Lurah Tudung Berapi..

Sangat marah bila tengok perempuan-perempuan yang pakai tudung tapi nampak lurah punggung bila membongkok. Jangan pulak kata aku skodeng minah-minah tu tapi ianya tanpa disengajakan. Aku dengan kawan aku pusing-pusing di sebuah pusat beli belah, tiba-tiba seorang awek ni boleh nak ikat tali kasut dia yang terbuka kat depan eskelator. Pakai tudung, tapi baju astaga ketat dan pendek nauzubillah. Dengan percuma dia belanja dosa mata aku tengok benda alah macam tu. Aduh. Aku ni taklah jahat sangat, tapi dah nama lelaki mesti terpana sekejap walaupun cuba menghalangnya. :p Tapi yang paling aku segan belakangnya bangsa lain yang sama perasan apa yang aku nampak. Tak payah la aku cerita apa benda lain yang aku nampak tapi ia sangat memalukan. Bukan untuk mengaibkan tapi lihatlah dari sudut positif. Tutuplah aurat dengan panduan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Sekarang kita cerita pasal wanita yang bertudung kerana fesyen dan tidak memakai tudung dengan cara yang sepatutnya. Wahai kakak-kakak, makcik-makcik dan adik-adik sekalian... Macam lupa pulak yang tudung tu fungsinya untuk menutup aurat tapi dah baik tutup atas bahagian lain pulak yang terdedah. Aku bukanlah anti kepada orang yang tidak bertudung. Sebab itu hak masing-masing (walaupun ianya WAJIB bagi orang Islam). Tapi bila tiba masanya tergerak hati nak bertudung, bertudunglah dengan cara yang betul. Tak salah nak berfesyen tapi jangan sampai melanggar apa yang sepatutnya dilakukan.
.

Mak aku pernah cakap, nak buat sesuatu niat kena pasang dengan betul. Kalau niat lain, lainlah jadinya. So apa niat anda untuk pakai tudung sebenarnya? Nak tutup aurat atau berfesyen? Sendiri Mau Ingatla kan. Baik tak payah pakai tudung.

Artis dijadikan sebagai ikon. Sekarang ni memaglah semakin ramai artis yang  bertudung tapi berapa ramai yang menutup dengan cara yang betul? Mungkin alasannya baru permulaan. Jika itu alasannya, aku tak boleh cakap apalah. Tapi pada aku, biarlah nak menutup dengan keseluruhannya bukan nampak leher atau baju yang jarang. Bila ditegur kita yang kena marah, alasannya kubur masing-masing.. Hello kawan, umat islam ni bersaudara, sudah jadi tanggungjawab aku tegur saudara aku. Kubur anda juga akan ditalkinkan oleh saudara kamu juga. Jadi sama-sama ingat mengigati.


~ Didikan agama sangat penting. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu melabuhkan pakaiannya di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.


Best Regard,
 
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

13 komen:

Tukang cerita berkata... [Maklum Balas]

terkesan sungguh entry ni di hati....
tq man...
semoga akak dan wanita muslimah diluar sana turut mengambil peringatan ini....

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

saye pon byk kekurangan kak. cuma saye melunaskn ape yg ade dlm kotak pikiran saye.. sama2 ingat mengingati.. insyaAllah kak..

~saye lelaki ade batas aurat jugak... ;)

Amieynna Amin berkata... [Maklum Balas]

terima kasih kerana mengingati kaum aku..
kadang aku pun takut nak berfesyen sebab takut terkeluar batasan yang diletakkan..

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

samer2..
same2 beringat,pesal manusia alpa..
berfesyen tak salah...

hazlin berkata... [Maklum Balas]

mana gambor akak? akak bertudung sopan je tawwww... hehehe
contoh wanita muslimah dan ibu mithali... ngeh ngeh

imanshah berkata... [Maklum Balas]

salam budak kentang..ayoyo, kamu amek ke gambar budak pempuan tu bersama lurah dendamnya??haish

nza berkata... [Maklum Balas]

2lh skrg pakai tudung sbb fesyen...tutup sana trdedah sini...trkdg siap nmpk sluar dlm kalu tunduk tu...aduhai, akak pn naik berbulu smpai kluar taik mata...hu...

ainnoraini berkata... [Maklum Balas]

salam ziarah dihunjung minggu...

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

kak lin,
iye tak ye ek.. lupe la kak nak bubuh.. nnt saye edit wanita muslimah, ibu mithali dan guru dedikasi.. hehe

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

cikgu imanshah,
ish taklah.. takkn la kwn nk amek gambo huduh tu.. tak kena flying kiss plak karang.. huhuu.. gambo tu dpt dr pokcik google jer.. huhu...

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

kak nza,
betul,teruk betul..tp bebaik kak jgn smpai terkeluar mate tu sudah la kak ye...hehee

bUdAk kEnTaNg berkata... [Maklum Balas]

kak ain,
terima kasih.. selamat berblog dihujung minggu.. :)

mizz greenApple berkata... [Maklum Balas]

thankz ngan n3 nie..
sometime tlupa jugak antara fesyen ngan tuntutan agama..
hope makin ramai yg cba jd yg tbaik.. :)