Memartabatkan Tulisan Jawi..

 السلام عليكم
تراس لاما سوڠڬوه اكو تيدق منچوريتكن كات-كات د سيني. اونتوق ڤرمولأن دبولن مرچ اين، اكو ايڠين بركوڠسي دڠن كاليان تنتڠ ڤنوليسن جاوي يڠ سماكين تڠڬلم ديك كران زمان. د سيني اكو بوكنله ايڠين منونجوق-نونجوق اكن سسواتو يڠ اكو ‘كرجا'كن سلاما ببراڤ كتيك اين تتاڤي اياڽ سباڬاي محاسبة كڤد كيت سنديري يڠ سماكين هاري سماكين الڤا اكن مرواه ملايو كيت يڠ كيت جولڠ سواتو ماس دهولو. اوليه ايت، ايذينكن اكو مڠهمڤركن سديكيت سباڽق بواه فيكيرن اكو مڠناءي توليسن جاوي اين مڠيكوت ڤنداڠن دان ڤنداڤت اكو سنديري.ي
هوجوڠ ميڠڬو يڠ لڤس سلاما 2 هاري اكو بركسمڤتن اونتوق مڠحاضيري بيڠكيل ڤنوليسن جاوي يڠ دانجوركن اوليه مجليس اڬام اسلام نڬري جوهر باڬي سيسي ڤرتام د سيني. بيڠكيل ترسبوت دسمڤأياكن اوليه استاذ أمين الدين روسكم ايايت ڤينشرح دري فاكولتي تمدون اسلام، اونيۏرسيتي تيكنولوڬي مليسيا. باڽق اينڤوت يڠ تله دسمڤأيكن اوليه بلياو دالم مڠحاضيري كورسوس ترسبوت. برمولا دري سجاره كوجودن توليسن جاوي سهيڠڬالاه كيني يڠ مان توليسن ترسبوت سماكين كلام ديك كران ايرا يڠ برتيكنولوڬي مودن كيني.
دالم كورسوس ترسبوت، بواتكن اكو ترفيكير سجنق برونتوڠڽ كيت دلاهيركن سباڬاي مسلم. اين كران، اڤ يڠ كيت سديا معلوم توليسن جاوي برأصل دري توليسن عرب دان حروف-حروف عرب اين مروڤاكن بهاس القرءان د مان انتارا توليسن يڠ تراول ڤرنه دتموي بربنديڠ توليسن رومي ايت سنديري. توليسن اين تله بركمبڠ سجق زمان كراجأن اسلام ڤاسا كمودين دسبركن ك كراجأن ملاك، كراجأن جوهر دان جوڬ اچيه ڤد ابد ك-17 لاڬي. اكو سباڬاي انق جاتي جوهر بوليه براس بڠڬ كران اياڽ برمولا دري نڬريكو سنديري. دان كيني، توليسن اين جوڬ ماسيه دڬوناكن دالم اوروسن اڬام اسلام دان عادة ايستيعادة ملايو يڠ كبڽقكنڽ د جوهر، قدح، كلنتن، ڤرليس دان ترڠڬانو

توليسن جاوي اداله نادي كڤد ايدينتيتي مشاركت ملايو دولو كالا د نوسنتارا يڠ سينونيم دڠن اڬام اسلام. كڽاتأن اين تيدق داڤت دينافيكن لاڬي، نامون ڤڠڬوناان جاوي سباڬاي توليسن ڤرهوبوڠن كين بركورڠ سهيڠڬ سمڤأي ك تاهڤ يڠ امت كريتيكال دالم ارتي كات لاين اي همڤير ڤوڤوس دتلن زمان. ادكه اندا سدر، دهولوڽ اخبار د تانه ملايو كبڽقكنڽ برتوليسن جاوي؟ دان كيني ك مانكه اخبار ايت سموا مڠهيلڠ؟ سباڬاي چونتوه، اوتوسن ملايو هاڽ منجادي سيسيڤن سهاج د دادا اخبار اوتوسن مليسيا يڠ دكلواركن هاڽ ڤد ستياڤ هاري اثنين. موڠكينكه سواتو هاري ننتي اخبار ملايو هارين ميترو اتاو اوتوسن مليسيا جوڬ اكن هاڽ منجادي سيسيڤن دالم اخبار تيه نيو ستراات تيمي اتاو تيه ستار؟ موڠكينكه؟ بڬيتوله اكو ستوجو اكن ڤمنسوهن ڤڤسمي. اين كران كاجين تلهڤون منونجوقكن بهاوا باڽق نڬارا يڠ برجاي ملاهيركن انسان يڠ چمرلڠ دري سڬي اكادميك ماهوڤون كوريكولوم حاصيل دري بهاس ايبوندا نڬارا ماسيڠ-ماسيڠ ايت سنديري سڤرتي جيڤون، ڤرانچيس، جرمان دان لاين-لاين
اكو تق ماهو برچريتا ڤنجڠ تنتڠ سجاره ڤنوليسن جاوي اتاو كليك د سيني سكيراڽ ماهو تاهو دڠن لبيه لنجوت بركنأن سجاره توليسن اين. باڽق اينفو يڠ بركايت دان كاليان بوليه منچاري سنديري دڠن كموداهن يڠ ترسديا دسيكيليليڠ كيت. اورڠ اسيڠ اشيق مڠكاجي توليسن اين، ادكهكيت هاڽ ماهو منديامكن ديري بياركن اياڽ ماتي دڠن كالڤأن كيت؟ تڤوك دادا تاڽ ايمان
موڠكين سبلوم اين اد اورڠ كات اكو اين ‘ڤويو' كران برتوليسن جاوي د فاچبووق اتاو د كوتق كومين كاليان. اكو تق قيصه كران اكو ڤرلو اد ڤراسان بڠڬ اكن سيتواسي ترسبوت. كيني، تق سموا اورڠ بوليه ممباچ توليسن جاوي ترسبوت. كالاو اد ڤون مريك ڤرلو دبري ماس يڠ اڬق لاما اونتوق ممهمي دسببكن مريك مرڠكق بيلا ممباچ. تاڤي شكور، بوليه جوڬ ممباچ. عبارت كات استاذ أمين الدين تادي،كيت ڤرلو براني دان بڠڬ بيلا منڬقكن سسواتو يڠ كيت تاهو اكن كبنرنڽ. تق ڤرلو راس هينا بيلا اورڠ مڠجيك كيت كران دڠن هاڽ كيت منجاڬ حروف-حروف القرءان اين كيت جوڬ توروت بروليه ڤاهلا، ان شاءالله.
 
اكو تق نق برحجه دڠن لبيه ڤنجڠ، چوكوڤله دڠن مقدمة اين كاليان فيكيرله سنديري مان يڠ بتول مان يڠ تيدق. مالوله كيت سباڬاي اورڠ ملايو/اسلام تيدق فصيح ممباچ جاوي كران بڠسا لاين ڤون بوليه ممباچ دڠن ملونتركن سوارا حاصيل دري توليسن جاوي دڠن لنچر سكالي. ماري كيت رينوڠ-رينوڠكن


Assalammualaikum…
Terasa lama sungguh aku tidak mencoretkan kata-kata di sini. Untuk permulaan dibulan mac ini, aku ingin berkongsi dengan kalian tentang penulisan jawi yang semakin tenggelam dek kerana zaman. Di sini aku bukanlah ingin menunjuk-nunjuk akan sesuatu yang aku ‘kerja’kan selama beberapa ketika ini tetapi ianya sebagai  muhasabah kepada kita sendiri yang semakin hari semakin alpa akan maruah melayu kita yang kita julang suatu masa dahulu. Oleh itu, izinkan aku menghamparkan sedikit sebanyak buah fikiran aku mengenai tulisan jawi ini mengikut pandangan dan pendapat aku sendiri.
 
Hujung minggu yang lepas selama 2 hari aku berkesempatan untuk menghadiri bengkel penulisan jawi yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor bagi sesi pertama di sini. Bengkel tersebut disampaiakn oleh Ustaz Aminuddin Ruskam iaitu pensyarah dari Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia. Banyak input yang telah disampaikan oleh beliau dalam menghadiri kursus tersebut. Bermula dari sejarah kewujudan tulisan jawi sehinggalah kini yang mana tulisan tersebut semakin kelam dek kerana era yang berteknologi moden kini.
Dalam kursus tersebut, buatkan aku terfikir sejenak beruntungnya kita dilahirkan sebagai muslim. Ini kerana, apa yang kita sedia maklum tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan huruf-huruf Arab ini merupakan bahasa al-Quran di mana antara tulisan yang terawal pernah ditemui berbanding tulisan Rumi itu sendiri. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17 lagi. Aku sebagai anak jati Johor boleh berasa bangga kerana ianya bermula dari negeriku sendiri. Dan kini, tulisan ini juga masih digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.
Tulisan jawi adalah nadi kepada identiti masyarakat melayu dulu kala di Nusantara yang sinonim dengan agama Islam. Kenyataan ini tidak dapat dinafikan lagi, namun penggunaan jawi sebagai tulisan perhubungan kian berkurang sehingga sampai ke tahap yang amat kritikal dalam erti kata lain ia hampir pupus ditelan zaman. Adakah anda sedar, dahulunya akhbar di Tanah Melayu kebanyakkannya bertulisan jawi? Dan kini ke manakah akbar itu semua menghilang? Sebagai contoh, Utusan Melayu hanya menjadi sisipan sahaja di dada akhbar Utusan Malaysia yang dikeluarkan hanya pada setiap hari Isnin. Mungkinkah suatu hari nanti akhbar melayu Harian Metro atau Utusan Malaysia juga akan hanya menjadi sisipan dalam akhbar The New Strait Time atau The Star? Mungkinkah? Begitulah aku setuju akan pemansuhan PPSMI. Ini kerana kajian telahpun menunjukkan bahawa banyak negara yang berjaya melahirkan insan yang cemerlang dari segi akademik mahupun korikulum hasil dari bahasa ibunda negara masing-masing itu sendiri seperti Jepun, Perancis, Jerman dan lain-lain.
Aku tak mahu bercerita panjang tentang sejarah penulisan jawi atau klik di sini sekiranya mahu tahu dengan lebih lanjut berkenaan sejarah tulisan ini. Banyak info yang berkait  dan kalian boleh mencari sendiri dengan kemudahan yang tersedia disekeliling kita. Orang asing asyik mengkaji tulisan ini, adakahkita hanya mahu mendiamkan diri biarkan ianya mati dengan kealpaan kita? Tepuk dada tanya iman.
Mungkin sebelum ini ada orang kata aku ini ‘poyo’ kerana bertulisan jawi di facebook atau di kotak komen kalian. Aku tak kisah kerana aku perlu ada perasaan bangga akan situasi tersebut. Kini, tak semua orang boleh membaca tulisan jawi tersebut. Kalau ada pun mereka perlu diberi masa yang agak lama untuk memahami disebabkan mereka merangkak bila membaca. Tapi syukur, boleh juga membaca. Ibarat kata Ustaz Aminuddin tadi,kita perlu berani dan bangga bila menegakkan sesuatu yang kita tahu akan kebenarannya. Tak perlu rasa hina bila orang mengejek kita kerana dengan hanya kita menjaga huruf-huruf al-Quran ini kita juga turut beroleh pahala, insyaAllah.
Aku tak nak berhujah dengan lebih panjang, cukuplah dengan mukadimah ini kalian fikirlah sendiri mana yang betul mana yang tidak. Malulah kita sebagai orang melayu/islam tidak fasih membaca jawi kerana bangsa lain pun boleh membaca dengan melontarkan suara hasil dari tulisan jawi dengan lancar sekali. Mari kita renung-renungkan.

  Best Regard,


Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

16 komen:

Naz berkata... [Maklum Balas]

aku sokong usaha ko ni bro... tulisan jawi dah semakin pupus di hati org2 Melayu yg beragama Islam... aku pun rasa malu pasal nak baca pun merangkak2. maklumlah lama dah guna. masa sekolah2 dulu lancar jer membaca... aku harap. pas2 ni ko boleh wat 2 tulisan dlm blog, iaitu jawi dan rumi. semoga usaha ko ni akan merebak ke blogger2 yg laen... :)

Nur Su'aidah Bachok berkata... [Maklum Balas]

awak! hehe. sy telah berjaya membaca jawi itu dengan jayanya. memang sedikit tertekan apabila dah smpi bawah, ada tranlate rumi? hahaha. tp xpe! memang terbaek.

*salam

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

Salam Naz,
bro,cepatnya komen.. aku baru post tak sampai bape minit.. ehee..
thanx.. insyaAllah.. cuba yang terbaek.. ko support aku lg aku mau laksanakan ini mission.. hehe..
thanx kawan. :)

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

Salam kembali Su,
kalau saye tak translate risau orang bising payah nak faham. sebelum kena hentam baik saye buat dua tulisan. harap dapat melancarkan proses pembacaan kamu..
thanx ye sudi membaca di teratak yg huduh ini..

~sedih dengo lagu di 165.... :(

Nur Su'aidah Bachok berkata... [Maklum Balas]

salam jugessss.
yeah! anda sgt berfikiran jauh. good good. ;D
pasti baca, kata sudah follow. hehe. ops huduh ke? mana ada encik kentang.

*lagu haddad alwi tajuk doa'ku (tp versi instrument)

sI tEDI berkata... [Maklum Balas]

Alhamdlillah.

aku rasa bertuah sbb aku mampu membaca tulisan Jawi..

x semua org boleh baca kan?

Naz berkata... [Maklum Balas]

biasalah... aku guna telepaty... hahahaha...
kan kita dah diskass pesal permasalahan tulisan jiwa di kalangan generasi muda kita. so, aku pun terbuka minda utk meningkatkan tahap kemahiran jawi aku...
sama2 kita support perjuangan yg mulia nie...

FarhanaDr berkata... [Maklum Balas]

Ye ye ye.. Mau support juge.. Heehee.. Ku pon lama dah tak baca jawi.. Baca entry ni at least ku boleh asah kembali kehebatanku dalam jawi.. Heehee.. :)

ApEz ""MaTTeNo"" berkata... [Maklum Balas]

bro.....camne nak tulis jawi pakai komputer...????

alhamdulillah aku boleh baca post ko....tapi nak menaip aku tak pandai.....tulis tangan ok la...

sila tunjuk ajar...tq..:)

hazlin berkata... [Maklum Balas]

suka jawi walau terangkak rangkak...

saya berkata... [Maklum Balas]

orang la kata.. kalau kita pandai baca Quran.. tulisan jawi pom kita akan lancar baca.. ehehe wallahualam.. tapi saya suke.. huhu

panggil aku shEh berkata... [Maklum Balas]

ni.. await skejap ade, skejap xde nih. hahaha

aku try gak applykn jawi lm blog. bagos x haku? cepat puji skang!

imanshah berkata... [Maklum Balas]

Salam tuan punya blog..lama sungguh ana tidak menziarahi blog anta..haha..bagus tu g blajaq jawi..alhamdulillah dulu2 saya skolah pondok, dapatlah sdikit ilmu jawi ni

Naz berkata... [Maklum Balas]

Man.. ini salah satu blog yg guna tulisan jawi dan rumi... :D
http://haikalisme.blogspot.com

Amieynna Amin berkata... [Maklum Balas]

yes.. aku mampu membaca hingga ke akhir..
baru perasan ada translator dibawah..
agak merangkak tapi kalau tulisan besar sikit laju sikit aku merangkak..
ape yg aku merepek ni..
haha..
bagus.. suatu kupasan yang menarik yang aku rasa kita semakin melupakannya..

= teringat kenangan di sekolah agama..huhu..

AzizMostafa berkata... [Maklum Balas]

Jawi has only 17 sweet dancing letters.
Easy-on-the-eye, smart + easy to learn.
Semarak Jawi dengan:
1. Jawi Digital Khattat:
http://typophile.com/node/48495
http://typophile.com/files/Mir3mad.pdf
http://typophile.com/files/MirEmad.pdf
http://typophile.com/files/Naskh%20Aziz_0.pdf
2 Teka Silang Kata Kelopak — Rumi + Jawi
http://www.typophile.com/node/51401
3. TRACING THE ORIGINS OF THE JAWI SCRIPT
http://www.asiafinest.com/forum/lofiversion/index.php/t159294.html
-----------------------------------
Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya
http://www.typophile.com/node/58330