Seperti yang diketahui oleh umat islam, daging babi haram di makan. Pengharamannya meliputi lemak, kulit, kuku, bulu dan seluruh juzuk badan yang berkait dengan haiwan itu, sama ada yang mentah atau yang sudah masak, yang disembelih dengan cara syarie atau tidak disembelih, sama ada untk kegunaan makanan atau peralatan seperti penyapu, kasut, pakaian, tali pinggang, berus cat dan lain-lain.
Hari ni aku dapat email dari member aku Yun. Terkejut besa' bila tengok kat Singapura ada menjual daging Pork yang halal. Biar betik?? Penguatkuasa Agama Islam Singapura tak tau atau tak nak amik tau?? Pelik bin Ajaib.. Hmm.. mungkin pengeluar produk ni saja nak kaburkan mata orang Islam yang cetek pasal agama kot. Kita slalu belajo kat sekolah agama yang terang-terang 'babi' haram untuk dimakan dan disentuh tapi tak pernah ustaz or ustazah mention yang pork ni adalah sama dengan babi.. Mungkin kite pon tak bertanya masa tu. Tapi dah terang-terang gambo kat plastik menunjukkan haiwan berhidung kemek. Faham-faham je ler.. Ape yang dimaksudkan dengan tanda halal tersebut?? Mungkin dorang tak faham maksud di sebalik perkataan halal.. Mungkin dorang hanya faham perkataan H-A-L-A-L tapi bukan Ha-Lam-Alif-Lam.. Kita boikot je produk macam ni.. Tapi mengikut tarikh pada gambo ni, ia diambil taun lepas, mintak-mintak sekarang da takde la produk ni.. Macam-macam dunia sekarang nie.. Silap langkah sikit je, habis parah iman.. Haha.. So berhati-hati k..
Beberapa ayat dalam al-Quran menyatakan dengan jelas hukum itu. Antaranya firman Allah yang bermaksud :
Diharamkan atas kamu bangkai, darah, daging babi
(al-Maidah:3)
dan firmanNya lagi yang bermaksud : Katakanlah wahai Muhammad; Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepada-Ku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang memakannya,melainkan benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya ia adalah kotor
(al-Anam:145)
. Yang dimaksudkan dengan Halal, Haram dan Makruh oleh Syarak'...
i) Yang dimaksudkan haram di segi makanan itu ialah memakan makanan yang diharamkan oleh syarak' seperti makanan yang bernajis, bangkai, makanan beracun dan makanan-makanan yang mengandungi bahanbahan yang memabukkan dan menggangu kesihatan tubuh badan.
ii) Yang dimaksudkan halal dari segi makanan iaitu memakan makanan yang tidak diharamkan oleh syarak' di segi jenis pembuatan dan pengeluarannya.
iii) Yang di maksudkan dengan makruh di makan iaitu makanan yang terlekat bau busuknya di mulut, pakaian dan tubuh badan, berdasarkan kepada ayat AI-Quran, suroh Baqarah. ayat 168.
يأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا ولا تتبعوا خطوات الشيطان إنه لكم عدو مبين
Ertinya : Wahai manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi Allah ini, yang halal dan baik-baik. Janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang paling nyata.
الحديث: إن الحلال بين وإن الحرام بين وبينهما أمور متشبهات...
Ertinya: Sesungguhnya halal itu terang dan haram juga terang. Di dalam halal dan haram itu ada perkara-perkara yang meragukan di antara kedua-duanya. Dengan yang demikian, semua manusia hendakJah memakan makanan yang ternyata halal dan meninggalkan makanan yang ternyata haramnya dan juga meninggalkan perkara-perkara yang meragukan di antara kedua-duanya.
0 komen:
Catat Ulasan