Adab Mendengar Azan..

Arini aku pegi sebuah shopping kompleks tok cari sedikit barangan keperluan.. Atas kompleks tu ade sebuah masjid.. Al-kisahnya bermula apabila berkumandangnya Azan.. Dalam masa yg sama, ramai yang dudok berbual, ketawa terbahak2, ade makcik2 yg mengomel ntah pape yg d citakan dgn rakan seniaga tanpa menghiraukan laungan azan.. Nak di jadikan cite, ade satu kedai kat bawah tu jual barangan elektrik & elektronik.. Dorang bukak punyalah kuat lagu yg dimainkan pada Hi-Fi kat kedai depa. Masalahnya pekeja kat kedai tu sumanya Melayu, barangkali Islam.. Tapi knape tak matikan or slowkan sikit semata-mata menghormatkan azan yang mengambil masa hanya 5minit.. Hmm.. Pelik2.. Dunia skrg..
So, aku teringat plak satu email yg kawan aku fowardkn kat aku..Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.
Cuba kita amati, mengapa kebanyakan orang yg nazak hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.
Banyak fadhilatnya.. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin.."
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

3 komen:

Master Coordinator Shaklee, Pakar Vivix Shaklee ResV Softgel, COD SHAKLEE Seluruh Malaysia, Daftar Ahli Shaklee / Daftar Agen Bisnes Shaklee 019-3476996 berkata... [Maklum Balas]

sy sgt suka blog awk...
tq dtg blog sy
bagus nye amsih ada anak2 muda yg mcm awk di akhir zaman ni

hysman berkata... [Maklum Balas]

salam kak sal..
thanx coz sudi menjenguk blog saya yg xseberapa nie..haha..
sy xler ank muda yg baik sgt kak..
hnya sekadar kongsi cite n pngalaman je..
sampai menyampai..
:P

amirul berkata... [Maklum Balas]

Salam Man,
Mudah2an mati kita sempurna... Org yg tidak menghormati azan apa kita nak buat ye? mereka saja atau tidak mengerti? wallahualam...