Geng : Upin & Ipin, Pengembaraan Bermula..

Filem yang menelan belanja RM 4 juta ringgit ini mendapat tajaan sepenuhnya daripada MIMOS BERHAD, McDEC dan Kerajaan Malaysia ini merupakan produk animasi 3D Malaysia yang boleh dibanggakan. Ia seakan-akan karya terbitan Warner Bros, Disney dan Dreamworks yang sememangnya di akui kemantapan mereka dalam menghasilkan sesebuah produk. Geng: Upin & Ipin terbitan Les’Copaque Productions ini mengisahkan sebuah penggembaraan unik yang merentasi hutan hujan tropika yang divisualkan dalam animasi 3D yang cukup indah melalui karektor Badrol, Lim, Rajoo, Ros, Upin dan Ipin yang bersahabat dalam sebuah geng penggembaran untuk membongkar rahsia ‘Hantu Durian’ yang khabarnya menghantui masyarakat Kampung Durian Runtuh, yang sebelum ini telah dibongkarkan oleh Tok Dalang. Penggembaran mereka ke dusun milik Tok Dalang, telah menyesatkan diri masing-masing ke dalam hutan tebal, sehingga mereka ditemukan dengan seekor alien, Oopet yang memiliki naluri persahabatan dan kasih sayang yang cukup kuat. Rajoo, seorang kanak-kanak india yang hanya memahami bahasa binatang dan ini membolehkannya memahami setiap percakapan Oopet yang memberikan segala petunjuk jalan dan arah di dalam hutan. Di dalam animasi ini, penonton di bawa kepada satu alam khayalan yang cukup unik di mana mereka di buru dan dikejar oleh pelbagai haiwan berbisa yang mampu meragut nyawa masing-masing. Mampukah mereka menyelamatkan diri masing-masing?. Anda kenalah menonton filem animasi Upin dan Ipin ini yang penuh dengan adegan suspend dan mendebarkan, di pawagam serentak seluruh Malaysia, 12 Februari 2009.
Disebalik suara emas Geng : Upin & Ipin

5 komen:

Qarl berkata... [Maklum Balas]

hye

x sbr nk tgk nih..

blanje laaa

Tanpa Nama berkata... [Maklum Balas]

salam,

dapat e-mail i x?

Papysnow berkata... [Maklum Balas]

Hey, Yuki from LCP,
Thank you for your writeup and support!!
Sila menonton GENG di pawagam ramai-ramai mulai 12 feb 2009!! ^^

noramsein berkata... [Maklum Balas]

man...
sory aaa...
mmg tenet kt tmpt aku teruk...
nama je kt kL...
tp hampeh...
huhu

hysman berkata... [Maklum Balas]

Salam..

>>Karl..
Nk mintak blanje??yok ar..nnt tunggu jd PM..hehehhe.. :P

>>Amir..
Yes,i got it..Plz check ur mail..
i try my best..:P

>>Papysnow..
Thanx,i always suppurt our local product..Tak sabo tunggu 12/02 nk tgk GENG ni..hehe..hrp2 lebih 4juta..balik modal bole ke oversea..

>>noramsein
ko dok key'el,,mmg ler Kubu Lembab..try dok KL..sure 100% clear..hehe..:P