Hanya 5 Sen Bisa Merosakkan Segalannya..

Minggu lepas, habis saja sarapan pagi member aku berangin satu badan pasal aku tak ikut kehendak dia singgah kat pam minyak shell hanya kerana dia nak beli rokok. Aduh... Nak pula aku layan. Lantak pi la dia. Iyalah, aku sebagai  member yang prihatin tak naklah member aku mati cepat. Nanti aku dah tak ada kawan. Kesian aku. Jadi aku jalanlah trus balik 'office'. Hehee... Payah aku nak cakap, nak nasihat nanti dikata berhujah. Keluar kereta muka terus merah-merah pendam marah tak terluah. Nak marah risau member baik tergadah. Aku tak takut kalau kau nak marah pasal kau hisap benda yang tak berfaedah. Ada aku kisah!!! Ahaks..


Ya! Hak untuk mengetahui hakikat sebenar disebalik harga sebatang rokok. Dengan membayar 50 sen untuk sebatang rokok, anda sebenarnya membelanjakan :
24sen cukai hasil tembakau
14sen keuntungan pengilang rokok
5sen untuk peruncit
1sen keuntungan pemborong/pengedar rokok
1sen untuk dinikmati penanam/pengawet tembakau
Nilai sbnr sebtg rokok hanyalah 5 sen!

Setiap rokok yang dihisap, anda sebenarnya menghadiahkan diri dengan:
20x lebih risiko kanser paru-paru
10x lebih ancaman penyakit paru-paru
10x lebih padah saluran darah tersumbat
4x lebih ancaman serangan jantung
2x lebih risiko serangan strok
50% risiko kematian akibat tabiat merokok
Paling utama, anda juga sebenarnya menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyayangi anda. Berhenti Sebelum Terlambat! 
Sumber : KKM
www.infosihat.gov.my|www.myhealth.gov.my
Dunhill sekotak RM10 dah sekarangkan? Untuk 1 carton rokok (10 pek), peruncit cuma untung sekotak rokok. Cuma 10 sen dari setiap kotak.

Rokok adalah satu-satunya barangan yang untungnya tak seberapa tapi orang tetap jual. Kalau penjualnya juga seorang penghisap rokok, memang tak ada untung langsung pun sebenarnya. Hahaa... Sebab tu peruncit jual loose jer. Hmm.... Kepada yang baru mencuba janganlah teruskan dan kepada 'heavy smoker', masanya dah tiba untuk anda berhenti merokok.

Ada beberapa member aku yang dah cuba untuk berhenti, alhamdulillah. Cuma member aku yang seorang ni saja yang TEGAR. Huh...

Katakan TAK NAK kepada rokok.


Best Regard,
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

2 komen:

Hazlin Nazri berkata... [Maklum Balas]

salam,
dato' H liat betul nak berenti merokok... dah puas berkhutbah..
... hanya doa je senjatanya..

hysman berkata... [Maklum Balas]

waalaikumussalam wbt..
saye penah baca asap yg dihembus tu lg teruk dr asap yg disedut...
so kak kena jaga2 jugak kak...
huuh..
amin...
insyaAllah moga dato'H benti ye..
;)