Aurat Dalam Islam..

La ni, banyak sangat pandangan dan pendapat daripada kawan-kawan aku yang menyebabkan aku sedikit terkeliru prihal AURAT lelaki dengan AURAT perempuan. Dulu time sekolah kat asrama selalu la kitorang mandi dok pakai 'seluar kecik' je. Bukan ape, my mind time tu always fikir lelaki dengan lelaki tak ade batasan aurat.. begitu jugak yang perempuan. Becoz jika lelaki dengan lelaki ape yang nak disegankan.. Dengar cite hal sebegini gak berlaku kat asrama perempuan.. Jadi semalam aku terdengar ceramah agama berkenaan AURAT Lelaki dan Perempuan.. Aku juz nak share jer.. Yang tak tau, ambik le tau.. Yang da tau, buat2 le tak tau.. Haha.. Kat bawah ni aku sertakan hujah dari Al-quran dan Al-Hadis yang memantapkan lagi fakta yang sedia ada... Semoga korang dapat kefahaman..
Dalam Islam telah ditentukan batas-batas aurat di antara lelaki dan perempuan. Batas-batas aurat yang telah ditentukan ialah :
1. Aurat lelaki dengan lelaki dan lelaki dengan perempuan yang ajnabi ialah antara pusat dan lutut. Sebaik-baiknya hendaklah menutup anggota tubuh badan supaya nampak lebih sopan.
2. Aurat perempuan dengan perempuan Islam ialah antara pusat dan lutut manakala aurat perempuan dengan perempuan yang bukan Islam adalah seperti aurat perempuan dengan lelaki yang ajnabi (lelaki yang boleh dikahwini) ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Nur ayat 31 maksudnya ialah :
"Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudungnya ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".

0 komen: