Konspirasi Kematian Michael Jackson Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk translatekan forward email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.
Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.
Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.
Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.
“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.
Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.
Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.
Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.
Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.
Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.
Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata "Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”.. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia.
Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.
Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.
Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.
Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.
“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.
Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?
Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.
Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.
(Sheikh Ha**d)The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain
Dialihbahasa oleh http://beautifulnara.com/
.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK
19 komen:
betul ke? jika benar, alangkah sedihnya nasib seorang yg bernama MJ.... dan seorang Islam....
o...
nak caye ke idak ye??
erm...
ntah la..
aku blom cukup matang nak pk benda ni...
ni aku nak amik medik balek ni...
jadik forensic experts..
mimpi je...
p/s: love this song.. 'you are not alone'...
sedih kan kalau betul kematian dia sbb konspirasi...
Salam ....
Harap apa yang Lu ceritakan nih adalah benar dari Sudut tukaw Agama nih Man.....
Pasal terlalu banyak sangat RUMOS!!
Sampai seluruh peminat ponk dah Biul!!
Gua bengang Beb!!! pasal tak ada kesudahan dan titik NOKTAH!
Lebih lagih bila Agama Islam dijaja ......
Gua sedih bila Mayat nya dikatakan diletakkan didalam Peti Sejuk dibawah GEREJA...
Allahhualam....
Salam Man,
Konspirasi? Yang mana satu yang betul pun tak tahu la...hari2 ada saja kisahnya terpampang di akhbar. kalau dia mambunuh diri tak kan dia berhempas pulas membuat latihan untuk konsert yang akan diadakannya nanti...banyak benda tentang MJ menjadi tanda tanya salah satu pesoalannya dimanakah dia disemadikan? sampai sekarang tidak ada yang dapat memberikan jawapan yang tepat...
'You are not alone'...lagunya yang menyentuh hati akak...
P/S: Islam atau pun tidak MJ hanya Allah sahaja yang tahu...
Salam Man,
Eden no komen... cuma mengharapkan ada kebenaran disebalik cerita ini...
sian MJ ni kan..
x
aman
btw
nk jemput gathering blogger
http://mohdhaiqal.blogspot.com/2009/07/jom-join-gathering-bloggers-1-august-ni.html
baca k
alhamdulillah, akak cuba gak cari info ni, br jupe kt blog adik akak sorg nihh.TQVM dik.... Ank2 akak dpt lg tu thn lepas.mrk msukn kt hp n bg akak dgr...mmg sayu bila akak dgr lg tu..n sebutannya pn mmg real sorg muslim..al fatihah utk MJ..
Kak Lin,
insyaAllah..
doakn yg terbaek utk seluruh umat islam..
Fina,
hmm..
somtime org muda boleh kluakn idea yg bernas dr yg dewasa..
:p
Acu,
sedeh bila pikirkn beliau seorg muslim diperlakukn sebegitu...
DJ Epoi,
Gwa dpt dr email bro..
cuma nak menyampaikn saje..
mcm2 rumos yg berkata2 tp hanya DIA saja yg tau..
biarlah,kita hanya berdoa saje utk kesejahteraan umah islam..
dlm peti ais bwh gereja tu pon gwa ade pnah dengo gak tp huaAllahualam..tak tau kesahihannya..
HoneyAmirul,
salam kembali kak..
mmg konspirasi kak..
mgkin itu da suratan bg seorg bernama MJ..
kita doakn yg terbaek..
lagu tu mmg sedap kak..boleh dimakan bersama sos cili..
hehee..
:p
Bro Mirul,
eden hanya menyampaikan..
kesahihannya hanya DIA yg pasti..
Karl,
rohnya maybe tak tenteram kot..
di autopsi 2 kali tu..
hmm..
:(
oraitt nnt gwe jengah yea..
:)
Ibu Nza,
alhamdulillah..ape yg sy dpt melalui kotak dalam (inbox) saya akn cuba kongsikan..
sama2 la kita yea..
lagu thanx to Allah mmg sedap n halus sebutannya..da arabian word so fluent..
:)
mcm betul... semoga beliau bersemadi dng aman di sana...
naz, aku stuju ngan ko.. aku rase btol kot.. kalo ikut otak celup kreatif aku la.. huuhu
Al-Fatihah..
* yg pasti, sy syg ngn arwah MJ...
Catat Ulasan