Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..


Saya merasakan masih belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru yang banyak membantu saya sehingga saya berjaya menjadi manusia seperti sekarang. Nak kata berjaya tu tidaklah sangat tapi tetap bersyukur Alhamdulillah. Kelambatan saya mengucapkan Selamat Hari Guru bukan bermakna saya tidak menghargai jasa guru tetapi oleh kerana kesuntukkan masa walaupun ada sedikit kelambatan namun kata orang 'Better late than never'. Betul kan?
Memang jasa guru tidak ternilai, guru umpama lilin membakar diri menerangi dan memberi cahaya untuk keselesaan dan kesenangan hidup orang lain. Begitu besar pergorbanan seorang insan yang bergelar guru. Buat kekanda saya sendiri Cikgu Norliana, rakan-rakan blogger Cikgu Nurul, Cikgu Hazlin, Cikgu Imansyah, Cikgu Nza, Cikgu Rasidah, Cikgu Adham dan lain-lain SELAMAT HARI GURU saya ucapkan. Hadiah berkotan-kotan, tak bagi sikit ke? Haha...


Semalam juga saya dapat surat berpindah ke bahagian lain. Bercampur baur perasaan, sama ada suka atau tidak. Selama menunggu akhirnya terjawab sudah segala teka-teki. Bahagian Pengurusan Harta? Adehh... Sangat asing, saya tak tahu pun apa-apa pasal harta. Tapi boleh belajar, isnyaAllah boleh. Kerja tetap kerja kenalah buat dan sanggup galas tanggung jawab.

Etika Kerja Kita Amalkan, Tekun Jujur Dan Berbudaya,
Gandakan Hasil Dan Pembangunan, Berkhidmat Bakti Berjasa,
Agama Asas Pegangan, Perlembagan Negara Dijulang,
Rukunegara Jadi Pedoman, Kitalah Benteng Malaysia...

Ececehhh....

Syukur masih ditempatkan di Ibu Pejabat... Alhamdulillah...



Best Regard,

Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

8 komen:

hazlin nazri berkata... [Maklum Balas]

selamat hari guru buat kakak man dan semua teman blogger tu...

profesion guru adalah tugas yang murni.. cuma hanya jauhari yang mengenal manikam...

NzA berkata... [Maklum Balas]

Thanks man atas ingatan....
kalu nk share hadiah meh sini....dh brtong2 wat koleksi...he..

selamat menjalankan tugas dibidang baru...jadikan itu satu cabaran....

mr.syazwan berkata... [Maklum Balas]

ace3

puitis bhs yg last tu

hehehe

xmau cr calon isteri seorg cikgu ke??

kehkeh

Tukang cerita berkata... [Maklum Balas]

cikgu nurul tu..akak ke org lain? kang perasan plak...hahhahahha....

anyway, TQVM man.....

akak pun nk tnya sama solan ngan pengomen kat atas ni...

'berminat tak nak cari guru sbg org rumah?'
ngeeeeeeee....... :)

Areef Ibn Naim berkata... [Maklum Balas]

salam man,

selamat bertugas di tpt baru... dlm teori pengurusan, mmg bagus ada rotation ni... anggaplah ia sebagai cabaran n peluang utk menimba pengalaman...

white rose berkata... [Maklum Balas]

salam man...
amboihh...lama ye tak bertegur dgn akak ni...

merajuk ke???

semoga man sehat2 ye...
jadikan keje baru itu sebagai cabaran 2011 buat man...

Afzainizam berkata... [Maklum Balas]

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
diy spray bumper dan grip handle pintu

16 Mei adalah hari guru..Selamat hari guru buat semua pendidik bangsa..jasamu akan di kenang sampai bila bila

eeeemmmmm anggap lahhh ianya satu cabaran untuk lebih kehadapan walau pun tak suka

Areef Ibn Naim berkata... [Maklum Balas]

salam,

man sy ada tag awak tuk join satu contest ni... check kt blog sy yer if berkelapangan...