Pagi tadi terbaca muka depan sebuah akbar terpampang tajuk TRAGEDI TAMBAK LAUT. Baca punya baca kejadian tersebut berlaku di Pantai Lido, Johor Bahru. Sumber tersebut juga memberitahu bahawa mangsa Mohd Nor Miskan, 36, dikhuatiri lemas apabila jentera jentolak yang dikendalikannya tenggelam ketika sedang menjalankan kerja-kerja penambakan pantai tersebut. Difahamkan insiden tersebut turut menenggelamkan tiga jengkaut, dua kontena dan satu set generator. Mangsa masih tidak ditemui.
Aku tertanya-tanya, bagaimana jentera yang seberat itu boleh ditelan dek pasir pantai dan tidak dijumpai. Pada pemahaman aku, kejadian tersebut hanya berlaku lebih kurang 100 meter dari pantai sebelum sebahagian daripada kawasan projek yang berpasir di situ tenggelam. Projek penambakan tersebut memang projek mega yang menelan kos berbillion ringgit Malaysia, Lido Boulevard namanya. (dari mana kerajaan negeri dapat duit banyak tu ye...)
Bicara orang kampung aku, itu kejadian normal. Bila manusia sibuk menghakis kejadian alam semesta, mesti ada 'give & take'. Katanya, mungkin ada 'penjaga' yang mahukan 'darah' manusia sebagai gantian. Tapi takkan dengan jengkaut-jengkaut tu 'penjaga' tu nak makan? Lapar benar. Kerana sebelum ini ada kes pembinaan jambatan di sini juga yang tertangguh sehingga kemalangan yang meragut nyawa mangsa sehingga mangsa tercampak dalam sungai tersebut barulah jambatan tersebut tiada masalah dan pembinaannya disambung semula. Itu kata mereka bukan aku, syirik namanya kalau percaya. Manalah tahu bajet tak cukup nak teruskan pembikinan jambatan tu. Iya tak?
Pada aku, itu semua kuasa Allah SWT. Dia saja yang berhak menghidup dan mematikan hambaNya. Walau apa pun puncanya itu hanyalah sebagai penyebab. Jadi buat ahli keluarga mangsa, sabar dan redha dengan ujian ini. InsyaAllah, akan jumpa juga mayat mangsa nanti.
~ Pembangunan ekstrim antara penyebab gejala sosial bertambah.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK
7 komen:
aku baru taw lepas baca entry ko..
tapi aku setuju ngan pendapat ko..
asyik mengorek pastu tambak je..
Dah rupa ape ntah tempat tu..
semoga mangsa tu akan ditemui dengan selamat..
erkkkkkkk!!! macam mana boleh terjadi tu.. dan dan dan macam tak logik lah pulak kan kalau hilang cmtu jee.. setuju ngn pokcik.. huhuhu~
takziah jika kembali kerahmatullah
akak dah tengok berita tu kat tv td. mangsa dah dijumpai dan meninggalkan seorang balu juda anak2 yatim...
~alFatihah.
ajal maut ditangan Allah...arwah meninggal dgn cara camtukn..dh trtulis utknya.....al-fatihah.
Terbaca juga dalam kosmo... pelik juga bila digambarkan... tapi itulah hakikatnya... semoga rohnya dicucuri rahmat... Al-Fatihah...
Allah Maha Berkuasa atas segalanya...wpun, dari segi akai, macam tak logik je...
al-fatihah!
Catat Ulasan