung aku, itu kejadian normal. Bila manusia sibuk menghakis kejadian alam semesta, mesti ada 'give & take'. Katanya, mungkin ada 'penjaga' yang mahukan 'darah' manusia sebagai gantian. Tapi takkan dengan jengkaut-jengkaut tu 'penjaga' tu nak makan? Lapar benar. Kerana sebelum ini ada kes pembinaan jambatan di sini juga yang tertangguh sehingga kemalangan yang meragut nyawa mangsa sehingga mangsa tercampak dalam sungai tersebut barulah jambatan tersebut tiada masalah dan pembinaannya disambung semula. Itu kata mereka bukan aku, syirik namanya kalau percaya. Manalah tahu bajet tak cukup nak teruskan pembikinan jambatan tu. Iya tak?

Pada aku, itu semua kuasa Allah SWT. Dia saja yang berhak menghidup dan mematikan hambaNya. Walau apa pun puncanya itu hanyalah sebagai penyebab. Jadi buat ahli keluarga mangsa, sabar dan redha dengan ujian ini. InsyaAllah, akan jumpa juga mayat mangsa nanti.

~ Pembangunan ekstrim antara penyebab gejala sosial bertambah.


Best Regard,



Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Hanya 5 Sen Bisa Merosakkan Segalannya..

Minggu lepas, habis saja sarapan pagi member aku berangin satu badan pasal aku tak ikut kehendak dia singgah kat pam minyak shell hanya kerana dia nak beli rokok. Aduh... Nak pula aku layan. Lantak pi la dia. Iyalah, aku sebagai  member yang prihatin tak naklah member aku mati cepat. Nanti aku dah tak ada kawan. Kesian aku. Jadi aku jalanlah trus balik 'office'. Hehee... Payah aku nak cakap, nak nasihat nanti dikata berhujah. Keluar kereta muka terus merah-merah pendam marah tak terluah. Nak marah risau member baik tergadah. Aku tak takut kalau kau nak marah pasal kau hisap benda yang tak berfaedah. Ada aku kisah!!! Ahaks..


Ya! Hak untuk mengetahui hakikat sebenar disebalik harga sebatang rokok. Dengan membayar 50 sen untuk sebatang rokok, anda sebenarnya membelanjakan :
•24sen cukai hasil tembakau
•14sen keuntungan pengilang rokok
•5sen untuk peruncit
•1sen keuntungan pemborong/pengedar rokok
•1sen untuk dinikmati penanam/pengawet tembakau
Nilai sbnr sebtg rokok hanyalah 5 sen!

Setiap rokok yang dihisap, anda sebenarnya menghadiahkan diri dengan:
•20x lebih risiko kanser paru-paru
•10x lebih ancaman penyakit paru-paru
•10x lebih padah saluran darah tersumbat
•4x lebih ancaman serangan jantung
•2x lebih risiko serangan strok
•50% risiko kematian akibat tabiat merokok
Paling utama, anda juga sebenarnya menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyayangi anda. Berhenti Sebelum Terlambat! 
Sumber : KKM
www.infosihat.gov.my|www.myhealth.gov.my
. 
Dunhill sekotak RM10 dah sekarangkan? Untuk 1 carton rokok (10 pek), peruncit cuma untung sekotak rokok. Cuma 10 sen dari setiap kotak.

Rokok adalah satu-satunya barangan yang untungnya tak seberapa tapi orang tetap jual. Kalau penjualnya juga seorang penghisap rokok, memang tak ada untung langsung pun sebenarnya. Hahaa... Sebab tu peruncit jual loose jer. Hmm.... Kepada yang baru mencuba janganlah teruskan dan kepada 'heavy smoker', masanya dah tiba untuk anda berhenti merokok.

Ada beberapa member aku yang dah cuba untuk berhenti, alhamdulillah. Cuma member aku yang seorang ni saja yang TEGAR. Huh...

Katakan TAK NAK kepada rokok.


Best Regard,
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK