Bezakah Kita??

Entry aku kali ni takde kena mengena dengan tajuk barangkali. Tapi mungkin ada sikit kaitan dengan apa yang nak aku kongsi dengan teman-teman blogger sekalian.
Sabtu dan ahad lepas (semalam) aku saja meringankan tulang untuk membantu pihak Politeknik untuk menyambut kedatangan warga baru Politeknik Johor Bahru. Ada yang bertanya pehal aku ada sangkut paut lagi dengan poly sedangkan aku dah lama habis di institusi kerajaan tersebut, dah keje pun. Sebenarnya aku pun naik segan nak nunjukkan rupa hodoh aku ni pada setiap kali new intake. Tapi disebabkan pihak Koperasi Politeknik sendiri menelefon aku untuk meminta bantuan bagi pengagihan barangan Minggu Suai Kenal kemasukan pelajar baru sesi Julai 2009, tak sampai hati plak aku nak tolak. Begitulah kalau orang lain sudah memberi kepercayaan pada kita dan kita melaksanakan tugas dengan jujur, orang itu sendiri yang akan cari kita walaupun jarak kita jauh mana sekalipun. Terima kasih Koperasi PJB kerana percayakan aku.
Walaupun dalam keadaan hujan, ramai betul yang mendaftarkan diri semalam untuk menjadi warga PJB. Semester sebelum ni hanya 1000 saja yang mendaftarkan diri, tapi semalam yang mendaftar meningkat seramai 1400 orang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun hujan lebat. Penat memang penat, tapi kerana seronok melayan karenah ibubapa yang bermacam-macam ragam, hilang suma penat. (Aku enjoy giler)

Nak dijadikan cerita, semalam ada ramai pelajar khas (OKU) seperti masalah pendengaran (pekak), bisu, ketumbuhan (cancer) dan seumpamanya mendaftarkan diri. Aku tengok muka adik-adik tu suma, aku berasa simpati. Dengan keadan ibubapa mereka yang daif, ada yang dari Kelantan sanggup menghantar anaknya yang kurang upaya itu jauh ke selatan untuk melanjutkan pendidikan anaknya ke peringkat tertinggi. Sayu hati aku. Mereka kelihatan sangat takut untuk bergaul dengan teman-teman yang lain terutama teman-teman yang normal. Dan yang normal plak tengok si pelajar khas ni dari hujung kaki hingga ke hujung rambut, macam pelik je golongan ni di mata bebudak normal lain. Mungkin rupa dorang lain dari kita, tapi jangan la sampai pandang macam tu, kesian mereka.

Teringat dulu aku ada seorang mamat ni yang ada masalah pekak dan bisu. Dia sorang yang pendiam dan selalu dok sorang diri dalam cafe kamsis sambil tengok tv sendirian. Aku dengan kawan aku sapa dia, tapi tak dilayan dan terus melarikan diri. Selang beberapa hari lepas tu, kitorang dudok sama tengok tv, barulah dia ada respon yang positif untuk bersahabat dengan kitorang. Kitorang berkomunikasi melalui taip perkataan dalam handphone sebab pada masa tu aku tak geti lagi bahasa isyarat. Saling berpasing-pasing handphone. Dalam text massage, aku tanya dia:-

Aku: Kenapa dok sorang diri, mana kawan yang lain?

Dia: Kawan semua bilik dalam belajar.

Aku: Habis tu kau tak belajar?

Dia: Lepas baru.

Aku: Jadi kenapa kau asyik larikan diri dari kami?

Dia: Tak kawan layak aku dengan kamu.

Aku dan kawan aku: ????

(bahasa mereka dalam handphone memang tunggang langgang skit, kena paham sendiri ler)

Lepas tu baru aku paham, bahawa mereka semua rasa terasing bila berhadapan dengan orang normal macam kita. Mereka berasa tersisih dan rendah diri bila berada dikhalayak umum. Semenjak itu aku cuba belajar bahasa isyarat dan cuba untuk mendekatkan diri pada golongan kurang upaya tersebut untuk memudahkan komunikasi aku dengan dorang.

Sesungguhnya bila aku da pandai berbahasa isyarat, dorang tak berhenti-henti dok berbual dengan aku. Mereka sangat peramah berbual dengan aku berbanding dengan kawan normal aku yang lain. Sampaikan aku pun tak terlayan. Hehe.. Dorang ni pon ramai jugak yang pandai. Bila kitorang jumpa mamat tu, kitorang selalu dok berbual pasal bola. Fuhhh!!! Gembira juga aku akhirnya dapat rakan OKU yang lagi best dari kawan normal yang lain. Mereka sempoi lain dari yang lain perangainya. Tak pernah menyanjung diri malah selalu merendahkan diri dan sangat prihatin dengan masalah kawan-kawannya. .

Yang aku nak sampaikan kat sini, ada beza yang ketara ke antara kita dengan mereka sehingga kita nak sisih golongan seperti mereka?? Apakah perlu kita asingkan diri dengan golongan seperti mereka? Kita bersyukur yang kita cukup sifat tapi fahamilah orang yang kurang dari kita. Bersyukurlah atas nikmat yang Allah SWT beri. Pape pon, sendiri boleh fikir. Tepuk dada tanya IMAN.. Takde ape pon sebenarnya. :p

.
Sebelum terlewat, aku ucapkan selamat datang untuk pelajar Politeknik Johor Bahru bagi sesi Julai 2009. Peace yaoww!!
.
Best Regard,
hysMan
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

40 komen:

Amieynna Amin berkata... [Maklum Balas]

salam man..
xde beza pon kite ngan dorg..
still hamba ALLAH..
cume dorg dianugerahkan keistimewaan begitu..

='(

Naz berkata... [Maklum Balas]

Man, ko pandai bahasa isyarat erk? siap boleh borak2 ngan depa tu. bagus sikap ko ni. org zaman skrg manada nak bergaul dng oku. lagi pandang kerek lg ada...

Farhana berkata... [Maklum Balas]

Assalamualaikum.. Betul tu.. Itu yg saya nak tanya kamu balik.. Beza kita yg normal dgn mereka yg tidak? Bak kata minna tiada beza, kita semua sama di sisi Allah.. Kalau gitu.. Beza ke antara kamu dgn saya? Kita sama-sama manusia normal.. Betul tak man? Bagiku kita semua sama.. Jgn bezakan diri kamu dan saya.. Jgn kata dirimu sengal dan daku pandai.. Ku tak mahu wujud beza antara kita.. Sbb beza tu nanti yg akan wujudkan jurang dlam sebuah prsahabatan.. Tapi kalo beza itu mampu jadi pemangkin pada sebuah kjyaan, baguslah.. =)

Ku mintak maaf kalo ade gurauanku yg wat kamu trase hati ke atau kamu trsalah tafsir ke.. Ku tidak trniat pun.. Maaf yerk..

imanshah berkata... [Maklum Balas]

Semua manusia sama sahaja disisi Allah..yang dipandang hanya amalan kebajikan..

imanshah berkata... [Maklum Balas]

Semua manusia sama sahaja disisi Allah..yang dipandang hanya amalan kebajikan..

I am Karl berkata... [Maklum Balas]

Man,

to tell u d truth

airmata karl bergenang tp x sempat nangis

mmmmmmmm

dh xtau nk ckp ape...

manusia bese la kan..

Dj Epoi berkata... [Maklum Balas]

Lagu :

Tidak ku pinta......
Lahir Kedunia......

Tidak Ku pinta.....
Cacat nya begini!!!!!

Sob...sob!!!!

Buat Semua!!!
Jangan Dibanding2kan makluk istimewa ini.....kerna kita diatas bumi yg sama!!!!

HysMan !!
Yo Do!! Good Job!!!

Syabas !! Beteh!!!
Jendegerrrrrrrrr tumpya har korke!!

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

Mynna,
sebab tu aku bertanyakan soalan tu..klu ko jadi aku semlam,tak sampai hati nak tengok..
kesian......

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

Naz,
aku sikit2 boleh la sign language ni..seronok wooo...kita boleh komunikasi tnpa org lain paham ape yg kita cakap..hehee..

aku tak boleh tgk org yg kurang dr aku la bro..akan cuba letakkn diri sbg org yg lagi bawah dr org tersebut..
cuba klu kita jd die,bukan mudah kita nak terima keadaan yg kita sebegitu rupa..sehinggakan ada yg dibuang keluarga sendiri Naz..
sedeh..tp itulah kenyataan..

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

Farhana,
Waalaikumussalam..
memang kita takde beza..coma kamoo pompuan ku laki..
klu kamu kata kamu normal,mmg ye..daku juga..tp daku akan coba letakkn diri ditempat terbawah utk sentiasa berwaspada atas kekuranganku.itu sebagai peringatan ku sendiri..
aku tak penah terasa hati..tp kadangkala kita perlu berdiam diri..

~hehe..pasal malam ni ku terasa sayuu??? :)

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

Imansyah,
iye betol tu,kita sama di sisi Allah SWT.tapi manusia sendiri yg mencipta jurang tersebut..
:(

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

Karl,
bila manusia pentingkan luaran dr hati..
:(

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

DJ Epoi,
gwa pantang dengo lagu tuh..
sedeh..kadang2 gwa imagin org yg nyanyi itu gwa..

sob..sob..sob..

kita juga berpijak dibumi yg nyata..
Jendegerrrrrrrrr tumpya har korke??
apa daa...hehe

miss GAZA berkata... [Maklum Balas]

tringin gak nak ada sahabat oku..
nak blajar communicate ngan depa.
ada sapa2 oku nak kwn dgn saya x?
xpon,
jom kita pakat sembang bhs isyarat kat sini ajela..
=p


apapun,
mcm smua rakyat smile myfta kata..
mmg xder beza pon antara kita di sisi ALLAH.
semua sama ja.
bezanya cuma pada amalan kita.
sesungguhnya org yg paling mulia di kalangan kita adalah mereka yg paling bertaqwa kpdNya..
OKU tak OKU sapa yg paling takut padaNya dialah yg paling mulia..
=)


respek sama kamu bro..
cayalah!!

Farhana berkata... [Maklum Balas]

Betol.. Hysman lelaki dan Farhana prempuan.. Tepat skali.. Bguslaa kalo kita sntiasa brwaspada dan brigt.. Tp jgn slalu kata diri sndiri sesuatu yg x sdap, kan kata-kata itu doa.. Heehee.. Moga kamu brjaya dlam hidup di dunia dn akhirat.. =)

Haha.. Tiada lagi lagi daku yg suke membebel.. Mungkinkah itu buat rasa sayu itu datang? Hahaha.. Ku juge rasa sayu.. Entahlah knape.. =)

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

miss GAZA,
aik,promote diri nampak??
hehe..
klu awk mencari insyaAllah ade la tu..klu kita harapkn depa dtg pada kita,"berkurun lama kurasakan cintakupadamu" kan da klua lgu exist.hehe..

yezzza' betul tu,kita suma sama di sisi Allah dan Allah juga ciptakan OKU ni adalah sbg ujian buat kita yg normal ni.

ku juga respek sama kamu..
:)

nza berkata... [Maklum Balas]

tahniah le dik..jd seorg yg perihatin. bangga akak kalu ank2 muda cam adikku sorg ni....

Eiba berkata... [Maklum Balas]

Bagus Man nie tawww..mesti sentiasa jadik kepercayaan org kan??? Tahniah Man...

Bezakah kita dgn mereka..sedangkan hati mereka lebih tulus dari kita.. Kehendak untuk berjaya sama saja kan???

Gembira kerana Man merupakan insan yang prihatin... Rindunya saat belajar dulu...

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

Hana WanAbe,
yupp,insyaAllah kita akan berusaha menuju puncak keredhaan Allah SWT..
aminn..

Oleh itu,ku tujukan ENTAH by AFGAN for u la beb..hehe

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

Kak Nza,
prihatin atas dasar simpati kak..
imagine klu kita berada ditempatnye.. dat all..

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

Kak Eiba,
Dan susah jugak nak jaga amanah org..rahsia sulit depa ni suma..
syyhhhhh...hehe

yepp!! berjaya donia akhirat..
:p

waktu blajo waktu yg paling seronok dan yg paling tension sehingga hentak kepla ke dinding..hehe

Idalara berkata... [Maklum Balas]

salam man..akak tguk man tu hensem apa..napa kata hudoh?tak baik tau..
sebenarnya kita semua sama di sisi Allah..hanya manusia yg tk punya hati yg memndang mereka berbeza..
kira2 man ni org kepercayaan jugalah ye...baguslah tu...

Tukang cerita berkata... [Maklum Balas]

Salam Hysman....
membaca entry awak ni, teringat pengalaman akak menjadi reader OKU kat Um dulu.....
Memang hepi dan seronok...wpun kekadang letih, tapi mungkin kerana niat kita baik, kita sentiasa happy dan tidak pnah rasa terbeban....

Bukan sekadar menjadi reader...tapi turut menjadi rakan tempat meluah perasaan, rakan bergurau.....rakan bersenda dan rakan berduka.....
pernah mendapat satu puisi hebat dari abang OKU yang akak tolong....
sangat~sangat menyentuh hati....
~guna kaset, sebab dia tak bleh menulis.....kan?

tapi, tak sampai setahun ku sudah berenti...
knp? ayooooo....
Bunga~bunga cinta sudah wujud dalam hati itu org....
mengelakkan kemudratan yg lebih besar, akak stop wpun sedikit terkilan....

tapi, tak de lak OKU pompuan masa tu...
semuanya lelaki.....
:)....
sempat lah akak belajar braille....
:)

noramsein berkata... [Maklum Balas]

man
aku bangga jadi cikgu budak2 pekak ...
sangat bangga ...
aku harap posting nnt dpt sek pekak
doa kn aku ye
=)

Naz berkata... [Maklum Balas]

Man, kemahiran tu ko kena gunakan selalu. kalo sekali sekala guna, lama2 akan lupa. kesian kan kat depa. rasa tersisih dari masyarakat 'normal'. aku ada kenalan yg bisu. walaupun aku x tak tau bahasa isyarat, tp aku boleh paham sikit2 apa yg dia cuba sampaikan. dengan body language, memek muka dia aku dpt faham. tp bila dia cuba sampaikan something yg lebih detail, aku cuma balas dng senyum saja... pesal aku rasa, aku x paham.... hehehe... apa2 pun semua manusia sama di sisi Allah. beruntung kpd yg tiada keupayaan bercakap dan mendengar kerana mereka kurang dosa berbanding dng manusia yg cukup sifat...

panggil aku shEh berkata... [Maklum Balas]

kagum dengan sikap anda cik hysMan!
aku pon blom tentu mcm ko walaupun aku pompuan..

Mysterious Surfer berkata... [Maklum Balas]

anda seorang yang berhati mulia... teruskan dengan sikap sebegitu ya adik... thumbs up 4 2....

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

Kak Ida,
ku hudoh segalanya,baik luaran mahupun dalaman..moga kita sentiasa beringat dimana bumi yg dipijak..jgn alpa..hehe..
bukan mudah nk jd kepercayaan org kak..hehe

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

Kak Nurul,
Salam kembali kakak ku chomeii..
hehe..
btul tu kak,hati sentiasa heppy bila dok bebual dgn depa nih..
njoy giler walupon pnat..hehe

wahh,akak jd reader ye??acrobat reader??hehe..mesti akak boleh memperbetulkn sebutan akak ye tatkala membantu OKU menyebutnye..hahaa..
kaset tu utk sape??utk akak ke??
tett!!! hahahaa..mesti bunga2 kan??
fuyooo,akak menolak cinta ye??hehe

suma lelaki??
umarrghhhaiiii..mesti menjadi poojaan hati dikalangan kawan2 tersebooott hehe..

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

Am,
aku doakn utk ko..
hope dpt ler kat posting ke JB..
skurang2nya dekat skit dgn mok aboh ko..
chaiyokk bro!!

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

Naz,
mmg dlm bahasa isyarat,memek muka maen peranan..sama ada kita sedih atau gembira..klu kita hanya buat isyarat tangan,depa plak yg kurg paham..huhu..

sebab tu aku slalu pk yg aku berada kat tmpt meka suma..somtime bnda itu mengingatkn aku kat mane aku pijak..jgn lupa diri..kita hanya pinjam je kat donia nih..sementara...

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

p.a.Sheh,
laki pompuan takde beza yg beza coma donia sekeliling kita..
:p

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

Mysterious Surfer,
anda juga..insyaAllah..
sama2 lah kita ye..
thumb up 4 u too..

Naz berkata... [Maklum Balas]

betul2... memek muka ni boleh menggambarkan beribu maksud. kdng2 kita tengok muka org jer kita boleh tau apa yg dia fikir...

yup, semua yg kita ada ni cuma pinjaman belaka. beruntung kpd mereka2 yg dibukakan hatinya utk bersyukur... :)

SYAFIQASALIM berkata... [Maklum Balas]

insaf jap baca entri ni.
selalu rasa diri ini banyak kurang la, hodoh la, tak cantik la..tapi lupa sekurang-kurangnya tuhan bagi saya lengkap pancaindera.
selalu lupa nak bersyukur..

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

yupp,bethol tu bro..
kita s normal person pon boleh show cara memek muka saje..
cara itu juga,somtime org boleh buat fitnah akan benda yg tidak pasti..hmm..

harap2 kita la org yg hatinya diberi peluang utk bersyukur... :)

hysMan.. berkata... [Maklum Balas]

shafiqasalim,
moga2 kita sentiasa beringat utk bersyukur atas nikmat yg diberi olehNya..insyaAllah..

FiNa berkata... [Maklum Balas]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
FiNa berkata... [Maklum Balas]

ajar aku bhsa isyarat man!!!!!!!!!!!!

cIk sHa berkata... [Maklum Balas]

amboi..
baik benar ko dgn koperasi pjb tu:P
tak pe la, smabil tlg org leh la ko adjust bdk2 br haha