Ade email aku dapat, macam nie ghupanye..
Pengumuman penting untuk UMAT ISLAM semua, sebenarnya air kickapoo bergas yang selalu diminum kat Malaysia ni berasal dari syarikat ARAK, nama syarikat MONARCH BEVERAGE, bukti lihat web kat bawah ni:.
Tolong sebarkan dan jgn sekali-kali membelinya..
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNeUkKh2qx-RNKevOWfmmLknTNtay3sEh1FYt0PONOVvrmwdn9MrVdHKuhF-9THH8bEIgzPtOO59ALo61q0QYOoQ_9OBUntXgrZKAl1ipha1wjSEZF4AnbtpDc-UiEhD3XcWiJsd02J2c/s320/kkpoo.jpg)
Tapi kalau kita beli minuman tersebut mungkin kita tak tahu lagi, tapi setelah kita tahu kita terus buang stok minuman yg dah kita beli itu.. Bukan ke itu telah membawa kpd hukum membazir. Membazir itu saudara syaitan dan Islam tidak suruh kita membazir dan islam tidak sekejam itu. Kalau dah beli tu, minum je.. Pastu tak payah beli lagi kalau was2 nak beli atau tidak.
Minuman ni tak haram sebab bukan sejenis arak. Cuma syarikat pengeluar tu ada juga keluarkan minuman arak selain minuman ni. Macam minuman Malta jugak, syarikat pengeluar pun dari syarikat arak. Itu dah termasuk dlm perkara yg syubahah (yg meragukan). Maka eloklah ditinggalkan..
Ini soal jawab dari JAKIM berkenaan perkara kat atas ni..
Soalan:
Apakah hukum seorang Islam meminum MALTA (sejenis minuman tanpa alkohol) untuk tujuan kesihatan sedangkan produk tersebut dikeluarkan oleh syarikat arak?
Jawapan:
Sebaik-baik kaedah pengambilan makanan, minuman dan kegunaan orang-orang Islam, hendaklah berasaskan perkara-perkara yang telah jelas halal dan meninggalkan perkara-perkara yang haram dan syubhah. Ini selaras dengan Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: "Tinggalkanlah apa yang meragukan kamu dan ambillah apa yang tidak meragukan" kerana perkara halal itu jelas dan yang haram itu jelas.
Sumber: JAKIM
Layan sirap lagi best.. Tak pun teh tarik.. Hahaa.. Tapi nanti kencing manis plak..
Btw, minumlah air kosong@air masak lagi sonang.. :P
Best Regard,
![](http://1.bp.blogspot.com/_q5DXGUwN0xk/Saq4t2p159I/AAAAAAAABpQ/uYFS05S4yH4/s200/hysman.jpg)
2 komen:
Salam Man,
Kebiasaanya org ramai membeli sesuatu brgan.., tidak akan memeriksa asal-usulnya... mereka hanya tgk logo halal... sedih dgn masyarakat yg kurang ilmu...
Salam bro..
pihak JAKIM mungkin mempunyai kuasa untuk periksa kandungan air tersebut samada halal atau tidak tapi mereka mungkin tidak berkuasa untuk menyelidiki syarikat pengeluar barangan tersebut..
barangkali ler.. hmm..
hanya pandangan je..
Catat Ulasan