Cinta Sempurna di Oasis..

Jangan lupa saksikan DramaMega CINTA SEMPURNA di Oasis Channel Astro 106 setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 3.00 petang. Aku siang kerja jadi layan delay telecast pukul 10.00 malam. Drama slow tapi mesej mantop.. Mari layanzzzz.. (pasal intro n fin ade lagu Yuna kott, hahaa)
SINOPSIS CINTA SEMPURNA
DATUK BURHAN seorang ahli korporat yang hidup begitu extreme dengan gaya dan budaya barat secara tiba-tiba mendapat kesedaran beragama sekembalinya dari mengerjakan umrah. Namun kerana kesedaran berteraskan emosi semata tanpa ilmu islam di dada, Datuk Burhan beralih dari satu extreme kepada extreme yang lain iaitu kepada extreme dalam beragama. Datuk Burhan secara tergesa-gesa telah menghantar secara paksa dua anaknya NAJIB (12th) dan SHILA (10th) ke sekolah agama berasrama tanpa berbincang terlebih dahulu dengan isterinya DATIN ZARINA yang ketika itu berada di luar negara. Semua itu di lakukan oleh Datuk Burhan atas alasan mahu menebus dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelum ini.
Najib dan Shila yang sudah terbiasa dengan kehidupan serba mewah dan kesenangan hidup terpaksa akur dengan tindakan ayah mereka. Sebagai tanda protes, Najib dan Shila telah bertindak memberontak dengan pihak pentadbir sekolah agama di mana mereka belajar. Pentadbir dan guru agama yang tidak tahan dengan kenakalan mereka akhirnya meminta Datuk Burhan mengambil anak mereka semula.
Datin Zarina mengambil peluang ini untuk mempertikaikan tindakan suaminya sebelum ini yang telah bertindak menghantar anak mereka dari International School ke sekolah agama tanpa terlebih dahulu berbincang dan mendapat persetujuan anak-anak mereka. Datin Zarina yang tidak mahu suaminya terus mengongkong anak-anak mereka dengan peraturan agama yang ketat telah mengambil keputusan drastik dengan menghantar Najib dan Shila belajar di London. Kebetulan Datin Zarina mempunyai seorang adik perempuan yang telah lama menetap di United Kingdom.Dua belas tahun kemudian Najib Dan Shila kembali untuk bercuti ke tanah air. Shila ketika ini baru sahaja selesai Chambering setelah selesai pengajian undang-undangnya di Lincoln’s Inn. Najib pula sedang belajar di tahun akhir di Edinburgh School of Arts. Sepanjang berada di rumah Najib dan Shila banyak mempertikaikan amalan agama dan amalan budaya bangsa mereka sendiri. Datuk Burhan dan Datin Zarina, kerana tidak cukup ilmu untuk berhadapan dengan hujah Shila terutamanya terpaksa memanggil beberapa orang ustaz, ustazah dan beberapa pakar motivasi untuk membetulkan pegangan dan aqidah anak mereka tapi semua usaha itu gagal.
Atas nasihat seorang pakar saikologi, Datuk Burhan dan Datin Zarina kemudiannya telah memanggil seorang ustaz muda bernama USTAZ NAZIR, iaitu seorang pensyarah Pengajian Islam di sebuah universiti, yang pernah tinggal lama di luar negara untuk memperbetulkan aqidah anak mereka yang telah menyimpang jauh.
Namun Ustaz Nazir mendapat tamparan apabila dia terpaksa berdepan dengan Shila yang cerdik dan keras pendirian itu. Namun dalam masa yang sama tanpa pengetahuan si ustaz muda itu, Shila dalam diam telah jatuh cinta padanya. IZARMAN yang merupakan anak kepada rakan perniagaan Datuk Burhan, yang selama ini meminati Shila cemburu dan tidak senang hati dengan kehadiran Ustaz Nazir dalam hidup Shila.
Apa yang tidak diketahui oleh Shila ialah ustaz Nazir sebenarnya telah mengikat tali pertunangan dengan seorang doktor, DR NAJIHAH. Ustaz Nazir dalam masa yang sama hadapi delima antara menyelamatkan aqidah Shila yang sentiasa menggodanya atau kekal setia dengan tunangnya. Najib pula dalam masa yang sama telah jatuh cinta dengan Dr Najihah. Ustaz nazir akhirnya jadi keliru dengan tugas dakwahnya. Dia mula mempertikaikan keikhlasannya sendiri apabila di mula bertanya samada dia mendekati Shila kerana telah mula jatuh cinta pada Shila atau kerana tugas dakwahnya memperbetulkan aqidah Shila. Pada masa sama kebaikan Dr Najihah untuk membetulkan jalan hidup Najib menyebabkan Najib menyangka Dr Najihah juga menaruh perasaan terhadapnya.
Tregedi berlaku bila Shila mendapat tahu Dr Najihah adalah tunang Ustaz Nazir dan Najib mengetahui Dr Najihah adalah tunang Ustaz Nazir.
.
Cinta Sempurna by Yuna
AKU MANUSIA LEMAH SELALU TERJATUH
BERBEDA AKU DARI MU
KAU BERDIRI TEGUH
AKU SERBA TIADA AKU KEKURANGAN
DAN BILA KAU TIBA AKU HILANG DARI KEWUJUDAN
SEMPURNANYA SIFATMU TULUSNYA HATIMU
JUJURNYA NIATMU
TINGGINYA KESABARANMU
LEPASKANLAH DIRIKU
KERNA AKU TAK MAMPU TUK MENANGGUNG SEBUAH CINTA SEMPURNA DARIMU
DARIMUUU...
BUKAN AKU TAK PERNAH MENGERTI DIRIMU
KUSANJUNG SETIAP KATA CINTA
KAU BERIKAN AKU HILANGKAN RASA ITU AKHIRKAN SEMUA
DAN BILA KAU SEDAR AKU HILANG DARI KEWUJUDAN..
SEMPURNANYA SIFATMU TULUSNYA HATIMU
JUJURNYA NIATMU
TINGGINYA KESABARANMU
LEPASKANLAH DIRIKU
KERNA AKU TAK MAMPU TUK MENANGGUNG
SEBUAH CINTA SEMPURNA DARIMU... .
** Bulan puasa yok pekena cerita berunsur keislaman skit.. Peace No War..
Salam 13 Ramadhan..
.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

37 komen:

Qarl berkata... [Maklum Balas]

yup bro

suka citer ni

cuma x suka lagu nyanyian yuna

malas je die tu

btw, bro vote tau 10 most interesting entries kt blog karl

tq

Tukang cerita berkata... [Maklum Balas]

Salam man...

tak tau plak ada cerita ni...
tp, tak tgk pun tak pe...
dah tau jalan cerita dh baca n3 hang ni....
:)

pstttttttt....siapa berlakon jadi DR NAJIHAH?
:P

hysman berkata... [Maklum Balas]

Karl,
Yuna mmg malas nk bukak mulut walupon mulut beliau beso..hahaa..
tp lirik die yg mantop..
best suma lagu2nyer..
:p

~da vote daa..

hysman berkata... [Maklum Balas]

salam kak Nurul,
tp klu nk rase lebih feel lagi moh tgok Oasis..hehee..

dr. Najihah dilakonkn oleh Faezah Elai dlm cite nih die pakai tudung tp luar drama nih seksi nauzubillah..huh..

~minta2 Jihah kecik tak moh seksi2 yea da beso nnt..minta dijauhkan..tp perangai sempoi cam mamanyer takpe..hahaa

pu3 balqis berkata... [Maklum Balas]

hu~~.. nak tgk.. ust tuh sapa pelakonnya..?

kenapa la cerita begini ditayangkan di astro saat familyku membuat keputusan utk tidak lagi mggunakan khidmat astro..?

oh..~

MissGAZA (FasihahAdnan) berkata... [Maklum Balas]

slm bro..

ku xdak astro.
mcm mana?
haha





apakan daya..
baca jela sinopsisnya yg best ni..
=P

hysman berkata... [Maklum Balas]

ustaz tu lakonan asyraf muslim..
hahahaa..
itu namanya dugaann..
alaaa..takpe..
lg bagus takde astro pasal astrok terok benok..cekik darah..huh..
:p

hysman berkata... [Maklum Balas]

salam kembali miss GAZA,
owh i c..
same dgn cik pu3 balqis la yea..
hehee..

takpe,saye da attachkn sinopsisnyer..
diharap cik GAZA berpuas hati la yer..
hehee...

Naz berkata... [Maklum Balas]

walaupun aku x der astro kat rumah... aku cuba layan kalo2 aku tersesat g rumah bonda aku time criter ni keudara... hehehehe... Yuna... ;)

hysman berkata... [Maklum Balas]

Naz,
yeah...
Yuna ft. Yuno - Cintamu Cintaku Jua..
pasti gempaq..hahaa..
layan utk merehatkan minda 1/2 jam..ehe..

slamat menonton...

Cahaya Yang Riang Gembira berkata... [Maklum Balas]

Assalamualaikum.. =)

Man WanAbe pn minat citer ini kah??? Ku balik umah aritu ari2 ku layan cite ni.. Walaupun plakon tak brape digemari tapi sbb jalan crita, ku layankan saje.. Pape pn, mesej crita ni mmg bgus..

Dn mereka brdua sgt2 tersesat jauh.. Dahsyat bila ku igt balik time depa dua dok brsoal jwab dgn ustazah tntang pmakaian jilbab sambil meniup kepulan asap ke muka ustazah.. Masa tu ku rasa mcm nk amukan je.. Nasib baik je ku tak boleh msuk dalam tv.. Muahahaha.. =p

Tapi dah balik Ipoh.. Astro pn tarak.. Huhuhu.. =(

Heehee.. Salam 13 Ramadhan juge.. =)

Naz berkata... [Maklum Balas]

bilalah aku boleh join jadi Yuno tu erk? hahahaha.... adehhh, cintamu cintaku jua... kontroversi tu beb... x mo lah gue...

joegrimjow berkata... [Maklum Balas]

heh
cam b est je ni
thx u

NzA berkata... [Maklum Balas]

mcm best jerr crita tu..ni kena join gak nihh.

Alahai trpaksa korbankn waktu tidur ku....

bintangku berkata... [Maklum Balas]

cam best jek citer nie... harus tgk nie.. nie yg tak leh nak buat keje lain kalo dah ada appointment ngan tv nieh..

cahaya kelip-kelip berkata... [Maklum Balas]

brape episod dah a?
tgk kt utube je leh x?
best sgt ke?

panggil aku shEh berkata... [Maklum Balas]

hehe..
i tgk Nur Islam suda~

myQza berkata... [Maklum Balas]

wah! best ke?
skodeng2 dulu nanti!

Darling Pya berkata... [Maklum Balas]

uwaaaaaaa...
umah acu tak de astro...
uwaaaaaaaaaa

IMANSHAH berkata... [Maklum Balas]

wah peminat drama melayu rupanya

hysman berkata... [Maklum Balas]

Hana WanAbe,
Waalaikumussalam cik Hana..
mula2 ku tak amek port pn citerni tp bila ayahbonda dok slalu terpangu depan tv tgok cite ni,ku juga terpesona akan jalan ceritannya..hehee

wahh,kasi tgok la kat cafe..takkn takde astro??haaa

hysman berkata... [Maklum Balas]

Naz,
hehee..
aku imagine tak kontrovesi pnyer..ko tgok Bunga n Ari Lasso nyanyi duet ok jer takde kontroversi pn..hahaaa..
ape kate Yuna duet dgn Yuno,pasti malatop weihh lagu itu dicorong2 radio..hahaa..

hysman berkata... [Maklum Balas]

joe,
yok nyaksikan bersama2..
:p

hysman berkata... [Maklum Balas]

kak Nza,
jgn tgok malam kak,tgok petang kol 3..balik skolah buleh layan...zazzz..hehee

hysman berkata... [Maklum Balas]

bintangku aka Kak Sha,
hehe..beselah cam tak taw je klu pompuan da ngadap tv..maunyer tak lepas walupn iklan..kekeke..

hysman berkata... [Maklum Balas]

cahaya kelip-kelip,
da episod ke-14 td..
tak taw la kat utube ade ke tak..
hmm..
alaa..citer nyer bese jer..cuma masej die yg ade isi la jugak..hahaa

hysman berkata... [Maklum Balas]

p.a.Sheh,
aku layan Nur Kasih..
hahaha

hysman berkata... [Maklum Balas]

s| TED|,
yok kita skodeng dlm2..
nampak isi kita terjah..
:)

hysman berkata... [Maklum Balas]

Acu,
hehee..
owh takde astro??bagusla..
pasal astro mmg asterok mahei cekik darah..so takyah langgan..hehe..
da terlanjur takleh watpo ah..
haha

hysman berkata... [Maklum Balas]

cikgu ImanShah,
drama omputeh tgok gak tp jgn abaikan drama tanah air sendiri iye dak..sokong produk tempatan.
hahaaa...

Naz berkata... [Maklum Balas]

hehehehe... aku suker... :-D
tp x mo lah duet.. kerja di blkng tabir jer pun dah ok...

hysman berkata... [Maklum Balas]

Naz,
skrg mane org pakai tabir,dah pakai pemidang kayu jati..ehee

Naz berkata... [Maklum Balas]

kalo mcm tu aku nak berselindung disebalik tirai besi bersulamkn kayu jati lah... hahahaha

hysman berkata... [Maklum Balas]

mcm gwa penah dengo je ayat tu?? ehehe.. owh,penyamun..ciplak yaa...

Naz berkata... [Maklum Balas]

hahahah... kan ko kata zaman skrg org x pakai tabir... so, aku gunalah benda yg moden seperti yg ko ckpkan tu... hahahaha....

lumut berkata... [Maklum Balas]

cm best je cter neh...hee

yuna mmg best...
skang neh admire yuna ngan naz..
serious aku sokong kalau naz ngan yuna bergabung tenaga..suke3333!!!
hehe...

tol tak hysman???=D

Naz berkata... [Maklum Balas]

{lumut}...
pokcik sudi.. tp org tu dah femes... mana nak pandang pokcik ni... huhuhu...