Kemenangan Hamas..

Nasrallah mengucapkan tahniah kepada Mishaal atas kemenangan Hamas.. .
Hassan Nasrallah, ketua setiausaha bagi parti Labenon, Hizbullah telah mengucap tahniah kepada Khaled Mishaal, pemimpin Gerakan Hamas di atas keberanian penduduk Palestin dalam menghadapi pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza.
Nasrallah dalam satu perbualan telefon menyatakan kekagumannya di atas ketabahan penduduk Palestin dalam memperjuangkan maruah mereka dan menunjukkan bahawa tentera Israel telah berjaya ditewaskan buat kali kedua dalam tempoh dua tahun setengah di mana yang pertama adalah pada Julai 2006 di Lebanon.
Ketua setiausaha itu mengumumkan rasa penghargaannya kepada “legenda-legenda berani” dengan mempamerkan kesemua pahlawan-pahlawan Palestin yang telah berkorban menyelamatkan tanah air mereka, yang diketuai oleh Qassam Brigades, sayap bersenjata Hamas.
Penterjemah : Nurul
Gaza: Puluhan ribu menyertai perarakan gergasi.. . Berpuluh ribu rakyat Palestin di Gaza telah keluar waktu tengahari Selasa (20/1/2009) ke perarakan besar yang di anjurkan HAMAS untuk merayakan kemenangan.
Perarakan itu bermula selepas solat Zohor, apabila berpuluh ribu penduduk Palestin mula keluar dari semua daerah di Gaza untuk menyertai perarakan gergasi itu, semata-mata bertujuan menyampaikan pesan dan ucapan sesama mereka selepas perang yang berlaku di Gaza selama 3 minggu.
Perarakan itu berjalan dari sekolah El-Fakhurah di Mukhayyam Jabaliya, di barat Gaza, tempat mulanya penyembelihan berlaku, mengorbankan 45 orang dan 150 yang lain cedera, perarakan besar itu kemudiannya menuju ke rumah pimpinan HAMAS yang syahid Dr. Nizar Rayyan yang dibedil bersama-sama dengan keluarganya.
Penterjemah : ibnu_nashr

2 komen:

Tanpa Nama berkata... [Maklum Balas]

Salam Man,
Pls get the mail at yahoo. :) Thks.

hysman berkata... [Maklum Balas]

Oraitt.. :P