Kemangkatan Sultan Johor..


DYMM Almutawakkil Alallah Tuanku Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail
1932-2010
Al-Fatihah...

Petang Jumaat lepas masa kat office aku terkejut juga kenapa staf-staf  semua berebut minta reben putih kat Unit Perolehan. Aku tak ambil peduli apa, pasal petang haritu banyak kerja yang aku kena siapkan. Kerja semua dah 'setle' aku sibuk bersiap nak balik, dalam lif ada seorang ustaz sapa aku kata yang Sultan Iskandar kat Hospital Pakar Puteri kat sini tengah gering tapi belum diumumkan lagi tentang kemangkatannya. 
Aku masuk kereta terus buka radio dengar berita yang Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada petang hari tu. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tersebut.

Beliau turut mengumumkan semalam cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang. Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya. 

Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri. 
Minggu lepas makcik aku meninggal dunia. Tadi pagi aku melawat pula jiran lama aku meninggal dunia. 

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh Almarhum dan semoga dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh – Al-Fatihah. Takziah diucapkan kepada seluruh kerabat keluarga Diraja Johor, keluarga berkenaan dan rakyat negeri Johor.

 Tunku Ibrahim (kanan) diisytiharkan sebagai Sultan Johor kelima bersama anakandanya Tunku Ismail.
Salam Takzim..
.
.
Best Regard,


Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

13 komen:

Mysterious Surfer berkata... [Maklum Balas]

Al Fatihah...

@cu SaYaNg berkata... [Maklum Balas]

Al Fatihah & takziah utk semua rakyat johor

Amieynna Amin berkata... [Maklum Balas]

Al Fatihah..
aku tengok live kat tv smalam..
mak aku lak smpai masuk istana dapat tgk..

sI tEDI berkata... [Maklum Balas]

Al-Fatihah dan Takziah!

Idalara berkata... [Maklum Balas]

Al Fatehah..
muga roh baginda dicucuri rahmatNYa

Tukang cerita berkata... [Maklum Balas]

al_fatihah...
nanti2 giliran kita pula....

Lili Puteh berkata... [Maklum Balas]

takziah..
patik tumpang berduka cita..

Dj Epoi berkata... [Maklum Balas]

Salam Takziah

Dari Anak Jati Kedah

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

Mysterious Surfer,
amin ya robb..


Acu, aminn.. cu..


Mynna, aku pon ade cuma tak masok tv jer.. hahaa.. tp kesian pd org yg terlibat pd majlis tersebut.. :(((


si Tedi, aminn..

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

Kak Ida, Aminn..


Kak Nurul, betul tu kak.. Al-fatehah..


Pn. Ja, Al-fatihah..


Bro DJ Epoi, terima kasih dr anak jati johor.. ;)

hazlin berkata... [Maklum Balas]

semoga rohnya dirahmati Allah

Naz berkata... [Maklum Balas]

Al Fatihah utk baginda...

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

kak Lin,
amin..


Naz,
Al-Fatihah..