Sebenarnya apakah ucapan yang paling baik untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga?
Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, “Semoga berbahagia dan ramai anak.”
Mendengar yang demikian Aqil berkata, “Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”
Mereka lalu bertanya, “Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”
Aqil menjawab, “Katakan (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, “Apakah ini?”
Abdul Rahman r.a. menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”
Rasulullah s.a.w. bersabda, “ (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, “
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]
Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.
Wallahu’alam.
~ Selamat pengantin baru. Semoga korang diberkati olehNya! Amin..
.
11 komen:
Assalamualaikum tuan kentang.. Haha.. ;p
Ku tak sabar nk tunggu wish dari kamu untuk daku.. Selamat pengantin baru.. Heehee.. ;)
Kamu lak bila weh??? Heehee.. ;p
adik akak ni bila lg....kak nza pn dh xsbr2 nk wish gak cam farhana...
cik Hana,
Waalaikumussalam puan skodeng.. hahaa... :p
tunggu taun depan..moga ku juga sempat wish utk kembar 5 anak mu itew jugerss yer cik Hana.. hahahaa...
saye?? ade rezeki adelah.. hahaa.. perjalanan maseh jauh.. so tumpukan pada karier dulu.. cheewahhh!!! suma jodoh makcik oiiii.... juz wait n see laa.. ;)
kak Nza,
hahahaa..lame lagi la kak.. tp insyaAllah niat tu ade. skrg nih tgh kumpulkn harta,tak terfikir lagi nk mendirikan masjid...ade rezeki jodoh ade la tuuu.. kak tunggu yer jgn lupa utk publish k.. 5 years more kak.. :p
slamat pengantin baru!
part mana super impose itu?
Selamat Pengantin Baru kepada mempelai. awak bila lagi? :)
Ahha nak tanya bila lagi??haha
selamat pengantn baru wat mereka berdua......
slmat pengantin baru kepada mereka...
man, ni ke yang kat penang tu?
bgus2...ske n3 nie...berinfo sgt...
semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu!!
budak kentang bila lagi?
akak nk jalan2 JB ni....
:)
Catat Ulasan