Peribadi Seorang Muslim..

Ni ada satu petikan tazkirah, yang aku dapat dari e-mail. Dah lama jugak dah e-mail ni.. Tapi mungkin aku rasa contoh2 yang diberikannya dapat dijadikan kayu pengukur pada diri kita, untuk memeriksa diri, sama ada kita mempunyai ciri2 peribadi Muslim atau tidak.. Yer la, kalau boleh, nak jadi Mu’min.. Tapi, Muslim is subset in Mu’min. So, sama2 la kita renungkan dan amik pengajaran.. Wallahu Alam… :P
1) Membentuk peribadi Muslim
Firman Allah yang bermaksud:“Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan keadaan angkuh.”(Al-Isra’:37)
2) Memberi ucapan yang baik ketika bertemu
Al-Quran menyuruh kita memberi salam seperti dalam ayat:“Apabila kamu diberi ucapan salam, maka hendaklah menjawabnya dengan sebaik-baiknya atau kembalikan yang sama seumpama.”(An-Nisa’:66)
3) Berpakaian cara sopan
Firman Allah: “Wahai Nabi, katakanlah olehmu kepada isteri-isterimu dan anak-anak perempuan kamu dan perempuan-perempuan mukmin agar mereka melabuhkan jilbab mereka kerana yang demikian itu akan dikenal sebagai wanita yang baik, maka tidak akan digangggu, dan Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih.” (Al-Ahzab:59)
4) Memeriahkan masjid
Allah berfirman:“Hanyasanya yang mengimarahkan masjid Allah Taala ialah orang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat dan yang mendirikan sembahyang dan yang membayar zakat dan dia tidak takut melainkan kepada Allah. Mudah-mudahan mereka itu daripada orang yang mendapat petunjuk.” (At-Taubah)
5) Mengembara
Allah menyuruh umat Islam mengembara, melalui firman-Nya:“Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana akibatnya sikap orang yang berdusta.” (Al-An’am:11)
6) Menuntut ilmu
Umat Islam digalakkan menuntut ilmu, seperti mana firman Allah:“Allah mengangkat darjat orang yang beriman daripada kamu dan mereka yang akan diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat.” (Al-Mujadalah: 11)
7) Hidup bermasyarakat
Firman Allah:“Tolong- menolonglah kamu di dalam berbuat kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu tolong-menolong di dalam kedosaan dan permusuhan.” (Al-Maidah:2)

0 komen: