Edisi Jumaat..
ZAMAN SEKOLAH
1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.
2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan...
3. ‘Parents i’ tak bagi le...
4. Aku takut nanti ganggu akademik.
5. Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.
ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ
1. ‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak...nantilah lapang-lapang sikit.
2. Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana.
3. Aku tengah ‘tension’ la... awek/ balak aku buat hal pulak...!
ZAMAN HABIS BELAJAR
1. Nantilah... dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.
2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.
3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.
4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.
ZAMAN KERJA
1. Sibuklah... tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...
2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku...
3. Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal.
4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?
ZAMAN KAHWIN
1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan... kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.
2. Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?
3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.
4. Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.
ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL
1. Anak kecik, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak boleh. Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-anak semua aku buat. Memang aku tak boleh nak bagi masa untuk program agama la buat masa ni. Anak besar sikit nanti insyaallah la...
2. Aku nak sambung belajar lagi le, kasi naik pangkat, tambah ‘income’. Baru boleh betul-betul stabil. ‘Time’ tu nanti isyaallah le aku boleh aktif. Nanti le habis sambung belajar dulu. Habis ‘master’, dapat PHD, barulah ada nama sikit. Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.
ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH
1. Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak ‘perfect’ lagi, tajwid pun berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab sembahyang, tajwid. Dah boleh baca Quran nanti baru le sedap nak ‘join’ program. Takkan terus-terus nak ikut program, nak dakwah, kalau yang ‘basic’ pun tak lepas lagi, kan?
2. Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit datang. Badan dah tak kuat macam dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat manalah aku nak berdakwah. Kalau kuat macam muda-muda dulu lain le. Nantilah... pelan-pelannn...
3. Tak ada masa langsung. Hantar anak-anak ke ‘nursery’, ke sekolah, petang ke sekolah agama, malam tuisyen, hari cuti bawa diorang jalan-jalan, rehat-rehat...tentu nak rekreasi jugak kan?
4. Nak ‘online’ internet? Nak ‘update’ blog? Nak sertai forum? Dua minggu sekali ada le aku online. Blog? Forum? Hmmm...
ZAMAN ANAK-ANAK LEPAS SEKOLAH/ ZAMAN PENCEN
1. Aku tengah sibuk belajar dan menghafal pasal haji ni. Cadang lagi tiga tahun nak pergi tapi nak kena belajar dari sekarang le. Engkau tahu aje la aku ni bab agama tau yang ‘basic-basic’ je. Rugi la kalau haji ni tak buat elok-elok. Nantilah.
2. 30 tahun kerja siang malam, sekarang baru dapat peluang nak rehat, nak tumpu pada ibadah, nak mengaji di masjid-masjid, nak ziarah anak cucu, nak lawat saudara-mara, nak jaga rumah... Bagilah aku rehat kejap setahun dua, nak ‘cover’ balik yang 30 tahun tu. Sementara hidup ni, nak juga merasa, ye tak?
3. Tak tahulah. Sekarang asyik bergantung dengan ubat je aku ni. Berjalan jauh sikit penat. Kerja lebih sikit darah naik.
4. Aku bukan tak mahu, dari zaman sekolah lagi aku memang minat, cuma belum ada rezeki aje nak teruskan kerja-kerja Rasulullah ni. Kerja Tuhan jugak yang tak tentukan jalan hidup aku macam ni, nak buat macam mana.
5. Anak-anak aku tu... diorang kalau boleh nak tengok aku berehat aje di rumah, tak payah fikir apa-apa, tenangkan fikiran, tumpu pada sembahyang, mengaji... Betul jugak, esok kalau aku sakit ke apa ke, diorang jugak yang susah. Aku malas le nak bertekak dengan diorang.
ZAMAN DALAM KUBUR
1. Aduh... hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!
2. Arg, kawan-kawan aku yang ‘beragama’ boleh dibilang dengan jari! Kalaulah masa di ‘u’ dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan banyak ilmu dan banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang mereka buat semuanya saham pahala untuk aku tu. Ruginya aku....
3. Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Tapi aku nak buat majlis tarbiah di rumah macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan muka aku!
4. Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak. Iman dan pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?
5. Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia... ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab... habis aku!
6. Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?
7. Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?
.
Aku menyesallllll.........!!
.
Oleh: Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK
29 komen:
wow.. panjangnya.. terkedu aku membacanya.. kita boleh juga berdakwah melalui internet. zaman skrg makin maju. niat utk berdakwah tu kena ada. baru nampak jalannya.. insyaallah...
haha...
aku dpt dr email gak..
saje masokkn dlm entry nih..
men auto post..ko le yg ajo..
hehe..
insyaAllah..
slalukan benda camni ramai org tak pandang..
aku nak tgk org alert ke tak..
kihkihkih..
insyaAllah..
nampaknya kamu sungguh alert..
chewahh!! :)
dakwah adalah ibadah yg diwajibkan kpd stiap muslim..
Nabi Nuh berdakwah hampir 1000 tahun siang dan malam..
ble2 mase jer kte bleh berdakwah..
cam kat blog ney..hehe
Bla3,
1000tahun??
makk aiiii...
lamanyaaaa...
kita nih juz ada 60tahun je utk hidup itu pon klu sampai la..
camne tuh??hmm..
thanx coz anda prihatin..
hehe..
Salam Man,
Itu antara sifat manusia yang sebenar... sukar diperbetulkan... ada saja alasan utk sesuatu perkara...
Setuju dgn Naz... kini zaman IT... bleh berdakwah melalui internet... no prob...
aku nk start berdakwah dgn pakai
jubah boley x?
hehehehe...tipu tipu!
insyaAllah kalo dibukakkan ati..
suatu ari nnti juz wait n see!
Bro Mirul,
Waalaikumusalam bro..
lumrah kejadian..
tapi sering kurang mendapat sambutan..
:(
p.a.sheh,
bole no hal..ko nak pakai serban pon boleh juga..
hehe..
insyaAllah..
:p
Man.. ko wat auto post sehari brapa n3 ha? jng la wat bnyk2 sngt. x terkejar aku nak membacanya...
aku alert sikit2 jer. tp n3 mcm ni memang bagus utk santapan rohani.. good job.. :)
sehari satu ler..hehe..
ko auto post every 1am kan??
aku autopost 1tghari everyday..haha..
aku pon da penat kejo blog kotak ko..hehe..tp aku steady je nih..
hehe..
rohani dan jasmani...pendidikan jasmani..teringat plak..hehe..
oo.. kalo sehari 1 post ok la tu. kalo 4 post sehari jenuh gak nak mengejar... aku ni pun kdng2 x terkejar komen2 kat blog aku tu... hehehehe...
aku pulak teringat kat member sek ren aku, Ruhani... hahahaha...
betol tu..
byk weh komen ko hindarkan dr pandangan ko dlm blog kotak ko tuh..
ceh takpe..ade ubi..
hehe..
lek ar..gwa sempoi beb..
klu pengomen lagi aku tak tau la..
adoiii..sempat lagi tuh..
mesti cun kan..
sbb ko high taste..
hahaa
aku tngh mengejar komen2 yg aku subscribe dulu. nnti kalo dah pree sket aku kejar n3 yg aku blom catch up... biasalah, aku ada masa free, ada masa x cukup masa... :)
ala, aku bukan peduli dia cun atau x. tp nama dia unik. tu pasal aku masukkan nama dia dlm perenggan pertama kat n3 gitar aku tu...
iye ler,da ramai peminat..
hang tgk follower hang..
mantop beb..
huahahahaa...
tak kesah ler..
bio tak jawab tapi maintain je bro..
hehe..
iye ke??
perenggan ke 3??
takde pon..
sblh mane bro??
depa follow jer, tp cuba tngk dlm komen. berapa kerat ajer yg tulis dlm tu. kalo ko dan Lela x der, sunyi sepi...
bukan perenggan 3 la, tp prenggan pertama kat n3 aku tu. hehehe... lu salah baca kot??
iye ke??
ramai laa..
ko je yg juz nampak kitorang..
haha..
dalam diam dorang bukak blog ko.cuma depa suma tak sepoyo aku dan lela yg meninggalkn komen..heheh..
takde pon Naz..hang nipu ler..
mane ade..
atau mata aku sialp nengok..??
aku dah cek counter blog aku tu. sehari cuma beberapa visitors ajer. kalo malatop mesti beratus2... ko dan Lela buka poyo2, tp pengkritik tetap yg berkualiti dan disegani...
eh, aku silap la. bukan ruhani tp nurani... hehehe... jng mare..
Klu blog kotak email mmg selalu aku bukak tp blog gitar ko tgk masa..itu time kat opis..sebab klu kat umah takleh bukak..intenet umah aku slow giler..
da puas aku hempas maxis broadband nih tp still lambat mcm sipot..
siuttt bettoll..
hehe..
nnt klu network da ok,aku jd pengkritik tetap kat blog gitar ko ye..hehe..
tp blog kotak emailmu itu tatap menjadi pooojaan hatiku..
ok, semoga ko dpt subscribe streamyx sok lusa. laju memang laju bro. kat tmpat aku, speed dia dlm 600,700kb/s. kalo time slow, memang slow giler.. tp x slalu..
kritik, jng x kritik bro.. aku memerlukan kritikan utk memajukan diri dlm bidang muzik ni. hehehe...
tqvm bro pesal sudi memeriahkan mejlis kat blog aku tu... :)
tapi bila aku kritik skit ko takleh terima plak..camne beb??
aku ckp vokal ko sedap..tone mantop..ape lagi??
siap aku suggest lg bikin mcm Yuna tapi ko tak nak cuba dulu..
aku akan tetap kritik mcm adlin aman ramli..haha..tp takler sejibik mcm die,die poyo sgt ler..
haha
bila masa pulak aku x trima kritikan ko tu. actually, nyanyi2 ni aku x bagus sngt. aku lebih kpd buat lagu. kalo ko nak kritik style Adlin, no hal. akan aku terima dng senyuman... hehehe..
heheheh..
klu aku bg lirik ko boleh bikin lagu tak??
Insyaallah boleh asalkan perkataan2 dlm tu kena sama bilangan suku katanya. kalo ada yg panjang dan ada yg pendek, amat susah aku nak masukkan melodi. ada sorang brother kasik aku lirik, sampai la ni aku x leh buat lagu, pesal bilangan suku kata x sama dr perenggan ke perenggan...
brader tu ab ke??
aku nak kasi ko melodinye skali
bleh???
nnt aku kasi...hehe
betul, Ab kasi lirik bangau oh bangau versi dia. pening kepala hotak aku nak susun atur melodynya.. aku rasa mcm nak surender jer...
bak mai sini, aku tengok dulu.. ;)
lek ar..baru secubit dugaan je tuu..
sabo yo!!
hehe..
wahhh!!kena tapis dulu yo...
takoot aku..
oraitt nnt aku kasi..
hehe..
memang aku sabo, tp dia asyik2 tanya bila nak siap... huhuhu...
nnti da siap ko email ajer kat aku. :)
maksudnye die tak sabo2 nak perdengarkan irama yg ko buat tuu..
bagus la tuu..menunjukkn peningkatan yg +ve..
hehe..
nnt aku email..
tunguuuuu.....
:p
ye ker? harap2 mcm tu la..
ok, akan ku tunggu lirikmu itu... :)
Catat Ulasan