PREGO..

Aku dapat dr email.. Kalau salah fakta, abaikan post ni oraitt.. Ku hanya menyampaikan..
.
Hati2 dgn sauce PREGO. Bacalah kandungan setiap makanan yg kita beli, terutama makanan jenis barat..
Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati. Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc., anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.
Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls.. Dikunyah rasa asin-asin.
Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa.
Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit.. Saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGO made in USA.. Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil.
Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato,bla-bla,bla-bla... pork minced meat!
Astaghfirullaahal aziim....... Saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat! Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang.
Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi.. Kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nakjadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram..
ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM.. Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang termakan babi.. Tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spegetti lagi.
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

11 komen:

Tukang cerita berkata... [Maklum Balas]

Akak pun pnah dapat email ni....
nauzubillah...

tp akak pernah tanya kawan akak yg mualaf....
Dia kata, sesedap daging kat dunia ini, adalah daging babi....

Benda haram memanglah sedap....

Ujian tuk kita....
Semoga kita termasuk dalam golongan yang terpelihara olehNya..
amin....

amirul berkata... [Maklum Balas]

Salam Man,
Astaghfirullahalazim... macam2 ada! apa nak jadi nih? Diminta seluruh umat islam lebih peka dlm memilih makanan di masa akan datang... baca setiap label... sebelum membeli...

MissGAZA (FasihahAdnan) berkata... [Maklum Balas]

kenapa rasa macam ade je dlm peti ais tu?
oh,
alhamdulillah bukan!
lagipun,
sjak bila suka mkn spegeti ni?
xpenah dibuat pon!
=p

papun,
moga ALLAH pelihara kita dr mnelan bahan2 haram ini hingga hari kiamat.
Ameen~

Naz berkata... [Maklum Balas]

x silap produk tu ada kuar iklan kat tv kan dulu. tq Man, aku akan boikot PREGO dan sekutu2nya...

joegrimjow berkata... [Maklum Balas]

bukan ke prego makanan anjing?

Darling Pya berkata... [Maklum Balas]

acu penah dpt email nie
skrg nie nk mkn kuah spegeti prego pun dh x berani dh..

Sulela berkata... [Maklum Balas]

Hmmmm...penah baca gak kat satu forum pasal benda neh. Harap semua umat islam buat pemerhatian yang teliti masa membeli makanan...

=>alaaaa...kalau nak makan spageti, sos dia masak sendiri je...hehehe

Amieynna Amin berkata... [Maklum Balas]

aku pernah baca bende ni...
nasib baik laa den bukan penggemar spaghetti ni..
tp still ade hati nak blaja cara wat sos nye..
hehe

Along Fina berkata... [Maklum Balas]

haah.. aku cam joe gak...
bukan ke prego tu makanan anjing??

Cahaya Yang Riang Gembira berkata... [Maklum Balas]

Hahaha.. Joe.. Fina.. Mkanan anjing??? Hik hik hik.. Adoiyai.. Mau pengsan trgolek org yg mkan Prego nih dgr.. =p

Hysman.. Takpe3.. Walaupun susah untuk mnembusi benteng prtahanan rumah hijauku itu, at least kamu tlah mncuba.. Syabas inspektor shahab.. Hik hik hik.. =p

Along Fina berkata... [Maklum Balas]

akak...
btol la... kot...

huhuu

salah ka???

ha'ah kak,
susuah nak masuk umah akak.. bape ar???