PENYERANG Manchester United, Dimitar Berbatov (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan Wayne Rooney (tengah) dan Nemanja Vidic dalam saingan EPL bertemu Middlesbrough di Stadium Old Trafford, awal pagi semalam. United menang 1-0
LONDON: Bintang bola sepak England, Steven Gerrard mungkin berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun selepas dia didakwa oleh polis menyerang dan bergaduh dengan seorang deejay bar sehingga mangsa berkenaan memerlukan empat jahitan di kepala, kelmarin.
Ketua pasukan Liverpool berusia 28 tahun itu ditahan polis bersama lima rakan lain selepas pergaduhan tercetus di Southport yang difahamkan hanya bertahan selama 10 saat sahaja sambil difahamkan juga pemain tengah itu bertindak kerana provokasi.
Deejay sambilan itu, Marcus McGee, 34, dikatakan juga patah gigi dan kecederaan teruk di muka yang berlumuran darah di Lounge Inn - tempat Gerrard kerap berkunjung untuk berehat dengan rakan sekampung.
Apapun, insiden yang mengejutkan bola sepak Britain itu tetap menjadi satu spekulasi sama ada dia akan masuk penjara ketika kes itu akan didengar di mahkamah majistrat North Sefton pada 23 Januari ini.
Tiga lagi lelaki terbabit yang disoal siasat polis dibebaskan dengan ikat jamin.
Steven Gerrard
Sementara itu, Gerrard dimaklumkan, kerjayanya bersama pasukan England di bawah kendalian jurulatih Itali, Fabio Capello masih selamat buat masa ini.
Ketua Persatuan Bola Sepak England (FA) hanya akan menimbangkan mengenai kedudukannya andai dia disabitkan melakukan jenayah serius. Kapten Kelab Liverpool itu terbabit dalam tuduhan menyerang dan mencetuskan haru-hara pada awal pagi Isnin lalu.
Polis melancarkan siasatan mereka selepas seorang Deejay dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan muka selepas pergaduhan dalam kejadian awal pagi kelmarin itu.
Gerrard, 28, adalah seorang daripada enam lelaki yang ditahan selepas pergaduhan di kawasan kelab malam Southport.
Sebarang kes ke atas Gerrard tidak mungkin akan didengar di mahkamah sebelum perlawanan England yang berikutnya iaitu ketika bertandang ke Sepanyol pada 11 Februari ini.
Dan FA tidak akan terbabit dalam perkara itu ketika polis menjalankan siasatan terhadap apa yang berlaku. Jurucakap FA berkata, tiada siapa pun setakat ini yang tahu apa yang sebenarnya berlaku dan mereka langsung tidak membincangkan perkara itu setakat ini.
"Tiada seorang pun pemain dihalang daripada mewakili England ketika mereka terbabit dalam siasatan polis. Kedudukan itu hanya akan berubah jika sudah ada keputusan mahkamah membabitkan jenayah serius. Hanya selepas itu kes berkenaan akan dipertimbangkan." - Agensi
0 komen:
Catat Ulasan