Al-Fatihah dan Belasungkawa..

Tidak kurang seminggu hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak yang kita nanti-nantikan selama ini. Seiringan dengan penantian itu juga, aku telah menerima satu berita yang mendukacitakan bahawa salah seorang staf Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dari daerah Pontian, Ustaz Hanif telah pulang ke rahmatullah disebabkan kemalangan jalanraya yang meragut nyawa. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Sultanah Aminah Johor Bahru  kira-kira subuh pagi tadi dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan kampungnya. Aku antara wakil dari MAIJ ibu pejabat sempat juga meratapi wajah arwah buat kali terakhir di Rumah Mayat Sultanah Aminah, Johor Bahru sebelum turut mengikuti untuk mengiringi jenazah dibawa pulang ke kampung halaman allahyarham di Parit Betak, Pontian Johor. Kami warga MAIJ mendoakan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.  Al-Fatihah.

.
Best Regard,
 
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

6 komen:

hazlin berkata... [Maklum Balas]

innalillahiwainnailaihirajiun..
setiap yang hidup pasti merasai mati..

Takziah untuk keluarga arwah ustaz. moga roh arwah bersama-sama roh orang-orang beriman... Al-Fatihah..

nza berkata... [Maklum Balas]

Al-fatihah....dan salam takziah utk keluarga arwah..

Idalara berkata... [Maklum Balas]

Innalillahiwainnahilaihrojiun.

mudah2an arwah roh Ustaz di tempatkan dikalangan org2 yg beriman..Al Fatihah.

Tukang cerita berkata... [Maklum Balas]

al-fatihah...
semoga arwah ditempatkan dalam golongan beriman...
amin!

@cu SaYaNg berkata... [Maklum Balas]

Al Fatihah & takziah utk keluarga arwah.semoga roh arwah di tempat kan di kalangan org yg beriman..amin

imanshah berkata... [Maklum Balas]

alfatihah, salam takziah buat keluarga almarhum