
Salam semua,
Oktober 2009.. Bulan untuk aku meraikannya..
Happy Birthday to my blog. Aku bersyukur ke hadrat
Allah SWT yang telah memberikan aku kekuatan untuk aku terus mencurahkan pandangan dan berkongsi idea serta maklumat dengan para pengunjung blog ini semenjak dari
10 Oktober 2008.
(sory kali ni ayat gwa Dewan Bahasa Pustaka skit..ehee..).
Secara khususnya Sabtu 10 Oktober, jatuh pada hari ni genaplah setahun aku berada di alam blogger di teratak buruk SMILEMYFTA ni. Terima kasih kepada semua. Selama aku bertapak dalam dunia maya yang tanpa sempadan ni, bermacam-macam pengalaman dan pengajaran yang aku peroleh. Secara tak langsung, ramai teman-teman baru yang dapat aku kenal. Semuanya cool gila walaupun ada antara umur kalian jurangnya sangat jauh dari aku tapi aku cuba untuk mengikut rentak kalian. Yang guru ada, yang bisnesman ada, yang pelajar ada, yang opertor pengeluaran pun ada dan yang lain. Terus terang aku taip, aku gembira. Seronok membaca kisah teman blog lain yang ingin berkongsi kisah suka duka hidup mereka dengan menghasilkan artikel yang menarik dan info berguna untuk ditatap dan dikongsi bersama teman blogger lain. Ada juga yang mahu menonjolkan diri dan tak lupa juga yang mempromosikan diri. Siapakah?? Hahaha..
.
Sehingga kini 9 Oktober 2009 aku mempunyai
109 folowers, menulis
335 tulisan dan menerima lebih
8k pengunjung. Aku juga telah menerima lebih
4500 komen di atas semua tulisan dan
1200 paparan profile. Dalam blog ni aku tak banyak cerita pasal prihal peribadi, aku tak boleh nak menulis macam
Kak Nurul, Naz, Farhana, Cikgu Imanshah, Kak Hazlin, DJ Epoi, Kak Idalara, Aminah, Karl, Kak Eiba, Liza Zul, Redynne, Kak Sulela, Fina dan ramai lagi yang pandai mengolah kisah mereka dalam konteks yang lebih universal. Aku banyak post dalam bentuk artikel atau info. Mungkin aku kerap updated blog ni pasal hanya takat cilok copy & paste dari kotak emailku saja. Teruklah orang macam aku ni. Hehe..
.
Banyak kenangan manis berbanding pahit yang aku harungi sepanjang setahun aku berblog. Blogger yang paling aktif komen aku dari awal tahun dulu hingga sekarang orangnya adalah 'pokcik'
Naz (kaki 8 petala). Thank you my friend. Sepanjang perkenalan dengan beliau, banyak pengalaman turun naik beliau yang turut dikongsi. InsyaAllah aku harap moga kita akan dapat jadi sahabat maya selamanya. Thanx dude..
.
Tak lupa juga
Kak Nurul (kaki sempoi), Farhana (kaki skodeng) , Kak Lin (kaki cool), DJ Epoi (kaki casa), Liza Zul (kaki layan), Redynne (kaki sporting), Aminah (kaki cintan), Kak Eiba (kaki cekelat) yang tak lekang bertanya khabar dan prihatin dengan setiap tindak tanduk semua entry aku termasuklah di
Facebook. Jutaan terima kasih tak terhingga untuk kalian. Aku sangat hargai. InsyaAllah semoga persaudaraan ini kekal hingga ke hujung nyawa. Amin..
. .
Kepada semua blogger yang lain Kak Nza, Si TEDi, Bro Jeff, Kak Sha, Bro Mirul, Pu3 Balkiss, Kak Sulela, Sheh, Kak Idalara, Acu Sayang, Cikgu Imanshah, nursarah87, miss GAZA, Joe, Fina, Karl, Cik Lumut, Niesz dan semua followers samada yang meninggalkan kesan dalam kotak komen aku atau tidak, aku mengucapkan jutaan terima kasih banyak-banyak. Kalau aku ada tersilap bicara aku minta maaf (raya tak abis lg kan??hahaa..). Kalau tak ada aral insyaAllah ketemu la kita satu hari nanti.
.
Entry aku yang paling hot dan paling banyak komen bila masa entry
Rahsia HANDSET Untuk Kecemasan.. dengan memungut sebanyak
126 komen. Wahh!! Aku juga terkesima. Hahaa.. Kenangan yang paling best berblogging ni bila aku kena tegur dengan seorang
Hamba Allah dalam entry
MEMALUKAN!! prihal video sekumpulan remaja perempuan Terengganu yang minum arak di sebuah rumah. Aku tak salahkan sesiapa, itu pendapat masing-masing. Just be positive.
Follower dan pengomen aku yang pertama sekali adalah
Kak Lin dalam entry
Wajah-wajah Gaza. Kalau tak silap aku kami berkenalan dari blog
Mazidul Akmal Sidek kan kak?? Hehe.. Terima kasih yer.
.
Bagi aku ini adalah anugerah yang tidak terhingga oleh Allah SWT kepada insan kerdil lagi tidak ternama seperti aku. Dari HYSMAN hinggalah ke BUDAK KENTANG. Aku ingin merakamkan sekalung terima kasih di atas sokongan yang diberikan kepada aku sepanjang aku melibatkan diri dalam penulisan blog ini. Doakan aku akan terus diberikan kekuatan dan kesempatan untuk memberikan percambahan minda yang lebih baik kepada kalian setelah setahun melibatkan diri.
.
Terima kasih semua.... :)
.
Buat
Kak Nurul, Kak Hazlin, Naz, Amieynna, Farhana, Kak Nza, Liza Zul, Bro DJ Epoi, Si TEDi, Bro Jeff, Kak Sha, Bro Mirul, Pu3 Balkiss, Kak Sulela, Sheh, Redynne, Kak Idalara, Acu Sayang, Nursarah87, Cikgu Imanshah, miss GAZA, Joe, Fina, Karl, Kak Eiba, Arabella, Cik Lumut, Niesz dan
semua followers SMILEMYFTA@blogspot.. Silalah terima
AWARD yg tak seberapa ni sebagai penghargaan.. Kalau tak nak, amek jugak..
Takde alasan!! Haha.. Salam ketemu di lain masa.
Best Regard,

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK