Agak-Agaklah Jebeng..

  Aku tolong kawan aku kat kedai alatulis dia petang semalam. Tiba-tiba muncul segerombolan Mat Jebeng (PATI Indonesia kot) suruh aku TAMPAL dan TUKAR gambar 'passport' kawan dia yang dah habis tempoh. Nak dilekatkan pula kat passport orang lain yang masih sah permitnya. Lepas tu disuruh fotostet. Gila apa kau!! Suka-suka kau je nak ajak aku tipu. Alasan konon kalau tak ada permit, majikan tak mahu masukkan gaji engkau orang dalam bank. Kau ingat aku KURANG PANDAI? Nak sogok aku RM20. Silap oranglah. Kena bambu lagi dengan aku adalah... Ini Malayisa ada undang-undang. Sudah tu, buat muka tak nyesal dengan selamba badak keluar kedai. Hal yang sama juga pernah berlaku dengan sekumpulan pekerja kontraktor Bangladesh dulu. Lepas kawan aku 'bersuara' terus tak pernah datang lagi kedai. Sekarang ni Indonesia pula. Aduh!
Engkau orang kalau nak cari rezeki kat sini tak salah, tapi buatlah dengan cara yang betul. Jangan nak terjebakkan orang lain dalam agenda hitam kalian semua ye. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

~ Kadang-kadang terasa seperti menumpang di negara orang. Penuh warga asing di sini. Nak lagi sekarang ni sudah dipendekkan taraf penduduk tetap dari 10 tahun jadi 5 tahun. Sukanya mereka. Takkan Melayu hilang di dunia.

Best Regard,

Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

9 komen:

Naz berkata... [Maklum Balas]

aku membaca smbil membayangkan ko sound mamat2 obersi tu... hehehehe...
bagus2.. keberanian ko memang bertempat. thumbs up bro!!!

Amieynna Amin berkata... [Maklum Balas]

wah man skg dah berani bsuara..
dulu tegur minah cashier, skg mamat PATI lak..
gud job2.. hehe..

imanshah berkata... [Maklum Balas]

ayoyo berani nyer..saya dulu masa keje kilang ada kawan ngan budak indon, pinjam duit 500 tak pulang2..adei..

huhu mengungkit2

pati pemgajaran berguna tu

hazlin berkata... [Maklum Balas]

dah namanya PATI..

kalau pati santan lain cerita la...

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

klu pati santan buat masak lemak atau kerisik.. ayam masam masak kari.. nyum3..... hahaa

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

Naz,
elakkn aku kena buluh runcing je bro.. hehee

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

Miz Nina,
hehe...skrg kite kena berani krn benar klu tak ditindas.. :p

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

cikgu imanshah,
sape yg pinjam? cikgu ke mat jebeng tu?? takpelah halal bihalal esok lusa kite tuntut kat akhirat.. hahahaa

hazlin berkata... [Maklum Balas]

sedapnya kari ayam campur kentang yummmyyy!!!!