Tutti Fruitti? Lingkup Pokcik..

Pernah dengar Tutti Frutti? Aku budak kampung, memang tak pernah dengar. Sure!! Tapi bila bebudak ni mention itu kedai francais aiskrim yogurt yang tengah popular sekarang ni, barulah aku tahu ianya sebuah kedai aiskrim ala-ala Baskin Robin Hood. Member dah offer nak open table besar punyerrrr, perut aku pun sedialah berkhidmat berdendang keroncong. Hehe... Jakun punya pasal, aku dengan bebudak pun main tekan saja pedal mesinnya. Kalau boleh semua perisa nak dicampur, excited nak makan aiskrim saku orang. Hahaa... Tak masuk lagi kejakunan dengan biji-biji cokelat, buah kiwi, strawberi etc. semua kami kaut. Pergi depan kaunter rupanya kena timbang, nah, hambek ko!! aku punya yang ringan-ringan angin dah cas RM16.50. Brader-brader yang lain ada RM18.++, RM15.++, RM17.++, dan yang aku pasti semuanya atas RM10.00. Syukran ya sheikh Faihsal (abe hensem baju putih lengan panjang) yang sudi memayung emas kita orang semua dengan membelanjakan Tutti Fruitti yang boleh dijadikan kenangan sepanjang hayat dan yang paling penting kawan-kawan kau dah tak kempunan lagi nak merasa aiskrim mahal. Hahaa... Total semua lebih kurang RM150.00 untuk 10 orang makan. Aduhh lingkup pokcik!! Hehe... Walau apapun, terima kasih bro, moga kerjaya anda sebagai engineer akan terus diberkati dan diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT. Aminn...  Dush!!!


Taubat gwa tak pergi lagi ke sini. Kalau sekadar nak jadikan kenang-kenangan di hari tua bolehlah. Siapa antara kalian yang nak rasa, silalah pergi. Tak nyesal tak! Aku memang tak berapa gemar aiskrim, tak bagus untuk kesihatan. Poyo, hahaha.. Tapi kalau ada orang sudi nak belanja, tangan dihulur, lidah merasa, perut terisi. Ahaks... Jom makan aiskrim Airbatu Malaysia lagi sodap, paling mahal pun 40 sen sebab perisa bubur kacang. Yang biasa-biasa 20 sen saja. Apa ada hal, boleh beli seribu pcs... Hahaa..


Best Regard,

Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

7 komen:

hazlin nazri berkata... [Maklum Balas]

suka ias krim malaysia je..

IMANSHAH berkata... [Maklum Balas]

salam

aku penah buat entri pasal ni..memang mahal

NzA berkata... [Maklum Balas]

mmg mahai dik ttp sedappppp!!!!!

Nur-nba berkata... [Maklum Balas]

Tak pernah menjamahnya lagi.. Tentu sedap.. Tq atas komen saudara.. Nice blog.. Suka header.. Buat sendiri ke header blog ni??

Nur-nba berkata... [Maklum Balas]

Tak pernah menjamahnya lagi.. Tentu sedap.. Tq atas komen saudara.. Nice blog.. Suka header.. Buat sendiri ke header blog ni??

nabilah_2908 berkata... [Maklum Balas]

sy tk pernh rasa lagi..tp mmg tau mende alah ni mahal...huhu..

wahida berkata... [Maklum Balas]

aku tau pasal tutti frutti ni..dan ada dlm list aku utk diterjah, tapi sampai sekarang tak terpergi2...asal nak pegi je, anak demam la, batuk la, selsema la..tu yg defer tu...