“Madonna” Malaysia..

Banyak komen berunsur negatif banding positif tentang berita ni. Tajuk kemain besar terpampang, Diva Malaysia Dato' Siti Nurhaliza Tidak Bertudung Untuk Jadi Madonna. Bertudung ke beliau sebelum ni? Hahaha... Marketing tu penting ya puan-puan. Ahaks. Walaupun banyak alasan, yang salah tetap salah. Aku pun penggemar lagu-lagu Dato' Siti Nurhaliza tapi kurang berkenan dengan 'serkup' yang dipakainya. Semoga Allah memberi hidayah padanya supaya lebih menutup auratnya kelak. Amin...

KUALA LUMPUR – Sekilas pandang, gambar-gambar kulit majalah GLAM yang menampilkan penyanyi diva tanahair, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, ini mampu membuat ramai peminat melatah dan melenting kerana ia seakan-akan mempamerkan beliau tidak lagi bertudung.

Gambar-gambar kulit majalah tersebut yang menampilkan Siti Nurhaliza seolah-olah mewarnakan rambut dan beraksi tidak memakai tudung kepala di depan lensa kamera sedangkan beliau sudah bertukar kepada imej bertudung sejak beberapa tahun sebelum ini.

Namun hakikat sebenarnya, isteri kepada Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K itu memakai serkup di kepala untuk menutup rambut dan hanya memakai rambut palsu bagi sesi pergambaran eksklusif majalah tersebut.

“Untuk cover Glam, Datuk Siti dipakaikan rambut palsu sepenuhnya malah masih memakai serkup di bahagian belakang kepala.

“Efek grafik dan pencahayaan membuatkannya nampak seakan tidak melitupi langsung rambut. Siti juga tidak memerangkan rambutnya untuk penggambaran ini,” kata editor majalah berkenaan yang dipetik dari blog hiburan terkenal, Beautifulnara.com.

Gambar-gambar tersebut berkonsepkan Siti Nurhaliza sebagai penyanyi seksi barat, Madonna, dan bakal diterbitkan untuk majalah itu untuk edisi Januari tahun depan.

Bagaimanapun, imej tersebut dijangka tetap tidak akan memuaskan hati sesetengah peminatnya memandangkan beliau masih lagi tidak menutup auratnya sebagai wanita muslimah sepenuhnya apabila mendedahkan bahagian leher dan atas dadanya.

Ramai di kalangan artis wanita tanahair yang sebelum ini berimej seksi dan tidak mengenakan tudung telah ‘berhijrah’ menampilkan imej bertudung yang lebih Islamik, namun perubahan positif tersebut masih mengundang sindiran sinis dari segelintir peminat yang mahu mereka menutup aurat sepenuhnya.

Berikut adalah beberapa keping gambar kulit majalah yang dimaksudkan;

~ Walau apapun memang terbaik editingnya. Nak lagi aku memang penggemar bab-bab memanipulasi gambar ni. Hahaa... Doakan yang terbaik untuk beliau.


Best Regard,


Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

4 komen:

mr.syazwan berkata... [Maklum Balas]

aiyoooo

ermm entah lah

nak tegur pun dia da besar

dia da g haji lak tu so pandai2 sendiri laa

huhu

Raz berkata... [Maklum Balas]

memang comel dato ct ni

Unknown berkata... [Maklum Balas]

assalmualikum adikku husyam..

windu dgn kamu... hahahhaha

dik, patutlah peminat dato marah..
kak y tgk gambar2 kat atas pun rasa sedih..
alahai

Naz berkata... [Maklum Balas]

Semoga beliau diberikan petunjuk supaya menutup segala auratnya...Amin....