La ilahaillallah.. Kadang-kala terasa rumit hidup ni.. Betul kata pepatah kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa. Bisa mulut bisa renggang satu persahabatan. SubhanAllah.. Apalah haprak sangat aku hari ni. Nyesal tak sudah. Mungkin selama ini aku pendam saja sindiran-sindiran yang kau sembur kat aku. Aku selalu buat keputusan untuk diam diri, senyum dan bersabar. Tapi tadi kau dah melampau dan yang aku plak tak tahu kenapa aku tak boleh kawal mulut jahat aku hari ni. Bukan sengaja tapi syaitan dah menguasai diri, kerana hilang sabar aku terlepas cakap. Aku lupa seketika bahawasanya tak semua manusia itu sama perangainya. Kau jenis 'macam tu' tak sepatutnya aku bersuara tadi. Maafkan aku. Walau apa pun benda dah jadi, aku cuma harapkan moga kau maafkan atas keterlanjuran perbicaraan aku tadi tapi bergaduh dan bertumbuk bukanlah jalan penyelesaian, lelaki atau pondan bukan itu alasan, bengkak tersungkur bukan itu taruhan. Semua tu bukan jalan terbaik untuk menyelesaikan pertelingkahan. Kalau itu yang kau nak buat, buatlah. Aku takkan balas, cuma yang ada dalam benak aku hanya fikirkan kau kawan aku..
~ Jangan anggap semua benda boleh dibuat bergurau, sekirannya kita taknak disakiti tolonglah jangan sakitkan hati orang lain. Jika kita boleh buat orang, tak mustahil orang boleh buat kita. Dalam masa tu terimalah kenyataan bahawasanya kita semua manusia sama saja. Kuat atau hebat, DIAlah pemiliknya yang hakiki...
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK
5 komen:
salam bro..
kadang2 kerana kesabaran sudah sampai maksimum, sume bleh jadi..
aku harap ko sabar dengan dugaan hidup ni..
aku kan ada.. hehe
g reunion x?
salam dik,
tahniah kerana mengupdate sebulan sekali... hehehe
kesabaran kita ada batasnya..trkdgn gurauan yg melampau xboleh dibiarkan dik..nnti mrk anggap kita xkisah...
salam man...
lama akak tk ke sini..
betul..bila marah syaitan bersorak gembira...alhamdulillah man sedar kesilapan..mudah2aan tidak diulangi lagi..wlu pedih mcmne pun jgn turuti rasa yg marah..
slm man...
sabarlah..
aku tau ko sorang yang sabar...
mmg kadang2 syaitan menang, tapi jgn sampai kemenangan mereka berpanjangan.
FiNa
Catat Ulasan