Ibuku Seorang Pembohong..

Renungan kita bersama..
*****************************************************************
Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita dihadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja dirumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyumanbiarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata.. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…
*****************************************************************.
Buatmu Ibu..
Ibu..
Bergenang airmataku, Terbayang wajahmu yang redup sayu,
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan, Bagaikan laut yang tak bertepian..
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan, Tidak pun kau merasa jemu, Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu, Dari kecil hingga dewasa.. Hidupmu kau korbankan,
Biarpun dirimu telah terkorban, Tak dapat ku balasi,
Akan semua ini, Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu..
Ibu..
kau ampunilah dosaku, Andainya pernah menghiris hatimu,
Restu mu yang amat aku harapkan, Kerana di situ letak syurgaku..
Tabahnya melayani kenakalan anakmu,
Mengajar ku erti kesabaran, Kau bagai pelita di kala aku kegelapan,
Menyuluh jalan kehidupan.. Kasih sayang mu sungguh bernilai,
Itulah harta yang kau berikan..
Kasihanilah, Tuhan..
Ibu yang telah melahirkan diriku, Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku, Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana.. Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana..
Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia dan seluruh dunia.. Terutama sekali kepada ibu aku, Hajah Rokiah kerana bersusah payah menyara dan mendidik aku bersama-sama abang dan kakak2 aku, sehinggalah aku menjadi seperti sekarang ni.. Kaulah permata hatiku.. Love u mak.. "Duhai apakah gerangan budi balasan.. Bagi insan melahirkan dan membesarkan.. Tiada bahagia jika tiada doa puja restu.. Syurga itu ditelapak kaki ibu" - hysMan..
. .
SELAMAT HARI IBU..
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

36 komen:

joegrimjow berkata... [Maklum Balas]

huhu
sweet

amirul berkata... [Maklum Balas]

Salam Man,
Selamat Hari Ibu buat semua Ibu2 didunia ini... Tanpa mereka tiadalah kita...

panggil aku shEh berkata... [Maklum Balas]

aku ingat kat mak aku lak..
Mama, i love u with all my heart!
tapi kan Ano xbli adiah pown.
xsempat..

to hysman:
Selamat Ari Ibu..
kenanglah ibumu dalam doamu wahai anak yg soleh!

anak yg soleh itu adlh perkataan yg tidak pasti! jgn pasan erk..
ia perlu diterjemah lagi!

Nur Farhana Abdullah berkata... [Maklum Balas]

Tu mmg ayat yang takkan lekang dari mulut ibu.. Pembohongan untuk membahagiakan kita.. Sedey.. =(

Selamat Hari Ibu untuk mak saya.. Juga untuk mak hysman.. Dan semua mak-mak di dunia nih trmasuk laa saya.. Bakal mak.. Haha.. =p

Naz berkata... [Maklum Balas]

Man, sama2lah kita menjaga ibu kita. Seorang ibu mampu menjaga 14 org anak sehingga dewasa. tetapi bolehkah seorang anak menjaga seorang ibu sehingga dia tiada?

Selamat Hari Ibu aku ucapkan buat bonda ko yang tersayang makcik Rokiah. :)

Lili Puteh berkata... [Maklum Balas]

Selamat Hari Ibu.
sedih.
nak jumpa ibu.

Amieynna Amin berkata... [Maklum Balas]

man..
bergenang airmata aku..
baca pbohongan tu..

smoga kite dpt mberi kbahagian kpd mak kite..
walau xkan sama ngan ape yg die da bg kat kite..
=)

Bla3 berkata... [Maklum Balas]

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, umi, mummy~-~-~
terutama kpd ibuku..dan kpd permata hati hysMan, Hajah Rokiah..

I am Karl berkata... [Maklum Balas]

wat a great piece of thoughts

suke3x

pu3 balqis berkata... [Maklum Balas]

wah.. nice post..
rasa sedih baca yang terakhir tuh..
:(

Idalara berkata... [Maklum Balas]

dan akak juga sering jadi ibu yg mcm man katakan tu...utk bahagiakan anak2 seorg ibu snggup jadi begitu..tapi adakah anak2 mengenang segala pengorbanan ibu..

p/s man kisah siapa ni...akak menangis membaca kisah ni..

FiNa berkata... [Maklum Balas]

mama...
kakak sayang mama..

man, aku rindu kat mak aku la..
hope to see her happy smile a.s.a.p...

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

kepada Joe,Bro Mirul,Sheh,Farhana,
Naz,Lili,Minna,Bla3,
Karl,Pu3 Balqis,Kak Ida dan Fina..

Thanx for u all guys..
Selamat Hari Ibu untuk suma yg bergelar IBU..sape yg tak balik,baliklah jenguk selagi mereka ada..klu da takde jgn nak dok nyesal..tiada mereka tiadalah kita kat dunia nih..
InsyaAllah.. :p

Naz berkata... [Maklum Balas]

Man.. sama2. tq jugak utk ko pesal kasi peringat kat kitorang ni. alhamdulillah pesanan mu itu dah aku jalankan. ;)

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

Naz,hang da kem salam kat Makcik Rose blom??dose bro tak sampaikan salam..hehe
lagik satu,mangga muda mane beb??ade bawak tak??
pergghhhh,ngidam aku ngan lela..

Naz berkata... [Maklum Balas]

aku nak gtahu hari tu, tp masa x mengizinkan la. nnti aku balik rumah parent aku, aku sampaikan kat mak aku. aku cuma sempat bluetooth mp3 lagu aku tu jer. pesal masa balik kg hari tu, aku sibuk kat dusun deroyan dng bapak aku. perghh... penuh belukar....
nnti aku sms mangga muda tu.. hahahaha...

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

oraitt..
jgn tak sampaikan pula..
aku tunggu jawapannya..
hehe..

perghhh ko nih asek buat aku terngidam je beb..
deroyan same mean wif durian ye??
sodapp tuh...

Naz berkata... [Maklum Balas]

ok bro.. tunggu aku balik rumah mak aku dulu...

iyer... deroyan sama dng durian. sejak atuk aku mninggal, x der org yg maintenance dusun tu.

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

ok aku tunggu.. tak kat sini,kat akhirat nanti..cheewahhh!!

abestu ko ade hired org kendalikan dusun tu tak??
ayah ko ke??
bole buat biznes Naz..hehe..

Naz berkata... [Maklum Balas]

dulu ada, tp dia buat kerja mcm siot jer. lebih baik x payah suruh dia jaga. x per, nnti aku dan ayah aku plan mcm mana nak buat. x silap ada berpuluh pokok kat situ...

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

wahh..byk la tuh..
tapi jaga2 jgn jumpa oshi sudaaa..
hehe...

Naz berkata... [Maklum Balas]

oshi tu apa Man.. oshin mcm dlm drama jepun tu ker?

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

tak laa..
aku lupa namanya..
ko da tgk Geng: Upin & Ipin movie tak??kan ade sekor makhluk asing kat dusun durian tuu..namanye ape ye??
oshi ke apa..aku lupa..tp cute binatang tu..suka betol die makan durian.kejenya sek mencuri durian je..
haha..

Naz berkata... [Maklum Balas]

ooo.. aku ingatkan apa. aku blum tngk lg crita tu. tp popular sungguh kan si Upin dan Ipin tu. kat pasar malam muka depa diprint kat baju...

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

kalau la muka aku yg diprint itew..
hahahahahahhaa....

tp mmg best giler ar upin & ipin..
gelak sorg2 aku dok tgk citer tu..hahaha..

Naz berkata... [Maklum Balas]

kalo muka ko di print, akan habislah semua baju2 kat kedai tu diborong oleh mereka2 yg fanatik... aku juga akan dpt biz baru dlm bidang tekstile ni... hahaha...

ye ker? member aku ramai dah tengok movienya. cuma aku jer yg x tngk lg. dvd ada juai kat kadai ker?

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

kat kepala hang ni laen tak bukan biznez jo yo!!! adehh,poneng gwe..
hehe..tapi pasal ko tak buat biz print baju utk hafiz,akim,isma,yazid AF7 aritu??
mesti kayo woo ko...
klu aku confrem 4tahun jual tak tentu sehelai pon laku..hmm.. :(

da ade jual la bro..dvd 4hengget jo..
pi beli..aku janji mmg syiokk giler citer tuh..
:p

Naz berkata... [Maklum Balas]

kalo pakai muka depa, kena bayar royalti. kalo pakai muka ko, kiranya x payah la yer. nnti kalo dah laris dipasaran, aku blanja ko teh secawan. hehehe...
mana ko tau x laku. belum try belum tau.. taw... :)

yg 4 hengget tu bukan yg pirate punya ker..?

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

mare sechewan...!!!
ceh..byk chantek..
elakkn die pi berasap baju tu naya je 10malam aku takleh tidok..
tak try pon tau mmg tak terjual..
hahaaa..
klu wajahmu barangkali woo..

aku suggest je..
hehe..
tp klu ko nak beli yg ori pon lagi baguih..
support our local produk..
cheewahh!!!
:)

Naz berkata... [Maklum Balas]

nah sechewan ko tu... hahaha...
banyak cantek? terima kasih. nnti aku make up tebal2 nak kasi cantek lg...
yg tang perasap tu, x kan menjadi pesal aku dah pasang pendinding. dont worry...
aku x boleh, pesal aku ni manufacture.. tu dah langgar akta perniagaan tu.. ;p

kalo crita dr luar, aku beli yg pirate. kalo local punya, aku cari yg ori. penat wo depa wat filem tu...

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

mmg chantekkk!!!! awat gincu kat idung..huahahhaaaa...
dan akta sesorang yg tidak ade pakej yg lengkap tidak boleh menjual produk tubuh ke dunia glamer..pangkah..
hahahaaa..ku juga sbg org tgh takleh ambil bahagian juga..
adehhh!!!!
klu hang pasang pendinding camne aku nak klua bro??hehe..

betul tuu bro..tp aku da tgok wayang so sukar utk ku nak beli cdnya..hehe....

Naz berkata... [Maklum Balas]

err, x tau nak taip apa dah... tinggi sungguh ilmu perlembagaanmu itew...

kat tengah dinding tu aku dah buat acess door guna thumb. ko sorang jer boleh acess..

sound system kat cinema x sama dng dvd punyer kan.. rugi gwa x tengok...

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

fuhhh..ini klu jd loyer nih pasti monang stiap kes..loyer buruk..
huhu...

waa..thumb print ye...
tp aku ade thumb drive je..
kekekekee..

itu la ko,aku da ajak ko soh pi tgk..siap aku nak payung lg..
hang keras kpala jugak taknak tgk..skrg sape yg rugi???
hehe

Naz berkata... [Maklum Balas]

tu compom punyer... gerenti boleh menang kalo lawan kat court...

thumbdrive pun diterima asalkan login id ko match dng password... heheehee...

saper yg rugi?? mereka dan kelurga mereka.. hahahaha...

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

iyelah sebab pak hakim sakit jantung asek gelak memanjang..
haha..itu pasai boleh menang..

tapi thumbdrive aku da masok air laa..
aduhh!!!hehe..

mereka dan keluarga mereka??oh tidakkkk sama sekali..
haha

Naz berkata... [Maklum Balas]

ni boleh masuk raja lawak ni.. hahaha...

x per, t.drive ko tu kalis air...

oh tidak.... muahahaha...