Boikot Barangan ISRAEL & USA..

Resolusi bertajuk:
ISU PALESTIN DAN GESAAN BOIKOT BARANGAN ISRAEL/USA
1. Kami ahli BPN sebulat suara mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman tentera Israel ke atas umat islam di bumi palestin. Kami juga mengesa agar semua blogger di Malaysia tanpa mengira idelogi agar bersama-sama mengutuk perbuatan yang tidak berperikemaknusiaan tersebut.
2. Pengguna Islam digesa boikot barangan Yahudi/US. Marilah kita bersama-sama melaksakan kewajipan agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan sewajarnya.
3. Kami juga menggesa agar pihak PBB lebih bertegas dalam menagani isu pencerobohan ini dan mendesak pihak Amerika agar berhenti dari terus menyokong tindakan dan polisi ketenteraan zionis tersebut.
4. Kami juga mengesa agar pihak kerajaan menghantar memorandum bantahan kepada Negara Israel dan Amerika terhadap pencerobohan ini. Sekiranya pihak Negara Amerika masih terus juga meneruskan dasar polisi luar mereka menyokong dan membantu pihak Yahudi Zionist maka kami mengesa pihak kerajaan Malaysia memutuskan perhubungan diplomatik dengan mereka.
5. SEMUA BLOGGER DIGESA MENYEBAR LUASKAN RESOLUSI INI DAN MENGHANTARNYA KEPADA MEDIA MASSA DAN ELETRONIK SERTA MENAMPAL DI MANA MANA FORUM ATAU MYSPACE ATAU YOUTUBE ATAU KOMEN BAGI MEMASTIKAN KESAN OPTIMUM GERAKAN INI.
6. BPN mengesa agar pertubuhan OIC memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan lagi serta bersatu dalam menangani situasi yang melibatkan negara Islam serantau. Semua negara OIC diminta untuk mendesak PBB agar bertegas dalam isu Palestin.
7. BPN menggesa semua ahli BPN dan juga para blogger menyiarkan logo BOIKOT ISRAEL USA dan Link senarai barangannya di blog blog masing masing demi agama bangsa dan negara kita.
Disediakan oleh : Panglima Perang CyberYdp Blogger Pembela Negara (BPN)
******************************************************************
Mengikut maklumat produk-produk ini adalah milik/penyokong Yahudi
Klik di sini --> [Boikot Produk Yahudi]

0 komen: