Release Tension..

Perkataan berlawan..
.
Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu:Mengapa selamat pagi saja?Petang dan malam, awak doakan saya takselamatkah?
Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam,cikgu!
Cikgu: Panjang sangat tu! Tak pernah pun dibuatoleh orang lain! Katakan saja selamat sejahtera!Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera, cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Cikgu nak buat kata berlawan hari ni. kamu kena jawab cepat.
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Keadilan!
Murid-murid: UMNO!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini adalah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru kamu tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku nak mengajar kamu semua!
Murid-murid: Rajin kami tak belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua ini bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab kami semua itu pandai sikit!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup belajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pegajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata UMNO salah!
Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya)
Kahkahkah..
.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
.
Suami Yang Sengal..
.
Pada suatu hari yg tenang.. seorg suami sedang relaks sambil duduk membaca suratkhabar….. tiba-tiba dtg si isteri membawa tudung periuk….PANG!!….diketuknya atas kepala si suami…..si suami yg terpinga-pinga…..bertanya…..“Aper hal ngan awak nih….kenapa awak ketuk kepala saya??”….si isteri pun menjawab….”nah! awak tengok nih….” sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama….’Mary’….si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary….dgn tenang si suami menjawab…. “ooo….itu nama kuda yg saya bertaruhsemalam…..namanya Mary…..” si isteri pun agak puas hati dengan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur….. Selang seminggu berlaku indiden ketuk mengetuk… ketika itu si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu…. PANG!!!…. kali ini dengan lebih kuat lagi!….si suami pun bertanya…. “aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???” dengan selamba si isteri menjawab….”kuda awak telefon!!”…..
P/s: Lain kali nak tipu bini tu cariklah alasan yang lebih selamat…
.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
.
Datuk Shah Rukh Khan..
.
Tersebutlah kisah di sebuah negeri. Negeri bernama negeri Melaka. Dahulu diperintah oleh sultan tetapi kini telah digantikan dengan gabenor. Baru-baru ini telah diadakan pertandingan cerita lucu. Maka ramailah yang telah mengesyorkan kepada gabenor cerita lucu masing-masing. Setelah dinilai maka terpilihlah satu daripada yang banyak. Cerita lucu yang terpilih itu berjudul
DATUK SHAH RUKH KHAN
kahkahkah......
.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
.
Ujian..
.
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Lias menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Lias : Saya datang untuk ujian air kencing…
kahkahkahkah......
.

0 komen: