Norman Hakim keluar dari Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur, Selangor, selepas memberi keterangan berhubung kes khalwat, semalam.
KUALA LUMPUR 30 Okt. - Pelakon drama bersiri Gerak Khas, Norman Hakim yang ditangkap berkhalwat dengan seorang pelakon baru di sebuah premis perniagaan di Jalan UP 1/2, Ukay Perdana dekat sini awal pagi tadi mendakwa kejadian itu berlaku secara kebetulan.Menurut Norman, 30, ketika diserbu oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dia dan pelakon itu masing-masing berada di tingkat yang berlainan di premis berkenaan.
"Selepas taklimat di pejabat itu, saya menghantar Ketua Pegawai Operasi syarikat pulang. Pada masa itu tanpa saya ketahui, pembantu saya, Natalie turut pulang."Sekembalinya ke pejabat selepas itu, saya terus ke tingkat atas manakala dia (pelakon wanita itu) pula berada di tingkat bawah. Tiba-tiba, kami diserbu dan ditahan," kata Norman kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mereka yang dipercayai berkhalwat, ditangkap dalam operasi melibatkan lima pegawai JAIS dan dua pegawai polis.Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Melawati untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Supritendan Amiruddin Jamaluddin yang dihubungi mengesahkan kejadian itu.Menurutnya, serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam tentang pasangan itu yang meragukan. ''Ketika diperiksa, didapati kedua-duanya yang berpakaian lengkap berada dalam premis itu,'' katanya.Pengarah JAIS, Datuk Muhamed Khusrin Munawi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penahanan kedua-dua artis tersebut awal pagi ini.Norman berkata, dia sudah memberi keterangan di Pejabat Agama Islam Gombak Timur di Keramat, Hulu Kelang, Selangor beberapa jam selepas ditahan.Norman meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi kononnya dia dan pelakon wanita berusia 20 tahun itu, mempunyai hubungan intim.Dia bimbang perasaan isterinya yang juga pelakon siri Gerak Khas, Abby Abadi akan terguris.Norman yang baru saja menimang cahaya mata ketiga, Maria Danisha Hakim yang berusia 40 hari bagaimanapun berkata, dia sudah menjelaskan keadaan sebenar kepada isterinya.Norman dan Abby pernah bercerai talak satu pada 5 Mei 2006. Bagaimanapun, mereka rujuk semula dalam tempoh yang singkat.Pasangan itu mempunyai dua cahaya mata lain iaitu Danish Hakim, 5, dan Marisa Dania Hakim, 3.Sementara itu, Abby Abadi ketika dihubungi berkata, dia tidak terkejut dengan penahanan suaminya itu.''Saya tak terkejut. Saya menyerahkan kepada takdir bagi menentukan segala-galanya,'' katanya yang hanya mengetahui penahanan suaminya daripada pihak media.
0 komen:
Catat Ulasan