Kemeriahan satu keluarga menyambut Aidiladha di Jalan Seroja, Bukit Beruntung yang lepas bertukar menjadi pengalaman menyeramkan dengan kemunculan ‘budak misteri’ di rumah mereka.
Kemunculan lembaga menyerupai seorang kanak-kanak perempuan itu dirakam telefon bimbit Hermansa Affendi di rumah mertuanya.
Beliau berkata, dia terkejut sebaik melihat ‘orang asing’ di dalam rumah keluarga mertuanya yang sedang menyambut Aidiladha. Pada jam 3.02 petang, beliau merakam gambar anaknya menggunakan telefon bimbit ketika mereka berehat di ruang tamu sebagai kenangan hari raya tetapi langsung tidak menyedari ada ‘budak lain’ tumpang bergambar.
Namun, mereka terperanjat selepas adik iparnya menunjukkan gambar ‘budak asing’ dalam telefon bimbit miliknya itu. Kerana tidak percaya kemunculan ‘budak asing’ itu, dia memindahkan gambar bersaiz 1.3 megapixer ke komputer riba bapa mertuanya.
Mengejutkan apabila wajah kanak-kanak perempuan berambut panjang seperti anak patung mainan itu jelas kelihatan di komputer riba yang turut disaksikan oleh 16 ahli keluarga yang lain.
Menurut beliau lagi, rumah yang diduduki oleh keluarga mertuanya itu didakwa berpenunggu dan sering menampakkan wajah kepada beberapa ahli keluarga yang lain.
Sambutan hari raya menjadi hambar kerana ahli keluarga takut bergerak ke setiap ruang rumah teres dua tingkat berikutan bayangan budak misteri itu.
0 komen:
Catat Ulasan