Maal Hijrah 1431H..

Salam Maal Hijrah buat semua teman-teman blogger sekalian. Dah lama rasa aku tak update blog. Bersawang daa.. Walaupun aku tak sempat update tapi aku sempat jenguk blog kalian cuma aku tak sempat nak meninggalkan komen kat teratak kalian jadi silence reader saja. Maaf semua, aku tak lupa korang, hanya sejak akhir-akhir ni aku masalah dalam keadaan tertekan untuk menentukan arah tuju hidup jadi mood aku hilang nak update. Sebut berkenaan azam tahun baru banyak, tapi azam tahun lepas pun tak tercapai keseluruhannya. Jadi aku extend azam tu ke tahun ni. InsyaAllah aku cuba untuk mengapai azam tersebut. Kena berusaha keras, kalau cakap kosong saja habuk pun tarak. Betul tidak.. (Nak kata aku poyo, takde hal laa.. Boleh la dari takda azam kan). ;) Sebut pasal Maal Hijrah, aku pun sekarang ni dah menghijrahkan diri dari suatu tempat ke suatu tempat yang agak janggal bagi aku. Itulah kehidupan perlukan perubahan walaupun hati tidak mengatakan iya untuknya. Tapi inilah jalan yang aku pilih dan aku kena tanggung risikonya. Teringat aku kat tempat lama tapi apa boleh buat, aku hanya boleh pandang ke belakang tapi aku tak boleh fikir ke belakang. Hidup kena diteruskan bersama iringan doa memohon keberkatan dariNya. Selain memohon petunjuk dariNya, terima kasih juga pada Naz dan Kak Nurul atas pandangan, sokongan dan nasihat yang bermakna dan berguna untuk aku sendiri menilai untuk membuat keputusan memilih jalan yang terbaik bagi aku. TQVM bro & kak.. ;) InsyaAllah aku akan cuba memperbanyakkan entry yang boleh menjana minda dan ilmu pengetahuan untuk dikongsi bersama. Itupun salah satu azam aku juga. Salam..
~ Dalam masa kita asyik mengaminkan doa akhir tahun dan awal tahun tadi terdengar suara seloroh hebat dari sang pemuda berteriak MALAYSIA BOLEH!! berpesta bergembira menandakan team Malaysia menang pingat emas menentang Vietnam di Sukan Sea. Apa yang aku tak berkenan, mereka tidak menghormati majlis yang ada di surau berdekatan yang tidak sampai 50m dari rumah mereka.. Aku terpinga-pinga sekejap solat ke bebudak tu semua agaknya.. :( Walau apa pun TAHNIAH!! skuad bola sepak negara. Setelah 20thn lebih akhirnya dapat juga menjulang gelaran juara di luar tanah bumi Malaysia.
Salam MAAL HIJRAH 1431 semua...
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

12 komen:

mr.syazwan berkata... [Maklum Balas]

hijrah itu perjuanggan..
hijrah itu pergorbanan..
hijrah itu persaudaraan...
oleh itu...
mari semua...
kita sambut maal hijrah
tingkatkan semangat tegakkan syiar islam..
untuk sepanjang zaman....
yeaahaakk

salam fuuyyoo maal hijrah...

joegrimjow berkata... [Maklum Balas]

tengah tgok video
;)

salam maal hijrah juga

joegrimjow berkata... [Maklum Balas]

best2
lagu pon best

hazlin berkata... [Maklum Balas]

Salam,
Semoga hadirnya sinar baru 1431 Hijrah, menghijrahkan kita ke arah yang lebih baik...

imanshah berkata... [Maklum Balas]

Salam budak kentang..lama tak singgah sini..agak bz di kampung beta..maklumlah jadi ketua kampung..huhu..apapun SALAM MAAL HIJRAH..terkenang dolu2 dok nasyid lagu satu muharram detik permulaan..blabla

Amieynna Amin berkata... [Maklum Balas]

budak kentang!
kembali jua kamu..

salam maal hijrah..
semoga penghijrahan kamu akan membawa kamu menjadi yg lebey baik..

all dbesh bro..
[^_^]

Farhana berkata... [Maklum Balas]

Man Hysman Dak Kentang.. Walau ku tak tahu menahu apekah yg telah trjadi kepada kamu.. Heehee.. Tapi ku ucapkan all the best yek.. Smoga pnghijrahan kamu akan membawa perubahan yg lebih baik.. ;)

~ jaga diri leklok..

Tukang cerita berkata... [Maklum Balas]

Salam man....
salam maal hijrah....
kullu 'am wa anta bil khair...insyaallah......
:)

~akak hnya berkongsi pengalaman dan panduan...apapun, keputusan terakhir, bergantung pada diri man sendiri....
InsyaAllah, man dah mohon petunjuk dariNya... berdoalah untuk pkara yg baik2...andai yg buruk jua yang mdatang... bersangka baiklah dengan Dia...pasti ada hikmahnya ...insyaAllah....

All the best budak jerung!!!!!
:)

Eiba berkata... [Maklum Balas]

Salam Maal Hijrah gaks Man..mudahan berjaya dengan apa yang ingin di lakukan...Allah bless u yaa...

alhaqimi berkata... [Maklum Balas]

terlewat nak ucap salam tahun baru!

Ma'al Hijrah 1431 ! semoga Allah memberkati hidup kita semua dari dulu, sekarang dan selamanya!..amin

nza berkata... [Maklum Balas]

salam, lama xdngar khabar...moga man brjaya dlm apa yg dicitakn...bkn senang utk brjaya, byk ranjau yg menanti kita dihadapan.....kita kena kuat n tabah....

Naz berkata... [Maklum Balas]

aisyehh, lambat la pulak uplod vid nie... ko apa cer? rasanya ko tngh nak planning 1 plan baru kot? aku agak sajer. kalo keadaan x best, lebih baik cari jln utk kuar dr situ. Insyaallah peluang tu ada dimana2 sajer. apa2 pun bro, GOOD LUCK!!! aku on jer hp ni.. hehehe..