Jerebu Melanda..


Beberape hari yang lepas di Muar IPU die naik sampai 432. Bacaan IPU ni kalau ikut Jabatan Alam Sekitar, 0-50 tu baik, 51-100 sederhana, 101-200 tak sihat, 201-300 sangat tak sihat dan 300 ke atas merbahaya.
Pagi semalam aku pergi kerja memang teruk jerebunya di bandar Johor Bahru. Jerebu ni kalau dah Johor kena, negara seberang terus tak nampak disebabkan jerebu sangat tebal. Tapi jerebu di sana dengarnya semakin teruk. Tapi alhamdulillah hari ini sejak dari pukul 7 pagi tadi dah semakin baik. Hanya di Larkin Lama & Pasir Gudang parasnya masih sederhana. Jadi sesiapa yang berada di kawasan tersebut berhati-hatilah. Juga diingatkan pelindung mulut dan hidung jangan dilupa.


Best Regard,


Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

4 komen:

hazlin berkata... [Maklum Balas]

dik man,
kalau jerebu di hati apa bacaannya? mungkin -0???

***tak boleh bayangkan sesaknafasnya kalau pakai pelindung mulut n hidung...

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

kak lin,
jerebu dihati akak sorg je yg boleh baca bacaannya.. hehe.. pesal akak je yg merasanya.. boleh camtu kak??hehe....

~oleh yg sedemikian pkai la face shield (pelindung muka) yeehaaa.. hehee

hazlin berkata... [Maklum Balas]

owhh.. u mean pakai purdah?

best gak kan... boleh menyamar???

nza berkata... [Maklum Balas]

Alhamdulillah keadaan dh semakin ok...smlm hujan turun kt sini....