Jangan Ucap Takziah..

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.
Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.
Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini.
"Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..
Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.
Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna.
Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.
"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.
Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.
Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya.
"MasyaAllah...alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini.
Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.
Best Regard, Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

30 komen:

mr.syazwan berkata... [Maklum Balas]

FUUUYOOOOO
wan x nah jumpa lagi org begini..
alangkah kagumnya kata2 sang suami itu.. huhuhu

Dj Epoi berkata... [Maklum Balas]

Salam.....

Perghhhhhhhhhhhhhh!!!!!
Hebat sunggoh citer nih....rasanya ada betuinya juga ..
Bila seseorang kalau disayang & Dicintainya sampai macam nih.....mashaALLAH....Mulia sunggoh si Suami Tuh!!!!

Mesti Tenang jasad Isterinya disana...

Tak terpikiaq dalam kepala Otak Gua sebelum Entry nih Man....

Walawei!!!!!!!!!!!!
Peace No War!!!

Tukang cerita berkata... [Maklum Balas]

Akak nak jadi camni...
Agak2, En. Hubby redha tak dengan akak????
~emmmmm....melawan jer kerjanya, redha ker dia ek...?~
isk...isk.... uwaaaaa......
nak pi cium tgn dia jap......

Hazlin Nazri berkata... [Maklum Balas]

InsyaAllah suamiku begitu jua suatu hari nanti tatkalaku menutup mata :)

amirul berkata... [Maklum Balas]

Salam Man,
Hebat kisah ini... tq3x... bagaimana pula si suami yg meninggal dulu? Adakah si isteri redha dgn keadaan? Mudah2an kisah ini memberi sidikit sebanyak kesedara dan input yg baik buat semua... InsyaAllah...

Hazlin Nazri berkata... [Maklum Balas]

Amirul, selalunya isteri pasti redha...

tang suami tu yg susah sikit....
kalau tak takkan kubur isteri masih merah, dah berinai merah pulak di jari..

Dj Epoi berkata... [Maklum Balas]

Eh!!!!
Kak Lin Suami ponk camtuh gak arrrr!!!!

Tak aci...Tak Aci!!!
Saya membantah sekeras-kerasnya

hysman berkata... [Maklum Balas]

Wan,
Ade kot..tapi kite je yg tak prihatin barangkali..
hehee..



DJ Epoi,
Peace No War Bro!!!!
Ahakk...
~Ahli Persatuan BH ramai mlm nie..
hehee..



Kak Nurul,
En.Hubby insyaAllah redha tu kak..
da cium tangan en.hubby tak kak??
:)



Kak Lin,
Hehe..InsyaAllah..
Aik..2nd komen tu mcm nak lepaskan ape yg terbuku kat dada je kak..
hehee..



Amirul,
teman tak kawen lg ler so tak tau la ye..
:p
nnt teman try carik artikel yg related yg boleh menjawab persoalan tersebut..
:)

hysman berkata... [Maklum Balas]

Yupp..
saya pon sokong dgn Bro Epoi..
Tak Aci woo..Tak Aci..
hehee..
:p

amirul berkata... [Maklum Balas]

Salam,
Kak Lin? Saya pun bantah sekeras2nya seperti Dj Epoi & Man... Tak semua lelaki camtuh woh... begitu juga x semua wanita camtuh... semuanya terpulang kepada masing2... 50/50... :) jgn gaduh2 semua ar...

Dj Epoi berkata... [Maklum Balas]

Todow jom!!!
Besuk Pagi Gua kerja Daaaaaaa....


P/S Amirul...... Lu tak pa arrrrrr besuk Lu bley bagun puku 15 heheheheh

panggil aku shEh berkata... [Maklum Balas]

jgn gado2..terpulang pada niat jer

Naz berkata... [Maklum Balas]

wanita yg baik untuk lelaki yg baik.. begitu juga sebaliknya. apa nak gadoh2 pesal n3 ni.. ajal maut di tangan tuhan. ada gak pompuan yg x sabar tunggu laki dia mati utk dpt insuran dan harta lakinya. yg lelaki pun ada gak kekurangan dan kelebihan pesal lelaki juga manusia biasa... :)

Amieynna Amin berkata... [Maklum Balas]

best gile kalau dpt suami mcm tu..
n lagi best klu boleh jd mcm isteri tu..
tol ckp naz..
great man is reserve for a great women...
insyaallah..

p/s: nice entry..i like it...=p

Eiba berkata... [Maklum Balas]

Huhuhuhuhuhu...sedey beb!!! Kalau lah dapat suami cam tu...Redha atas segalanya dan selalu memaafkan...alangkah indahnya hidup...alangkah bahagianya jiwa...

Tukang cerita berkata... [Maklum Balas]

hahhaaaa....

akak pun setuju gak, ...
tak kira laki ker pompuan...semuanya terpulang pd individu itu sendiri......

ada jgk lelaki yg baik.... syg isteri setengah mati.....
:P

tapi, kaum isteri, biasanya, syg suami mati~matian.....

Idalara berkata... [Maklum Balas]

rasa tergenang airmata baca kisah ni..akak mng ada dgr jika isteri meninggal dan diredha suaminya maka syurgalah tempatnya..
mudah2an wanita solehah itu ditempatkan disyurga..dan menanti suaminya di 'sana'dan terus bercinta di syurga kelak..
dan mudah2an si suami tkkan mencari cinta baru setelah pemergian isterinya..insyaallah.

p/s hysman..agak2nya mampu tak buat begitu?

hysman berkata... [Maklum Balas]

Bro Mirul & Epoi,
jgn dok gadoh2..
jom pi tidokk..
heee...



Sheh,
Yepp,tepok dada tanya IMAN..
huhu..



Naz,
aik,bunyi mcm fair tapi part akhir tu mcm berat sblh je..hahaa..



Mienna,
yup,me too..thanx..
dan ku juga bahagia sekirannya ade is3 sebegitu ghupa..
:p



Kak Eiba,
Demam ye kak??da makan ubat blom??
alangkah indahnya perkahwinan..
oppssttt...heee..
:)



Kak Nurul,
iye lah kak sbb quota laki ade 4..
ngeeeee.. :)



Kak Ida,
betul tu kak..
mampu ke ek??hehee..
saya manusia biasa kak tak sempurna dan tak terlepas dr kesalahan..jadi akan cuba memperbetulkan diri dan jadikan Rasulullah SAW contoh terbaek..
insyaAllah..

Peace No War!!

♥♥♥♥♥ Jennifer™® ♥♥♥♥♥ berkata... [Maklum Balas]

i like your blog

Naz berkata... [Maklum Balas]

apa yg berat seblah?? aderkah???

hysman berkata... [Maklum Balas]

Jenifer,
thanx a lot..
=p



Naz,
iye ar,klu ko timbang dgn dacing msti sblh kiri lg berat..
hehee..

Naz berkata... [Maklum Balas]

dancing tu yg ada ralat. x accurate pesal x calibration.. hahaha...

Along Fina berkata... [Maklum Balas]

emmm.... sape nak jadi somi camtu, cpt2 g tau aku... kihkihkih....

hysman berkata... [Maklum Balas]

Naz,
hahahaaaa...itu la ko..
bagi letak skit itu gris bagi lancar skit..
klu tak,nnt tak tahu antara dua..
hak!!!



Fina,
Aku nak jadi suami cam tu..bleh??
:)

Naz berkata... [Maklum Balas]

jangankan gris, wd40 pun aku dah spray... tp menyenget jer...

hysman berkata... [Maklum Balas]

fuiyooo..wd40 tu..
dat mean da mmg lumrah kejadian..
hahaa..

Naz berkata... [Maklum Balas]

itulah donia... :(

hysman berkata... [Maklum Balas]

=(

Along Fina berkata... [Maklum Balas]

man, ko nak jadi??? hahahaha. cam takleh caye je... hahahaha.......

hysman berkata... [Maklum Balas]

Fina,
klu tak caya..cayakan ler ye..
hehehe..