Air KICKAPOO??

Ade email aku dapat, macam nie ghupanye..
Pengumuman penting untuk UMAT ISLAM semua, sebenarnya air kickapoo bergas yang selalu diminum kat Malaysia ni berasal dari syarikat ARAK, nama syarikat MONARCH BEVERAGE, bukti lihat web kat bawah ni:.
Tolong sebarkan dan jgn sekali-kali membelinya..
Aku memang tak pernah minum air ni.. Dari kecik sampai ke beso... mungkin aku tak ingat kot... dah lame dah.. kalau minum pun tumpang member kot.. Heheheh.. Aku tgk pun was-was air ni... Mcm air malta tuu heheheh.. Aku layan 100pluss jee selalu.. Aku pun klik ler pada link yg diberi.. Bila aku tengok dalam website tu, aku baca & perhatikan... tapi takde nampak pon tanda atau tunjuk yg Kickapoo tu ade unsur2 arak @ haram diminum (sorry ler kalau aku terlepas pandang, hehee..). Kalau takde apa2 kandungan yg boleh jatuh hukum haram pada minuman tersebut maka minuman tersebut rasanya halal diminum kot.. Hmm.. Mungkin minuman tersebut dikeluarkan oleh syarikat pengeluar arak dan kita plak beli juga, maka hukumnya boleh membawa kpd hukum syubahat. Agaknya la..
Tapi kalau kita beli minuman tersebut mungkin kita tak tahu lagi, tapi setelah kita tahu kita terus buang stok minuman yg dah kita beli itu.. Bukan ke itu telah membawa kpd hukum membazir. Membazir itu saudara syaitan dan Islam tidak suruh kita membazir dan islam tidak sekejam itu. Kalau dah beli tu, minum je.. Pastu tak payah beli lagi kalau was2 nak beli atau tidak.
Minuman ni tak haram sebab bukan sejenis arak. Cuma syarikat pengeluar tu ada juga keluarkan minuman arak selain minuman ni. Macam minuman Malta jugak, syarikat pengeluar pun dari syarikat arak. Itu dah termasuk dlm perkara yg syubahah (yg meragukan). Maka eloklah ditinggalkan..
Ini soal jawab dari JAKIM berkenaan perkara kat atas ni..
Soalan:
Apakah hukum seorang Islam meminum MALTA (sejenis minuman tanpa alkohol) untuk tujuan kesihatan sedangkan produk tersebut dikeluarkan oleh syarikat arak?
Jawapan:
Sebaik-baik kaedah pengambilan makanan, minuman dan kegunaan orang-orang Islam, hendaklah berasaskan perkara-perkara yang telah jelas halal dan meninggalkan perkara-perkara yang haram dan syubhah. Ini selaras dengan Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: "Tinggalkanlah apa yang meragukan kamu dan ambillah apa yang tidak meragukan" kerana perkara halal itu jelas dan yang haram itu jelas.
Sumber: JAKIM
Layan sirap lagi best.. Tak pun teh tarik.. Hahaa.. Tapi nanti kencing manis plak..
Btw, minumlah air kosong@air masak lagi sonang.. :P
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

2 komen:

amirul berkata... [Maklum Balas]

Salam Man,
Kebiasaanya org ramai membeli sesuatu brgan.., tidak akan memeriksa asal-usulnya... mereka hanya tgk logo halal... sedih dgn masyarakat yg kurang ilmu...

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

Salam bro..
pihak JAKIM mungkin mempunyai kuasa untuk periksa kandungan air tersebut samada halal atau tidak tapi mereka mungkin tidak berkuasa untuk menyelidiki syarikat pengeluar barangan tersebut..
barangkali ler.. hmm..
hanya pandangan je..