Maal Hijrah 1431H..

Salam Maal Hijrah buat semua teman-teman blogger sekalian. Dah lama rasa aku tak update blog. Bersawang daa.. Walaupun aku tak sempat update tapi aku sempat jenguk blog kalian cuma aku tak sempat nak meninggalkan komen kat teratak kalian jadi silence reader saja. Maaf semua, aku tak lupa korang, hanya sejak akhir-akhir ni aku masalah dalam keadaan tertekan untuk menentukan arah tuju hidup jadi mood aku hilang nak update. Sebut berkenaan azam tahun baru banyak, tapi azam tahun lepas pun tak tercapai keseluruhannya. Jadi aku extend azam tu ke tahun ni. InsyaAllah aku cuba untuk mengapai azam tersebut. Kena berusaha keras, kalau cakap kosong saja habuk pun tarak. Betul tidak.. (Nak kata aku poyo, takde hal laa.. Boleh la dari takda azam kan). ;) Sebut pasal Maal Hijrah, aku pun sekarang ni dah menghijrahkan diri dari suatu tempat ke suatu tempat yang agak janggal bagi aku. Itulah kehidupan perlukan perubahan walaupun hati tidak mengatakan iya untuknya. Tapi inilah jalan yang aku pilih dan aku kena tanggung risikonya. Teringat aku kat tempat lama tapi apa boleh buat, aku hanya boleh pandang ke belakang tapi aku tak boleh fikir ke belakang. Hidup kena diteruskan bersama iringan doa memohon keberkatan dariNya. Selain memohon petunjuk dariNya, terima kasih juga pada Naz dan Kak Nurul atas pandangan, sokongan dan nasihat yang bermakna dan berguna untuk aku sendiri menilai untuk membuat keputusan memilih jalan yang terbaik bagi aku. TQVM bro & kak.. ;) InsyaAllah aku akan cuba memperbanyakkan entry yang boleh menjana minda dan ilmu pengetahuan untuk dikongsi bersama. Itupun salah satu azam aku juga. Salam..
~ Dalam masa kita asyik mengaminkan doa akhir tahun dan awal tahun tadi terdengar suara seloroh hebat dari sang pemuda berteriak MALAYSIA BOLEH!! berpesta bergembira menandakan team Malaysia menang pingat emas menentang Vietnam di Sukan Sea. Apa yang aku tak berkenan, mereka tidak menghormati majlis yang ada di surau berdekatan yang tidak sampai 50m dari rumah mereka.. Aku terpinga-pinga sekejap solat ke bebudak tu semua agaknya.. :( Walau apa pun TAHNIAH!! skuad bola sepak negara. Setelah 20thn lebih akhirnya dapat juga menjulang gelaran juara di luar tanah bumi Malaysia.
Salam MAAL HIJRAH 1431 semua...
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Ilmu untuk di kongsi bersama..

Salam Saudaraku, Pesanan terbaik dari seorang rakan...
Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.
Pertama kata beliau, surah Al-Fatihah.
http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/001.qmt.html Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.
Kedua, Surah Al-Ikhlas.
http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/112.qmt.html Surah ini, katanya surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.
Ketiga, surah Al-Kafirun.
http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/109.qmt.html Bahagian ini, menarik sikit.. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku' . Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.
Pertama, kekuatan minda
Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati
Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.
Ketiga, kuat fizikal
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya . Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut. Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.
Iqra'.....!
Take a break…….meditate…3 minutes & calm your mind…
Surah Al-Ikhlas. 1. Katakanlah (wahai Muhammad); ' (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; 2. 'Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; 4. 'Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya'.
Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insyaallah. . Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

Mat Saleh vs Mat Saleh, Jepun Menang..

First Round :
Dimulai dengan Audi
Dibalas oleh BMW...
Hahaa... Second Round : Dimulai dengan BMW
Dibalas juga oleh AUDI...
Akhirnya....
SUBARU juga yang menang.. Hehehe..
~ Nak sama iklan 'POTONG' wimax.. Hahaa.. Kalau kat sini iklan gaya ni, surat saman mari.. Ehee..
.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK