Assaslammualaikum wbt.
Best Regard,
Aku pernah terbaca dalam satu forum bahawa dalam Islam kita dilarang meminta jadi pemimpin. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW apabila didatangi oleh Abu Musa. Dia berkata kepada Rasulullah: “tolong ambil kami jadi ketua”. Kemudian Nabi bersabda: “Demi Allah, kami tidak akan lantik pekerjaan ini kepada seorang yang meminta jawatan atau orang yang nampak rakus mahukan jawatan”.
Tidak bermaksud aku untuk mencoretkan pena mengenai politik di sini, tidak sama sekali. Cuma terdetik dalam kotak fikiranku, kenapa manusia era ini begitu berhempas pulas untuk jadi pemimpin walaupun mereka sedar mereka tiada 'kelulusan'? Bukankah mereka tidak tahu begitu besar tanggungjawab untuk jadi pemimpin mutlak bukanlah sekadar berbangga dengan gelaran Yang Berhormat (YB) yang sepatutnya Yang Berkhidmat tapi beri keutamaan melaksanakan tugas mereka untuk berusaha menyatu padukan umat Islam dan umat majmuk mengikut acuan Al-quran dan Hadith.
Semalam aku menjenguk satu 'page' politik dalam FB. Terlihat komen-komen yang ada, banyak membina dan tak ketinggalan juga yang membuat serangan. Pada aku tak ada yang silap semua orang ada hak untuk beri buah pandangan, tapi yang 'lebih-lebih' manusia yg terlalu taksub dengan pemimpin mereka sehinggakan sanggup mengKAFIRkan orang lain yang tak sealiran dengan parti yang mereka anuti. Kita letak tepi fahaman politik yang entah apa-apa, tapi aku nak fokuskan tentang prihal akidah kita sebagai hamba kepada Allah SWT dan umat Nabi Muhammad SAW. Aku bukanlah 'kaunter' yang layak untuk berbicara tentang keagamaan atau politik tapi akal aku masih lagi waras berfungsi untuk bezakan mana yang hitam dan mana yang putih. .
Kepada Abdurrahman bin Samurah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda: Wahai Abdurrahman, janganlah engkau meminta diangkat menjadi pemimpin. Sebab, jika engkau menjadi pemimpin kerana permintaanmu sendiri, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaanmu sendiri, engkau akan ditolong orang dalam tugasmu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Sebelum itu, sila tolak ke tepi fahaman politik dan abaikan nama parti yang 'mereka-mereka' ni sebut. Jom kita tengok proses kafir mengkafirkan orang...
Aku pulak boleh merajinkan jari-jemari meninggalkan jejak...
Dan aku pulak yang diKAFIRkan... Mungkin agak kasar aku komen kot...
Mungkin komen aku agak keterlaluan, jadi aku mohon maaf...
Alhamdulillah, ada juga saudara yang 'back up'...
Kalau nak tegur, tegurlah tapi ada cara. Jangan biarkan syaitan menguasai diri.
Jaga bahasa dan adab kita sebagai orang Islam, agama/bangsa lain sedang memerhatikan kita. Bersatulah demi agama Islam tercinta. InsyaAllah selamat dunia akhirat.. :)
Kepada Abdurrahman bin Samurah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda: Wahai Abdurrahman, janganlah engkau meminta diangkat menjadi pemimpin. Sebab, jika engkau menjadi pemimpin kerana permintaanmu sendiri, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaanmu sendiri, engkau akan ditolong orang dalam tugasmu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK
3 komen:
akak tak minat politik...
banyak tipu dari benar..
bila emosi menguasai diri...
sy pun biasa juga tgk orng2 macam dia ni kt fb...
dan..bukan dia sahaja...ada juga yg memihak pada parti yg satu lagi...tp perangai macam dia juga..
adakalanya para pemimpin biasa je....yg penyokong tegar ni yg melebih2...
pelik bila orang obses parti ni.
Nampaknya en hisman kenalah tempekkan artikel adab Pemimpin dan adab menjadi rakyat pada masa y sama. :)
Tak kisah parti apa yang pimpin yang penting Islam tak diperdagangkan.
Catat Ulasan