Cantik + Kacak Bersatu..

Bila wanita cantik berganding dengan lelaki kacak dalam sebuah pembikinan filem, confirm laris filemnya. Iyalah dah itu produk yang nak dijual, jalan cerita ntah apa-apa tapi sebabkan aset yang dijual dijadikan 'pembuka selera' filem tu yang dikategorikan antara gadis yang cun 'gilerrrr' atau lelaki yang kacak 'gilerrr' sebagai pelaris sesuatu produk boleh laku terjual bak goreng pisang panas macam Ombak Rindu dengan adengan maya karin berkemban diratah oleh Aaron Aziz... Ada kaitan? Hahahaa...

Sekadar gambar hiasan, sama cantik sama tampan 

Tapi bagaimana pula dengan pasangan yang nak jadi suami isteri? Aku penah dengar bukan orang tua kata, tapi minah-minah muda yang cakap, kalau antara lelaki atau perempuan berkahwin dua-dua mereka sama cantik dan kacak, confirm tak tahan lama. Erk? Dalil fakta mana yang mereka ceduk aku tak 'sure' tapi yang pasti aku pernah dengar. Hahaha... Mungkin tak semua tapi majoriti, majoriti juga dikalangan artis barangkali pasal isu yang disensasikan. Ini tak ada dalil aku sendiri yang baca mata kepala aku sendiri kat intenet. Artis mana sendiri mau ingat, kahwin cerai kahwin cerai dah perkara rutin. Apa yang ingin aku utarakan di sini adalah benarkah lelaki kacak jodohnya dengan perempuan cun, cantik dan lawa tak kekal lama? 

Mungkin nak tahan noda lepas kahwin di'tackle' oleh sang buaya atau sang kucing yang menggatal tu yang payah. Iyalah hot stuff, kena usha tu tandanya saham masih naik. Kalau dilayan gatalnya, makin mengenyam terputiklah cinta baru dan terbenamlah cinta yang dah disemai bersama pasangan yang dah bertahun-tahun dinikahinya. Itulah cobaan bagi pasangan yang cantik dan tampan. Jadi perlu ke kita nak ambil risiko memiilih pasangan hidup yang menjadi tarikan setiap gerak gerinya di ratapi umum?

Kau jeles ke dia dapat wife cun? Hehee... Mungkin itu pandangan 'kecantikan' masing-masing, subjektif. Bagaimana mereka mengemudi bahtera perkahwinan tu yang terpenting. Ecececehhh... Ada yang cantik kahwin dengan huduh pun cerai berai jugak. Kecantikan ada 2 jenis, kecantikan dalaman dan luaran. Ada lelaki atau perempuan yang tak memilih sangat pasal kecantikan luaran ni yang paling penting kecantikan dalaman. Itu semua dah tertulis, sekiranya dapat luaran dan dalaman yang cantik dan kacak itu satu bonus. Tapi memang semua lelaki nak yang cun, dan semua perempuan nak yang kacak. Paling penting perempuan sekarang nak kan yang $$$ banyak, kan.. kan.. kan... Lantak pi lah hensem ke macho ke boroi ke asal duit dalam poket mahu ada maa... 

Lelaki handsome dan perempuan cantik bila ada jodoh nikah time kat atas pelamin kalau mereka kentut semua orang tahu kentut dorang busuk walaupun muka lawa, yang penting akalnya bila mana dia harus berfikir di mana seharusnya mereka melepaskan kentutnya itu. Hahaa... Kalau muka esok-esok dah tua berkedut juga. Kuat iman OKlah dia pakai awet muda dengan ambil wuduk tapi kalau tak dia pi buat 'plastic sugery' atau susuk, naya jer...

~ Adaptasi dari pengumuman Yusri dan Lisa yang akan di Ijab Qabulkan 23 Februari tahun depan. 
Oh Tidak, Demam!!!

 Best Regard,

Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

6 komen:

IMANSHAH berkata... [Maklum Balas]

Jodoh tak siapa tahu

Unknown berkata... [Maklum Balas]

lepas nie nak gak tau siapa jodoh hsyman

dik, kak dah balik kulai...
esok niaga. thanks beritahu ttg aktiviti di masjid BBU

nabilah_2908 berkata... [Maklum Balas]

kalau pandai jaga rumah tangga...takdenya bercerai berai.. :)

moga panjang jodoh mereka..kekal hingga ke akhirnya.. :)

sahromnasrudin berkata... [Maklum Balas]

alhamdulillah..rezeki mrk untuk bersatu..kita doakan kebahagiaan mereka

wahida berkata... [Maklum Balas]

dulu aku minat ngan yusry, tapi makin dia dah tua ni, makin terserlah lak ke'bangla'an dia tu...adoi la...huhu...

Hazlin Nazri berkata... [Maklum Balas]

dua-dua cute.. hehehe.. biasanya serasi.. insyaAllah..
kita doakan yang terbaik untuk mereka..