Tidak Sah..‏

*UPDATED* 07/09/09
Ini adalah jawapan balas (jawapan MERAH) yang diberikan ole Ustaz Fauzi Mustafa - Pengurus Jabatan Syariah, Takaful Malaysia. Ihsan dari sini..
*****************************************************
BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN KITA SEMUA..
HIDUP SEBAGAI SEORANG BERNAMA ISLAM JANGAN TERUSAN DLM KEJAHILAN. .
Sesungguhnya, permasalahan ini amat berat.. Perhatikan soalan 1 - 5.
Perkahwinan seumpama ini, hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat-cepat kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila. Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Akan cuba untuk dikongsikan bersama kerana ianya amat penting:
Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belumberkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Komen Balas: Wanita hamil luar nikah boleh mengahwini sesiapa sahaja semasa hamil. Berbeza jika perempuan mengandung setelah diceraikan suaminya maka eddahnya ialah sehingga dia melahirkan anak tersebut.
.
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersediamengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itudilahirkan.
Komen Balas: Dia boleh mengahwininya walaupun semasa mengandung tanpa perlu menunggu anak itu dilahirkan.
.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak bolehmengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Komen Balas: Dia boleh mengahwininya walaupun semasa mengandung tanpa perlu menunggu anak itu dilahirkan.
.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untukmemperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggusehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
Komen Balas: Mereka tidak perlu berpisah. Nikah mereka sah.
.
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itutidak sah.
Komen Balas: Mereka tidak berzina malah mereka adalah pasangan suami isteri yang diiktiraf oleh hokum Syarak.
.
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAKuntuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Komen Balas:
(1) Jika anak luar nikah itu lahir setelah 6 bulan ibunya dinikahi oleh biological father maka dia mendapat hak seperti anak kandung.Contohnya: Ketika janin itu berusia 2 bulan dalam kandungan, ibunya dinikahi oleh biological father maka 7 bulan 10 hari selepas itu lahirlah anak tadi maka dia boleh di 'bin' atau 'binti' kepada biological father tadi. Ini kerana jarak masa antara berlaku perkahwinan dan kelahiran itu 6 bulan ke atas.
(2) Jika anak luar nikah itu lahir sebelum 6 bulan ibunya dinikahi oleh biological father maka dia tidak mendapat hak seperti anak kandung.Contohnya: Ketika janin sudah berusia 5 bulan dalam kandungan, ibunya dinikahi oleh biological father maka 2 bulan 10 hari selepas itu lahirlah anak tadi maka dia tidak boleh di 'bin' atau 'binti' kepada biological father tadi. Ini kerana jarak masa antara perkahwinan dan kelahiran itu tidak sampai 6 bulan itu hanya 2 bulan 10 hari sahaja.
.
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anaktersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannyasendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Komen Balas:
Kalau dalam kes (1) Komen Balas bagi soalan 6 di atas, maka biological father tadi diiktiraf sebagai bapa kandung KECUALI jika dia menafikan bahawa itu adalah anaknya. Oleh itu anak dan bapa tadi adalah mahram.Kalau dalam kes (2) Komen Balas bagi soalan 6 di atas, maka biological father tadi tidak diiktiraf sebagai bapa kandung SEKALIPUN dia mendakwa bahawa itu adalah anaknya. Oleh itu anak dan bapa tadi bukan mahram.
.
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim(atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakahtindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal ber as ingan segera dan menunggusehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
Komen Balas: Mereka tidak perlu berpisah untuk mengesahkan ketidak hamilan malah mereka boleh terus kahwin.
.
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini,apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepikain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawabanda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untukmemperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah ituadalah anak-anak yang tidak sah taraf.
.
hanyak berkongsi dari 'kotak dalam'..
.
*************************************************************
Aku dah buat pembetulan dengan jawapan bewarna merah.. Sila rujuk balik.. Jadi kesimpulan disini, sekiranya kita musykil tentang prihal agama, merujuk dahulu kepada sumbernya yang betul supaya umat islam tidak disesatkan oleh jawapan sebegini. TERIMA KASIH buat Naz dan Sulela atas keperihatinan korang tentang isu nih.. :)
.
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

13 komen:

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• berkata... [Maklum Balas]

sahih ke benda ni? dah banyak kali baca kat blog dan emel. takut tersebar benda yang silap je.

imanshah berkata... [Maklum Balas]

wallahua'lam..moga dijauhkan zina

sI tEDI berkata... [Maklum Balas]

pertanyaan yang sama? sahihkaH?

FiNa berkata... [Maklum Balas]

sahih..


tapi man, aku musykil skit kat sni, sbb ape yg aku tau, pmpn n llki yg berzina tu takleh kawin selama-lamanya... tp myb aku yg salah informasi kot..


sekian...

aRaBeLLa berkata... [Maklum Balas]

hmmm was-was la, lagipun ia hanye pendapat dari seorang imam..

alhaqimi berkata... [Maklum Balas]

penah gak terdengar pasal benda ni...lebih dahsat apabila anak luar nikah itu di bin kan kepada bapanya...astagfirullah!

panggil aku shEh berkata... [Maklum Balas]

aku tatau kowt..
tp yg aku tau yg sahih lg sah..
jgn wat maksiat sblm nikah sampai lahirkn anak luar nikah.

sian budak tu.. sbb makbapak jadik anak terbuang lak.. dlm dunia pun dh kene tanggung malu.
eishh!

Naz berkata... [Maklum Balas]

aku ada post n3 ni dulu.. dan ada pembetulah sikit... boleh baca kat sini...
http://kotakemail.blogspot.com/2009/05/zina-akan-berterusan-walaupun-dah-di.html

kalau ada kesalahan, harap kawan2 di sini perbetulkan... :)

nza berkata... [Maklum Balas]

ha, tulh bebudk skrg (xsume ye!!)time nk buat keje xingat dunia, kalu dh jd mula le tangkap muat je...

Sulela berkata... [Maklum Balas]

Hehehe...aku baru je nak bagitau yang Naz dah buat entry pasal benda neh. Siap ada pembetulan lagi...

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• berkata... [Maklum Balas]

alhamdulillah dah ade pembetulan.
dulu penah baca yang versi sebelum dan selepas update ni.tu yang suh cek balik tu.

penambahan: skang ni kalau anak luar nikah, takde bin/binti dah kat surat beranak tu.tak kesah la nikah 6 bulan sebelum atau selepas. kat myKid tak sure plak..

Lili Puteh berkata... [Maklum Balas]

masyaallah.
biar betul ni?
harap2 xde kekeliruan lagi..

Farhana berkata... [Maklum Balas]

Assalamualaikum tuan umah.. Info yg brguna.. Thanx for sharing.. Ku penah dengar psal ni jugak.. Tp kureng faham.. Artikel ni tlah wat ku faham.. Maceyyyy bnyk.. Ksimpulannya, benda yg Allah kata jgn wat tu, jauhkanlah.. Pasti ada sebab knapa Allah larang..