Pagar Rumah & Diri..

Edisi Jumaat
Ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.
.
Waktunya..
Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.
.
Caranya..
1) Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.
2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).
3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.
4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna.
5) Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa. Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.
.
Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan (dengan keizinan Allah SWT).
.
Memagar Rumah Dari Pencuri
Satu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca ayat kursi sekeliling dalam rumah. Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada didinding rumah. Baca ayat kursi berulang kali keliling setiap bilik dalam rumah kecuali tandas. Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi. Jangan cover seluruh pintu utama. Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama. So pintu utama sahaja kita perlu perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut2 pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak.
Wallahualam...
.
p/s: Hari ini 9 Julai 2009 hari lahir ibunda tersayang aku. Genap 59tahun. Semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki dan diberkati senantiasa. Terima kasih untuk segala kasih sayang dan semangat yang ditiup ke dalam roh anakanda selama ini. Terima kasih untuk susu yang telah sebati menjadi darah anakanda; menjadikan anakanda seorang yang kuat dan tabah dalam menghadapi ujian selama ini.. Selamat hari lahir Ma...
.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

10 komen:

Naz berkata... [Maklum Balas]

ilmu pagar... tq bro... amat2 berguna...

>Happy birthday buat bonda ko yg tersayang.. semoga sihat sentiasa dan panjang umur untuk melihat cucu yg bakal dihasilkan oleh anakanda yg bernama Hysman... ;)

Amieynna Amin berkata... [Maklum Balas]

man..
bgus info ni..
skg ni..
skit2 xpuas hati jumpe bomoh..
main ilmu hitam..

>makcik rokiah, hepi besday..smoge sentiasa bahagia dan gembira dsamping keluarga...=)

<< s| tED| >> berkata... [Maklum Balas]

sharing is caring! Thank you for information! eh eh!! the 1st pictures look funny! ekekekeke

panggil aku shEh berkata... [Maklum Balas]

wah... bole applykan ni!

Khairil Ikhwan berkata... [Maklum Balas]

bagus bangat ilmu nie thank bro

Idalara berkata... [Maklum Balas]

ilmu yg bagus sgt ni man..tp kak ida tak boleh nak buat kat rumah sbb dok rumah premis perniagaan..so susah sikit..cuma bila nak masuk rumah kak ida bc ayat Qursi..

p/s selamat pnjg umur dn diberi kesihatan yg baik utk bonda man..jadilah anak yg soleh adalah hadiah terbaik buat seorg ibu.

ijad berkata... [Maklum Balas]

jaga rumah dari di masuki pencuri...bagus tu..

Tukang cerita berkata... [Maklum Balas]

Salam adik...
TQ for sharing...

akak tiap~tiap malam 'pagar' umah...

berpengalaman, 'mat kacau' nak masuk umah...tp Allah pelihara kami seluarga... mungkin 'pagar' kami 'pagar konkrit' kot....
:)

bercerita bukan tuk riak...
tetapi, sebagai muslim, kita telah diajar agar meminta perlindungan hanya dari DIA yang MAHA KUASA...
:)

~Hepi bday tuk bondamu itu...
muahhsssss tuk ma mu...

Dj Epoi berkata... [Maklum Balas]

Assalamualaikuuuuuuuuuuuuuuuum!
(Versi Upin & Ipin)

Bro Gua nak pinjam Entry nih untuk salah seorang Sahabat Gua yg berhadapan ngn sedikit masaalah arrr Man.....

Entry yang betul2 tepat pada masa Gua memerlukan.....

HysMan + Walaweeeeeeeeeeeei =
Anak Yang Baik........
Penyejuk Ibu.......
Buat Ibumu....Selamat Hari Lahir...

Sahabat yang Walaweiiiiiii!!!!!

ustazah dyLLa berkata... [Maklum Balas]

tq 4 the info...ustzah tiap2 mlm buat...insya'ALLAH, stakat ini ALHAMDULILLAH...ustzah dh amalkan sjak sek men lgi...bgus awk post n3 ni kpd sume...tpi perlu diingtkan, bkn ni je amalan yg dilakukan, yg asas wajib buat dlu...

p/s:buat ibumu, smoga chat,dirahmati,dlindungi,diredhai,dkasihi,disygi,dmurahkan rezqi,ditingkatkan amal ibadahnya,sgala urusan dipermudahkan ALLAH...insya'Allah...anak yg baik & soleh adalah disisi ibu yg baik & solehah...jln ibu adalah jln buat anak...sygi ibu mu, berikan perhatian spenuhnya...insya'ALLAH,didunia & akhirat kta selamat...