Proton MPV..

Dilemma..

Antara 'Belajar' dan 'Kerjaya', hmm.. mane ye?? Aku kena pilih antara satu.. Memang impian aku nak sambung ke degree tapi..

Ragam Manusia..

Can U Read Dis??

Anda bole bace ni??
Haha..
Not possible to read anything? Then follow the guidelines given below..
Close your eyes almost 90% so that you can actually read it.. Mata kawe okay.. bole bace..

TARA3 Fin..

1st..
Congratulations to Sam and Vince..
3rd..
Congratulations also for both of u gurlz.. Chayok!!
2nd..
Padan muka ko.. Hahah..
Lain kali jangan riak sangat, bajek bagus lor korang.. Huhu..
Terima padahnye.. :P

Lagu Baru..

BUTTERFINGERS - BEBAS Anda mahukan lagu ini? klik saje --> Sedut BITTERSWEET - BURN BERLIN DOWN Anda mahukan lagu ini? klik saje --> Sedut FARAH ASYIKIN - DI PANGKUAN PILU Anda mahukan lagu ini? klik saje --> Sedut RAINBOW - TEMPLE OF THE KING Anda mahukan lagu ini? klik saje --> Sedut DISCOVERY CHANNEL - I LOVE THE WHOLE WORLD Anda mahukan lagu ini? klik saje --> Sedut AJAI FT. MARSHA - SAYANG Anda mahukan lagu ini? klik saje --> Sedut SAIFUL FT. MISHA OMAR - TAK KU DUGA Anda mahukan lagu ini? klik saje --> Sedut MILA - GILA Anda mahukan lagu ini? klik saje --> Sedut CHICAGO - YOU'RE THE INSPIRATION Anda mahukan lagu ini? klik saje --> Sedut NIDJI - SHADOWS Anda mahukan lagu ini? klik saje --> Sedut ROMANCE - KU INGIN KAMU Anda mahukan lagu ini? klik saje --> Sedut ANUAR ZAIN - KETULUSAN HATI Anda mahukan lagu ini? klik saje --> Sedut POCO-POCO Anda mahukan lagu ini? klik saje --> Sedut DAUGHTRY - FEELS LIKE TONIGHTS Anda mahukan lagu ini? klik saje --> Sedut‏ ADAM - KU BERTANYA Anda mahukan lagu ini? klik saje --> Sedut

Dua Lelaki Yahudi Pujaan Ramai..

oleh Ibnuyaacob

Kedua-dua mereka berada di bidang yang berlainan dan corak kerjaya profesional yang berbeza. Seorang dari mereka adalah superstar dalam arena sukan bola sepak. Manakala seorang lagi sememangnya superstar dalam arena hiburan di Hollywood. Yang menyedihkan ialah kedua-duanya adalah pujaan menggunung bagi kebanyakan remaja dan belia muslim. Kita boleh dapati gambar-gambar dua lelaki ini dilekat di merata-rata tempat khususnya peminat fanatik mereka yang sememangnya skiptikal dalam budaya hedonisme. Sama ada pelajar sekolah malahan pelajar IPT sekalipun sudah pasti muka kedua-dua Yahudi ini ada di dalam bilik-bilik asrama mereka Tidak cukup dengan itu, ditampalnya di fail-fail kuliah, dilekat dihadapan kulit-kulit buku dan diusung ke hulu ke hilir. Tambah menyakitkan mata apabila baju-baju yang memaparkan gambar kedua-dua lelaki Yahudi ini dibeli dan dipakai ke sana ke mari. Dan yang paling mendidihkan hati wajah-wajah Yahudi ini, atau paling tidak pun nama-nama mereka yang terpalit pada baju di bawa bersama semasa menunaikan solat di masjid. Maka jadilah adegan David Beckham dan Slash turut solat berjemaah bersama peminatnya.

KEYAHUDIAN DAVID BECKHAM
David Beckham atau nama sebenarnya David Robert Joseph Beckham ialah bintang bola sepak no 1 dunia. Beliau sebenarnya berketurunan Yahudi di sebelah datuknya. Beliau dilahirkan di Essex, iaitu daerah penempatan Yahudi terbesar di United Kingdom. Permulaan karier bola sepak Beckham berputik sejak beliau kanak-kanak lagi iaitu di Ridgeway Park, Chingford. Adalah tidak memeranjatkan jika bintang David Beckham bersinar dalam arena ini kerana kedua-dua ibu bapanya adalah peminat fanatik kelab Manchester United. Walaupun bukan penganut agama Judais yang taat, Beckham cuba menonjolkan imej keyahudiannya itu di mata dunia. Anak David Beckham yang pertama telah dinamakan dengan nama Brooklyn Joseph Beckham. Semua orang mengetahui bahawa Broklyn adalah nama sebuah penempatan terbesar masyarakat Yahudi di New York. Beckham juga mendedahkan dalam buku autobiografinya dengan mengatakan semasa kecil beliau pernah menghadiri upacara-upacara keagamaan Judais di Synagogue (tempat ibadat Yahudi) dan beberapa upacara perkahwinan saudara sebelah datuknya. Semasa zaman kanak-kanaknya, beliau juga sering memakai kippah iaitu ketayap kecil yang sering dipakai oleh masyarakat Yahudi Israel..

(Gambar) Gaya rambut lelaki Yahudi ini kini ikutan belia seluruh dunia.
Pada April 2008 baru-baru ini, Beckham dan isterinya Posh telah mendaftarkan anak lelaki mereka iaitu Croz yang berusia 3 tahun di Pusat Jagaan Kanak-Kanak di Kuil Yahudi, Los Angeles. Berita ini dilaporkan oleh Nick Parker dalam akhbar The Sun bertarikh 16 April 2008.
KEYAHUDIAN SLASH
Slash atau nama sebenarnya Soul Hutson merupakan lagenda gitaris rock era 90-an yang paling terkenal. Dengan rupa paras afrika-amerika, gaya rambut kerinting panjang menutup muka serta topi Uncle Sam yang tidak pernah lekang dari kepala, Slash berjaya menjadi ikon kepada peminat rock n’ roll. Slash amat sinonim dengan Guns N’ Roses walaupun sebelum itu pernah menyertai kumpulan Snackpit dan sekarang ini Velvet Revolver. Dengan petikan gitar rock campuran country-style ini, Slash seringkali diundang untuk menjadi gitaris undangan sesetengah artis terkenal seperti Michael Jackson dan Ozzy Osborne. Slash sebenarnya anak kepada pasangan Afrika-Amerika. Dia juga berdarah separuh Yahudi yakni mempunyai talian keturunan Yahudi sebelah bapanya. Ibunya Ola Hudson adalah pendatang berdarah campuran Afrika-Amerika. Namun identiti yahudinya tidak pernah didedahkan pada era 1990-an kerana ketika semangat perkauman (racisme) terutamanya anti-sematik masih menebal. Kini, walaupun dia (Slash) seorang Yahudi, dia tetap menjadi pujaan peminat muslim. Maka tidak hairanlah petikan gitarnya juga menjadi bunyi utama dalam lagu “Bayangan” nyanyian Ella. Karektor Slash yang unik itu juga diabadikan oleh pelukis kartun terkenal majalah Ujang iaitu Gayour yang mana wataknya dijadikan watak utama dalam suatu ruangan kartun. Walaupun kini usia lelaki yang lahir pada 1965 ini sudah pun mencecah hampir 45 tahun, lelaki Yahudi ini tetap menjadi kegilaan peminat-peminat muslim khususnya di Malaysia. Nampaknya selepas ini, mungkin Lenny Kravitz si Yahudi campuran itu akan mengikut jejak Slash.

Da kinda of BanglaMan..

Ali (bukan nama sebenar) bukan Mat Bangla tapi rakan 'baik' kepada Mat Bangla yang turut bersama-sama menjadi mangsa kepada 'Masalah Dunia'.. Haha..

Ini kisah benar.. Member aku yang kene, die ceritakan kat aku kat warung tadi.. Saje ngeteh.. Jadi aku nak share dgn korang.. Patutkah polis tu??

Member aku, Ali (bukan name sebenar) berceritalah dgn aku yang die kene tahan polis sabtu lepas.. Alkisahnye begini, Ali ni baru balik dari Pasar Borong dalam area kol 11malam.. Punyalah malas si Ali ni tau jalan nak shortcut je.. Jadi die ni jalan le kat tempat & lorong yang gelap2.. Tak pasal2 tiub motonye plak pancit, da nasib die kan?? jadi da kene tolak moto.. Tapi tak gune gak tolak pasal kedai moto mane bukak malam2 camni.. Jadi die tepon la suma mmber2 die mintak tolong.. Majoriti 98% tak reply mesej die.. Terkilan sungguh mamat nie, waktu itulah barulah die sedar sape kawan sape mawan (mawan??ape ke benda tuh??hehe..) Tapi nasib baik die tak tepon aku.. Huhu.. (mgkin aku bkn kawan die kot??haha).. Tinggal la mamat ni sorang kat tmpat gelap tu.. Sedetik lepas tu, ade sesuatu lembaga yg sergah die dari blakang dengan menaiki moto 'Sukan'.. Bukan hantu tapi kertu.. Hehe.. "Hey kawan ape masalah??"tnya si lelaki tu.. Rupanya Mat Bangla laa.. Yg si Ali pon ceritalah yang tiub motonye pancit.. Jadi Mat Bangla yg ringan tulang ni pon tolong laa Ali.. Die panggil kawannye yg agak slim skit naik moto n bawak ke bengkel berdekatan yang still bukak smpai ke lewat malam.. Tapi terdapat masalah lain, helmetnye hanya 2 tapi manusianye ade 3orang.. Hmm camne ek?? Jadi si Ali ni dgn Mat Bangla ni pakai helmet, dan kawan si bangla yg bwk moto si Ali nie tak pakai helmet.. Tengah asyik mereka berjalan tak alih2 mmbr Mat Bangla ni ilang kat blakang, Ali ingatkan motonye da lesap kene curi.. Ali dan Mat Bangla ni pusing balik tp rupa2nye mmbr Mat Bangla ni kene tahan dgn Polis coz tak pakai helmet.. Si polis yang bengis ni bertanyakan soalan ape yg mereka bertiga buat kat tmpat gelap macam ni?? Dengan nada yang tinggi n sedikit kurang ajo.. Jadi si Ali ni pon cerita la perkara yg sebenar dengan atitud yg sopan dan suara yg rendah.. Tapi si polis yang bengis ni tak percaya.. Die mintak IC plak da.. Ceh, problem lg.. Mat Bangla tu mane ade IC, tengah2 Mat Bangla nie kluarkan wallet dari kocek sluarnye, polis ni tak alih2 rampas trus wallet Mat Bangla nie.. Yang si Ali ni plak terpinga-pinga.. Tapi Ali dapat merasakan yg si polis ni ade amik something dari wallet Mat Bangla tadi.. Tak sampai 5minit lepas tu, mereka bertiga dilepaskan dan 2orang polis tersebut cabut.. Tanpa membuang masa mereka pon teruskan perjalanan ke bengkel moto.. Sampai je kat bengkel Mat Bangla ni trus balik, si Ali plak nak blanje minum tp xcukup duit jd si Ali yg serba salah ni pn mintak ler no phone mat bangla nie (cantik do no.fon die..). Esokkan harinye si Ali ni ajak Mat Bangla nie minum. Tgh sedap2 minum si Ali tanya dengan mmbr si bangla ni pasal ape yg polis amik dari wallet die, Mat Bangla ni cakap si bengis polis semalam amik suma duit yg ade dalam wallet die..Huh???.. Boleh plak camtu?? Geram sungguh si Ali nie.. Ingat Ali nak buat repot tapi tak de bukti.. Kesian Mat Bangla tu.. Da setle minum, Mat Bangla ni jugak yang bayo.. Ali..Ali..ape la ko nie.. Tapi baik juga Mat Bangla nie kan.. Da ler duit kene amik dgn polis pastu balanje Ali minum lagi.. Kesian die..

Penat giler aku nak tulis jadi aku benti kat sini je ar.. Aku juz nak share je. Memang la dorang pendatang tapi niat dorang baik nak tolong orang Melayu dan kerja kat Malaysia utk dapat rezeki yg halal. Tapi timbul persoalan, Patutkah si polis buat sebegitu rupa?? Mat Bangla tersebut beragama Islam.. Kenapa polis (Islam) tersebut menindas orang yg seagama dgn die??
Takde Logika Betul..

Rilekz sat..

Teka-teki, Teka-tekuk.. (Nak tau jawapan, bawa cursor highlightkan di bawah soalan) Soalan: 2 tambah 3=5 jawapannya?? Jawapan: Betul.. Soalan: Dalam byk2 bAs,bas pe org blh tolak ?? Jawapan: BASikal.. Soalan: Dlm byk2 org, org pe yg pelik?? Jawapan: Orang Utan la sbb byk bulu.. Soalan: Binatang apa yang paling kedekut?? Jawapan: Kuda la sbb kuda lari bunyi kedekut..kedekut.. Soalan: Dalam bnyk2 mi2 aper yg x leh mkn?? Jawapan: Misai.. Soalan: Di tgh2 pandai dan bodoh ape??? Jawapan: Danlah.. Sebab pandai DAN bodoh.. Soalan: Satu tambah satu ialah dua, dua tambah dua empat. apakah jawapannya?? Jawapan: Betul.. Soalan: Apa perkara penting yang perlu kita lakukan sebelum naik bas?? Jawapan: Kena naik dulu.. Soalan: Apakah dia, satu buah, satu warna?? Jawapan: Oren.. Soalan: Bende ape yg bende besar bleyh masok tpy bnde kecik x elh masok?? Jawapan: Kelambu.. Soalan: Jiklau kpal trbng msOk gua,kluar ap?? Jawapan: Semestinye masuk berita atau surat kabo.. Soalan: Dlm byk2 bunga, bunga apa yg hitam?? Jawapan: Bunga Tayar.. Soalan: Kuih apa yg boleh meletup?? Jawapan: Kuih Bom.. Soalan: Cicak ape yg boleh berdiri?? Jawapan: CICAKMAN.. Soalan: Buah apa yg gugr ke atas Jawapan: Buah Melaka..

Dedah Sana Sini.. Bangga ke?? Ceh..

Yang si perempuan suma berlumba-lumba nak dedah-dedah, yang si laki plak suma tutup rapat-rapat.. Memang pelik dunia skrang ni kan?? Mungkin dunia ni da terbalik kot... 100% bangsa Melayu (agaknye laa..) tp tak tau la agama ape bcoz skrang ni tak semestinye Melayu tu Islam. Mengikut fakta kat Malaysia kini 64, 503 orang Melayu yang bukan beragama Islam.. Tapi itu semua hak dorang, lantak dorang la nak pakai baju ke @ nak 'naked'.. Segala-galanye berbalik pada hati.. Kite juz menasihat mane yang termampu.. But u'all kene pikir yg u'all ni 'Public Figure'.. K..
Tak takut azab tuhan ke?? Tepuk dada tanya 'IMAN'...
Pic kat bawah ni aku dapat dari member aku melalui email.. Aku rase suma pic ni time dorang kat Anugerah Skrin 2008 aritu kot.. Hmm.. Layan..

Menampilkan Message Box Ketika Startup..

Selalu tak korang tengok Message Box seperti error, atau sebagainya? Ingin membuatnya dan meletakkannya pada Windows startup?
Cara-cara:
1. Bukak Notepad
2. Isi dengan MsgBox “teks korang”. Make sure semicolon (" ") sebelum dan selepas memasukkan message harus ada.
3. Save As dengan nama apa saja, tapi letakkan dengan extension .vbs, contoh startup.vbs.
4. Simpan di C:\Documents and Settings\UserAnda\StartMenu\Programs\Startup4.
5. Log off dan log in balik untuk tengok hasilnya.

Pabila Ejen 007 Membalas Dendam..

JUDUL: Quantum of Solace
PENGARAH: Marc Foster
PELAKON: Daniel Craig, Mathieu Almaric, Olga Kurylenko, Gemma Arterton, Judi Dench, & Jeffrey Wright
GENRE: Drama Aksi
Sudah menjadi trend filem-filem Bond di mana dalam setiap filem, penonton akan dihidangkan dengan aksi-aksi merbahaya dan unik (seolah-olah Bond adalah manusia paling perkasa), gajet-gajet dan senjata perisikan berteknologi tinggi (yang selalunya akan dirosakkan Bond ketika dalam misi tanpa rasa bersalah), sebuah kereta mewah (belum pernah lagi penulis melihat kereta itu akan kekal sempurna sehingga tamat tayangan) dan wanita-wanita cantik dan seksi yang akan membantu Bond sepanjang misi (selalunya 2 orang - seorang akan terbunuh).
Bagi penulis, watak Ejen 007 lakonan Daniel Craig sememangnya telah membawa satu dimensi baru kepada penonton untuk mengenali watak tersebut. Berbanding pemegang-pemegang watak Bond sebelum ini iaitu Sean Connery - yang wataknya agak lucu dan sofistikated, Roger Moore - ikon kasanova dan sinis, Pierce Brosnan - elegan dan karismatik, watak Bond kali ini digambarkan lebih ganas, berhati cekal serta tiada belas kasihan atau teragak-agak untuk membunuh. George Lazenby dan Timothy Dalton yang turut memegang watak Bond bagi penulis tidak meninggalkan kesan besar seperti ketiga-tiga mereka tadi.
Watak Bond jelas digambarkan sebagai seorang lelaki yang kecewa kerana dikhianati insan tersayang, Vesper Lynd yang mana dapat ditonton dalam filem sebelumnya, Casino Royale. Dalam siri kali ini, keseluruhan plot berkisarkan dendam yang belum terbalas. Bond merasa amat kecewa di atas kematian Vesper dan pelbagai persoalan bermain di fikirannya tentang perilaku Vesper yang di luar dugaan itu.
Dalam filem arahan Marc Foster ini, muncul beberapa watak yang turut sama menjelmakan dendam mereka untuk ditebus.. Seorang wanita yang menghadapi trauma sejak kecil akibat kematian ahli keluarganya, Camille Montes lakonan Olga Kurylenko mendukung watak gadis Bond. Di awal filem, penonton mungkin akan berasa pelik apabila melihat kesan lecuran di bahagian belakang badan Camille namun segala-galanya terjawab apabila Dominic Green, seorang environmentalist (kononnya...) menceritakan tentang kesan lecuran tersebut.
Green yang juga menjadikan Camille sebagai perempuan simpanannya, mempunyai misi jahat di sebalik aktiviti-aktiviti sosialnya sehingga mengaburi mata banyak pihak. Manakala Camille pula mendampingi Mr. Green hanya untuk membalas dendam ke atas kematian ahli keluarganya yang dibunuh oleh seorang ahli perniagaan, General Medrano yang juga menjalinkan hubungan bisnes dengan Mr. Green.
Plot pertemuan sebenar siri ini bermula di mana Bond telah berjumpa dengan Camille di Haiti untuk menjalankan satu misi lain yang ditugaskan oleh bosnya, M, dan di situ jugalah berlakunya beberapa insiden cukup menarik.
Bagi penulis, terdapat beberapa kelemahan dalam filem kali ini di mana yang paling utama ialah kisah yang berkisarkan dendam Bond memerlukan penonton menonton dulu Casino Royale. Keduanya, keromantikan Bond dalam filem-filem sebelumnya telah pupus dalam Quantum of Solace. Namun sikap baur-baur buaya daratnya itu tetap ada. Satu lagi pendapat peribadi berkenaan filem ini ialah kekurangan Faktor X yang mana boleh menjadikan filem ini boleh diingati tidak sehebat promosi yang digembar-gemburkan.
Namun begitu, keseluruhannya, filem ini tidak membosankan kerana sepanjang masa penonton akan disajikan dengan aksi-aksi ganas dan stunts yang mencabar minda. Setiap plot aksi ditonjolkan dengan begitu teliti dan agak melampau.

Death Toll..

Nak layan filem ni??
Download dengan klik saje -->

Kebesaran Allah SWT..

Kebesaran ALLAH - AL-QUR’AN sebagai satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. :- Di dalam rumah seorang muslim bernama En. Md. Farooq, penduduk Tappachabutra, Hyderabad, ANAI–ANAI telah memakan sebuah AL-QURAN yg berusia 100 tahun… Keseluruhan kulit naskah Al-Qur’an dan kotak yang melindungi AL-Quran tersebut telah ROSAK / HAMPIR MUSNAH kerana dimakan oleh ANAI–ANAI termasuklah ‘TERJEMAHAN AL QURAN TERSEBUT KE DALAM BAHASA URDU’… APA YANG MENAKJUBKAN ialah… Anai-anai tersebut LANGSUNG TIDAK MENYENTUH ‘HURUF-HURUF ASAL AL-QUR’AN YG BERTULIS DALAM BAHASA ARAB’…… SUBHANALLAAAH !!!!!!

Ribena Mengandungi Arak..

Email Dari seorang kawan untuk info kita... so, apa keputusan di tangan kita.. kita yang menentukan.. (mcm Iklan apa ek.. aku lupa dah) Hehe.. bg yang hantu ribena tuh sila buat rujukan dan pengesahan selayaknya sebelum minum.
LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah. Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah. Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. "Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya. Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami," katanya. Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi 1
* P/S: Sila Rujuk Link Direktori halal jakim untuk kepastian ttg tarikh luput,dan masukkan perkataan ribena dalam kotak maklumat dan search.
Direktori halal --> klik di sini

Amazing Race 3, Final 3..

Last week, tinggal 4 pasangan yang still kekal dalam program realiti Amazing Race 3 ni. Itupun disebabkan A.D. & Fuzzie tak tersingkir. Hmm.. tapi minggu ni dorang tersingkir jugak kat Oman kesian dorang.. Huhu.. Tapi aku lagi tak puas ati pasal si brengset Geoff & Tisha, patutnye dorang yang kluar. Ceh, ape kes Mahatma Gandhi lahir 1977?? bengong sungguh kamu berdua ni.. Hahahaha.. both of u made me soooo laugh.. Maksudnye Mahatma Gandhi sekarang umo 31 tahun.. Hahaha.. Pasal korang jugak ler Henry & Bernie kluar..ceh.. Tapi lantak ko la Geoff & Tisha.. Harap muke cantik & hensem tapi ati Nauzubillah.. pigiiii ah.. :P
So sekarang juz tinggal 3 pasangan yang kekal become final 3..
Ida & Tania, Sam & Vince and Geoff & Tisha
Congatulations for Ida and Tania, go to Final 3...
It doesn't matter if ida & tania win or not because our team has made a hatric of being in the final!! Chayokk.. Go go..

Civic Type R Wallpaper..

Garden Party..

Nak layan filem ni?? klik saje -->

Pork Halal??

Seperti yang diketahui oleh umat islam, daging babi haram di makan. Pengharamannya meliputi lemak, kulit, kuku, bulu dan seluruh juzuk badan yang berkait dengan haiwan itu, sama ada yang mentah atau yang sudah masak, yang disembelih dengan cara syarie atau tidak disembelih, sama ada untk kegunaan makanan atau peralatan seperti penyapu, kasut, pakaian, tali pinggang, berus cat dan lain-lain.
Hari ni aku dapat email dari member aku Yun. Terkejut besa' bila tengok kat Singapura ada menjual daging Pork yang halal. Biar betik?? Penguatkuasa Agama Islam Singapura tak tau atau tak nak amik tau?? Pelik bin Ajaib.. Hmm.. mungkin pengeluar produk ni saja nak kaburkan mata orang Islam yang cetek pasal agama kot. Kita slalu belajo kat sekolah agama yang terang-terang 'babi' haram untuk dimakan dan disentuh tapi tak pernah ustaz or ustazah mention yang pork ni adalah sama dengan babi.. Mungkin kite pon tak bertanya masa tu. Tapi dah terang-terang gambo kat plastik menunjukkan haiwan berhidung kemek. Faham-faham je ler.. Ape yang dimaksudkan dengan tanda halal tersebut?? Mungkin dorang tak faham maksud di sebalik perkataan halal.. Mungkin dorang hanya faham perkataan H-A-L-A-L tapi bukan Ha-Lam-Alif-Lam.. Kita boikot je produk macam ni.. Tapi mengikut tarikh pada gambo ni, ia diambil taun lepas, mintak-mintak sekarang da takde la produk ni.. Macam-macam dunia sekarang nie.. Silap langkah sikit je, habis parah iman.. Haha.. So berhati-hati k..
Beberapa ayat dalam al-Quran menyatakan dengan jelas hukum itu. Antaranya firman Allah yang bermaksud :
Diharamkan atas kamu bangkai, darah, daging babi
(al-Maidah:3)
dan firmanNya lagi yang bermaksud : Katakanlah wahai Muhammad; Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepada-Ku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang memakannya,melainkan benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya ia adalah kotor
(al-Anam:145)
. Yang dimaksudkan dengan Halal, Haram dan Makruh oleh Syarak'... i) Yang dimaksudkan haram di segi makanan itu ialah memakan makanan yang diharamkan oleh syarak' seperti makanan yang bernajis, bangkai, makanan beracun dan makanan-makanan yang mengandungi bahanbahan yang memabukkan dan menggangu kesihatan tubuh badan. ii) Yang dimaksudkan halal dari segi makanan iaitu memakan makanan yang tidak diharamkan oleh syarak' di segi jenis pembuatan dan pengeluarannya. iii) Yang di maksudkan dengan makruh di makan iaitu makanan yang terlekat bau busuknya di mulut, pakaian dan tubuh badan, berdasarkan kepada ayat AI-Quran, suroh Baqarah. ayat 168. يأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا ولا تتبعوا خطوات الشيطان إنه لكم عدو مبين Ertinya : Wahai manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi Allah ini, yang halal dan baik-baik. Janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang paling nyata. الحديث: إن الحلال بين وإن الحرام بين وبينهما أمور متشبهات... Ertinya: Sesungguhnya halal itu terang dan haram juga terang. Di dalam halal dan haram itu ada perkara-perkara yang meragukan di antara kedua-duanya. Dengan yang demikian, semua manusia hendakJah memakan makanan yang ternyata halal dan meninggalkan makanan yang ternyata haramnya dan juga meninggalkan perkara-perkara yang meragukan di antara kedua-duanya.

Petua Badan Ramping..

JIKA sukar mengikuti pelbagai diet untuk menurunkan berat badan panduan berikut boleh diikuti untuk mereka yang mahukan bentuk badan ramping serta menikmati gaya hidup yang lebih menyihatkan. Berjalan kaki, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika asyik naik lif untuk sampai ke rumah, cubalah naik dan turun rumah dengan tangga.
. Minum air kosong lapan gelas sehari.
Ia membantu membuang toksin daripada badan. Segelas air kosong juga boleh diambil sebelum makan kerana ia memberikan rasa kenyang sekali gus menghindarkan diri daripada rasa lapar berlebihan.
. Sarapan setiap pagi usah diabaikan.
Mereka yang tidak bersarapan cepatlapar dan mendorong diri untuk makan lebih banyak pada waktu tengahhari.
. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
Ia baik untuk sistem pencernaan serta dapat menurunkan kadar kolesterol badan.
. Usah makan hingga perut sudah kenyang.
Jika sayang makanan berlebihan, ia boleh disimpan.
. Kawal diri supaya tidak makan makanan berlemak dan bergoreng secara berlebihan.
Makanan dikukus atau direbus lebih elok untuk kesihatan.
. Tidur secukupnya
Kajian Universiti Chicago mendapati tidur dapat mempercepatkan kadar metabolisme badan sebanyak 40 peratus. Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur secukupnya setiap hari. Berjaga hingga larut malam untuk menonton televisyen atau bercakap di telefon berjam-jam ada kalanya mengasyikkan tetapi apalah guna bangun dalam keadaan letih keesokan hari.
.
Senaman sesuai
Dilakukan mengikut bahagian badan elok dilakukan setiap kali bangun di waktu pagi.
. Apabila bangun pagi, rajinkan tangan membersihkan rumah.
Mungkin ia tidak sehebat senaman di luar tetapi aktiviti berkenaan tetap membantu dari segi pembakaran kalori dalam badan.
.

Google Earth..

Aku syorkan sesape yang nak gi melancong or nak survey tempat2 yang korang xfamiliar lg, bole ar try install Google Earth nie kat PC korang yang menggunakan via satelite.. Lepas korang da install, korang juz taip dari mane (*) and nak ke mane (*).. Otomatik Google Earth akan tunjukkan arah tuju perjalanan korang dari mula sampai ke destinasi terakhir korang.. Ia bukan takat tempat kat Malaysia je but every part of da world and its offers high quality images.. But i think it's not use da latest map.. Haha.. papehal download dulu k.. :P
(*) - Nama Destinasi examples: Kampung, Daerah, Negeri & Negara
.
Nak layan? klik saje --> Google Earth Beta .