Cukup Syarat.. MESTI...


Assalammualaikum..
Baik, hari ini aku nak kongsi dengan kalian berkenaan Zakat Pendapatan. Ramai yang tak tahu akan zakat ini. Yang sedia maklum hanya Zakat Fitrah yang dibayar pada setiap kali kedatangan bulan Ramadhan. Kalau yang tahu pun, ramai yang abaikan akan tanggungjawab tersebut. Ada yang cakap Saya dah bayar cukai pendapatan, kenapa perlu bayar zakat lagi?” dan ada pula yang berseloroh Sekarang aku dah kenal kau, boleh bagi diskaun?”. Aduh.. Sakitnya jiwa aku. Zakat boleh diskaun ke kengkawan? Oleh itu, hari ini aku nak kongsi dengan kalian tentang Zakat Pendapatan. Untuk warga negeri Johor, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah memutuskan bahawa “Gaji dan pendapatan WAJIB dikeluarkan zakat bila mana cukup syarat-syaratnya”.

Syarat-syarat wajib zakat pendapatan mestilah beragama Islam, merdeka, harta yang sempurna milik, cukup nisab dan cukup haul bekerja iaitu cukup setahun bekerja. Bayaran yang dibuat sebagai upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk juga elaun dan imbuhan daripada apa-apa pekerjaan dan perkhidmatan profesional. Hasil sewa, hasil pendapatan dari pertanian, elaun kerja lebih masa, komisyen juga termasuk di dalam takrifan pendapatan.

Bagi kadar nisab, jumlah pendapatan tahunan yang diwajibkan zakat melebihi nilaian semasa 85 gram emas dan kadar pengeluaran zakat adalah 2.5% atau 1/40 daripada pendapatan yang sempurna syarat-syarat wajib zakat. Bagi negeri Johor, organisasi tunggal yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk pungutan zakat ini adalah resit yang hanya dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor. Selain daripada organisasi terbabit, sama ada sah atau tidak huallahualam. Pembahagian zakat perlulah sama adil dan dibagi sama rata pada semua 8 golongan asnaf. Ini kerana, ada golongan asnaf yang sukar untuk kita  temui di era globalisasi ini untuk menyerahkan zakat wang ini kepada mereka. Golongan 8 Asnaf adalah:
  1. Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
  2. Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
  3. Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
  4. Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
  5. Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
  6. Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
  7. Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
  8. Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan

Untuk zakat pendapatan ini, penolakan-penolakan yang dibenarkan:
i)                   Saraan-saraan yang diperlukan bagi:
a)      Sara diri                -              RM 8,000.00
b)      Isteri                      -              RM 3,000.00 x bilangan isteri
c)       Anak                      -              RM 1,000.00 x bilangan anak
d)      Mereka yang dibawah tanggungannya.
ii)                   Perubatan
iii)                 Pendidikan
 CONTOH PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN..
 
[click image for enlarge]
Jadi, di bawah ini aku sediakan sekali contoh pengiraan Zakat Pendapatan dan Jadual melalui skim potongan gaji bulanan (Skim INFAQ).
 
[click image for enlarge]

Pembayar zakat akan mendapatkan pahala besar yang berlipat ganda, sebagaimana firman Allah Subhaanahu wa Ta'ala, yang bermaksud: "Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah" (QS: Al Baqarah: 276). Dalam sebuah hadith yang muttafaq 'alaih Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam juga menjelaskan bahwa shadaqah dari harta yang baik akan ditumbuhkan kembangkan oleh Allah berlipat ganda. Sebab itu orang kaya terus kaya kerana mereka tidak lokek untuk bersedekah. Tapi sekiranya ade orang kaya yang sebaliknya, huallahualam..

TUNAIKAN ZAKAT, ZAKAT MEMBAWA BERKAT...

Best Regard,

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

5 komen:

myQza berkata... [Maklum Balas]

Alhamdulillah, baru bayar ari tu sbb dapat lebih sedikti rezeki dr biasa!

Darling Pya berkata... [Maklum Balas]

masa memula keja acu tak tau yg zakat pendapatan tu wajib dibayar tak kira lah brape pun gaji kita...
tapi Alhamdulillah cepat dapat kesedaran..sekarang nie acu bayar zakat melalui potongan gaji..senang..tak payah nak pikir2 dah...

Hazlin Nazri berkata... [Maklum Balas]

terima kasih atas info, ustaz man...

Naz berkata... [Maklum Balas]

perkara zakat nie memang jarang org ambil berat. info2 ni boleh dibuat sebagai rujukan utk mereka2 yg x tahu lagi... anyway, thanks pesal kasik info dan cth pengiraan zakat.. :)

NzA berkata... [Maklum Balas]

skrg nie dh makin senang dik, jz buat pemotongan gaji tiap2 bln...