Coretan aku kali ini sebagai medium ucapan khas takziah untuk rakan baik aku Amieynna Amin..
Semalam sekitar jam 5.50 petang, aku dapat satu panggilan telefon mengejut dari seorang sahabat blogger merangkap sahabat sekelas aku dulu, Amieynna Amin. Dengan keadaan beliau yang sedang menahan sebak memberitahuku bahawa adinda tersayang yang juga anak teruna tunggal bagi pasangan En. Amin dan Pn. Nora, Harun telah kembali ke rahmatullah pada hari tersebut.
Terkejut mendengar perkhabaran berita tersebut. Aku kenal arwah sejak sekolah menengah lagi kerana arwah seorang yang popular dan aktif sebagai ketua pengawas sekolah. Terasa sekejap walaupun baru 3 bulan aku menemui arwah di Pulau Pinang sempena majlis perkahwinan Hafila pada Disember yang lalu bersama kakaknya, Amieynna. Aku turut terasa kehilangan arwah. Arwah seorang kawan yang baik, peramah dan tidak berkira dengan segala benda. Bijak membuat jenaka dan tidak lagak hebat bahawasanya arwah seorang anggota polis. Arwah jugalah yang menyediakan tempat tinggal kami, makan minum kami dan membawa kami meronda-ronda seluruh pelusuk Pulau Pinang yang menggamit memori yang sukar untuk dilupakan. Kenangan terindah tersebut insyaAllah aku takkan lupa.
Takziah diucapkan buat keluarga arwah. Semoga tabah dan cekal menerima ketentuan illahi. Moga Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin..
Al-Fatehah..
Best Regard,
Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK
15 komen:
al-fatihah..
ada tgk kt fb juga td..
semoga rohnya dicucri rahmat dan semoga berada dikalangan mereka yang beriman. insya'allah. :)
semoga dosa2nya diampunkan allah dan diterima segala amal baik yg dilakukan. Aminnnn.
takziah...
pemergiannya pasti dirindui...
semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-fatihah
Al-fatihah.. semua terasa kehilangan aruah..
alfatihah...mina ada call aku gak...aku terkejut sgt...dan sgt2 sedih...aku rapat dgn dia masa sek dulu...masa teater sama2 and lepas aku jd ketua pengawas, dia lak yg jd...so sepanjang aku jd ketua pengawas, dia sentiasa berkerja bersama aku...redha dgn qada dan qadar Tuhan...ntah bila masa kita lak kn man....
Al-fatihah buat kwn man....kematian yg xtrduga membuatkn kita tersentak n trgamam....sabar ye dik..
Al-Fatihah buat arwah Harun bin Amin. aku dpt rasakan kehilangan tu walaupun aku x kenal dia. Buat cik Mynna, semoga terus tabah.
Al fatihah utk arwah
& salam takziah utk keluarga arwah
semoga arwah aman & tenang di sana serta di tempat kan di kalangan org yg beriman...amin
Su, InsyaAllah... Amin..
chekgu BaniHassim, betul tu pasti.. Amin..
Sky, nk lagi ko ber4 kawan baik kan.. hurmm... tp klu ko nmpk riak wajah parent die,kelu lidah... pasal adik arwah perlukan bimbingan dr abg tersayang lg....
Am, betul tu am.. yer aku igt korg mmg baik geng2 team pengawas skolah yg hyperaktif.dan arwah ditabalkan jd ketua pngawas lps ko.. arwah ade cite gak kat aku time skolah2 dulu sma dgn korg. hurmm.. tp nk watcamne,Allah sayangkan arwah.. Al-fatehah..
kak Nza, terima kasih kak.. tp impak dterima oleh amynna lg kuat kak.. hurm.. doakan yg terbaik.. Amin..
Naz, tak lambat dan cepat sedetik pon.. suma dah tercatit di 'sane'.. bila pula masa kita?? seram aku bila fikir,amal ibadah aku terlalu sedikit bro.. hurm... sama2lah kita mmperbaiki diri.. insyaAllah..
Acu sayang, Amin... :(
doakan ketenangannya di sana...
amin!
Catat Ulasan