Tiket Wayang
Chot nak pegi tengok wayang kat panggung dgn isterinya. Sampai di kaunter tiket, Chot beli dua tiket utk dirinya dan isterinya. Tak lama kemudian, Chot datang semula ke kaunter tiket tadi dan membeli dua lagi tiket...
Kemudian, Chot datang lagi sekali untuk membeli dua lagi tiket. Kali ini penjual tiket itu membuka sedikit cermin kaca di kaunternya dan bertanya,"Bukan ke encik dah membeli dua tiket dan kemudian datang lagi untuk membeli dua lagi tiket tadi?"
Chot menjawab,"Betul! Tapi ader sorang mangkuk hayun yang berdiri kat depan pintu masuk panggung tu asyik koyakkan tiket saya ajer..."
Perompak
SUATU HARI SEKUMPULAN PEKERJA KILANG MEMPROSES GETAH DIKEJUTKAN DENGAN ROMPAKAN OLEH GENG BERTOPENG.
Seorang perompak berkata..
"Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..! Cepat..!!"
Seorang pekerja kilang itu membalas..
"..tapi.. kami tak bawak barang kemas kalau pergi kerja.. duit pun sikit je.."
Perompak berfikir seketika..
"Kalau awak semua tak ada barang kemas dan duit, kami rogol kamu SEMUA.. ahahaha..."
Pekerja kilang yang muda berkata..
"Alaaa.. takkan la makcik yang kat belakang tu pun nak rogol jugak.. tak kesian ker.."
Tiba-tiba makcik itu berdiri..
"Weh.. ko.. nie.. tak paham ker.. kalau dia cakap SEMUA... SEMUA la..."
Sakit Mata
Di sebuah klinik mata.
Doktor: Selamat Pagi. Boleh saya bantu anda?
Pesakit: Pagi Doktor. Ya, saya ada masalah. Setiap kali saya minum kopi, mata saya rasa seperti tercucuk sesuatu.
Doktor: Ok, biar saya periksa mata anda.
Setelah memeriksa mata pesakit, doktor dapati tiada apa-apa masalah dengan mata pesakit tu.
Keesokkan harinya pesakit tu datang lagi dan mengadu perkara yang sama berkaitan matanya. Perkara ini berlaku selama tiga hari berturut-turut. Akhirnya doktor tersebut menyuruh pesakit itu masuk ke bilik pembedahan dan menyuruhnya berbaring.
Pesakit: Dah dapat apa sebabnya mata saya ini doktor?
Doktor: Sekejap saya sedang membancuh kopi.
Selesai bancuh kopi doktor suruh pesakit minum. Pesakit ambil kopi tersebut dan terus minum kemudian dia menjerit kesakitan sambil memegang matanya.
Doktor: Ok..Ok...saya dah dapat sebab kenapa mata awak sakit masa minum kopi.
Pesakit: Betul ke doktor! (dengan gembiranya), apa ubatnya.
Doktor: Ya betul!! tak perlu ubat, ANDA HANYA PERLU KELUARKAN SUDU DARI CAWAN KOPI SEBELUM MEMINUMNYA.......tu jer!!!!
Timbang Berat
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer.Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00..mesin komputer menjawab: "47 kg!" Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:"Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"
Petai
Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu ...
"Encik satu longok, RM1 sahaja. Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah...RM20 sahaja."
Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?"
Jawab Pak Pandir : "Semuanya 20 longgok ..."
0 komen:
Catat Ulasan