Bahana Nafsu..

Tadi pagi selak-selak akhbar Metro.
Tengok-tengok terpampang tajuk hakim syariah dicekup berkhalwat.
Biasalah Metro, kes-kes seumpama itu gemar untuk di'highlight'kan.
Subhanallah... Kalau betul disabit kesalahan, macamana reaksi kita sebagai saudara seislam.
Orang yang dianggap adil lagi bijaksana dan arif prihal syariah sanggup melakukan perkara itu semua.
Astagfirullahalazim... Macam-macam hal dunia sekarang ni.

Tajuk lain pula, pasangan Sehati Berdansa cerai.
 Di dalam Islam, penceraian merupakan sesuatu yang dilaknat oleh Islam tetapi diharuskan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu.
Tiada siapa inginkan masjid yang dibina berakhir dengan kehancuran.
Sebenarnya di Pejabat Kadi mana-mana tempat pun banyak kes cerai berai ni.
Memang sentiasa ada. Sesi kaunseling amat penting.
Tapi bila dibincangkan prihal yang bercerai itu dikalangan artis, baru ianya terkesan.
Kerana artis itu dianggap ikon dan public figure.
Tapi kenapa perceraian terjadi?
Salah suami, salah isteri atau salah org ketiga..Huh  Huh


Sebelum ni, pasangan Sehati Berdansa yang tidak dapat pertahankan rumah tangga mereka adalah Anne Ngasri, Asheed Def-Gab-C, Dira Abu Zahar, Radhi OAG, Sabrina Ali dan terbaru pasangan Sein. Pengacaranya dulu Fahrin Ahmad, Scha Al-Yahya dan Linda Onn pun berhadapan dengan cerita panas dalam rancangan tersebut.


Setelah suami atau isterinya berguling, diangkat, dibaling dan dipusing untuk menari dihadapan lensa kamera untuk 'sajian' halwa mata penonton rancangan tersebut, akhirnya mereka berpisah.

Aku ni bukanlah pengikut setia dunia popular ni, tapi sekadar mengetahui dari hebahan akhbar tempatan. Kenapa semuanya (tak semua) berakhir dengan perceraian?
Iya, memang aku tak kahwin lagi dan tiada pengalaman berumahtangga.
Tapi cerita negatif sebegini rasanya tak elok dihebahkan terlalu umum nak lagi anak muda sekarang, risau ianya menjadi trend.
Kahwin hari ni, minggu depan dah duduk berasingan.
Walau apapun mereka ada sebab tersendiri mengapa berlakunya penceraian.
Harap pasangan Mari Menari tidak terkena tempiasnya.

**Ya Allah, jauhkanlah...


Best Regard,
 
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

23 komen:

Tanpa Nama berkata... [Maklum Balas]

xsuke artis..kawen nk gempak

nabilah_2908 berkata... [Maklum Balas]

yupp...bg sy yg juga masih belum berkahwin pun takut juga bila baca berita2 mcm ni...

siapa salah..mungkin semua yg terlibat salah..setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
NASI GORENG AYAM

sinomosa berkata... [Maklum Balas]

Salam Hysman,

Sebab mereka artis itu sebab dijadikan isu..
Minta dijauhkan segala yg tidak baik itu dari diri kita dan keluarga..
Zaman sudah semakin ke pengakhirannya..wallahualam..

sinomosa berkata... [Maklum Balas]

1 thing, apsal kkdg susah nak masuk blog nie..url bertukarkah? huhu

Darling Pya berkata... [Maklum Balas]

tak ada angin..tak ada ribut tiba2 je rumahtangga diaorang runtuh..
sedih betul...

bintangku berkata... [Maklum Balas]

Minta dijauhkan lar cerai berai nie. Klu boleh nikah kawen tu nak sekali jer seumur hidup. Nak bersama pasangan dunia akhirat.

mr.syazwan berkata... [Maklum Balas]

hahahaha

baca je tajuk je wan da gelak mengilai2

buat kes org tpi dia pun kena gak

adehh

hahahhahahahaha

(hentak2 pala kat meja)

ILA HonEyBuNNy berkata... [Maklum Balas]

hurm...mcm2 dunia skrg kan....

MR. SYAH berkata... [Maklum Balas]

baru baca metro td.. thun lepas rasanya berlaku 27 ribu kes cerai... byk tu...


tu ssh klu artis nikn.. rasa2 MARI MENARI BUKAN ARTISKN... JGN ADA PLAKLH KES2 CAMTU..

nadia berkata... [Maklum Balas]

divorce? hate this!!!
cian kt anak2... =(

Tukang cerita berkata... [Maklum Balas]

macam2 cerita akhir zaman....

hysman berkata... [Maklum Balas]

miss neeya,
artis duit byk... ;)

hysman berkata... [Maklum Balas]

nabilah,
betul pada saye semua harus btanggungjawab.. ;(

hysman berkata... [Maklum Balas]

cik sinomosa,
waalaikumussalam wbt..
berbalik pada alquran dan sunnah..
inysaAllah dipermudahkan..

ade sikit gangguan teknikal pada urlnya.. kecewa tak dpt penyelesaina... :((
maaf ye..

hysman berkata... [Maklum Balas]

acu,
angin tu dlm kebuk jer kot..tp oklah jugak tak dijaja cite dlm kelambu.. :)

hysman berkata... [Maklum Balas]

kak bintangku,
insyaAllah..itu yg diharapkn oleh semua pasangan..moga2 kita hidup hanya berteras kepadaNya..

hysman berkata... [Maklum Balas]

wan,
takde manusia yg sempurna...

hysman berkata... [Maklum Balas]

cik honneybunny,
dunia akhir zaman..:(

hysman berkata... [Maklum Balas]

mr syah,
itu fakta betul..klu tgk kat pejabat kadi terlalu ramai yg menuntut cerai...sedih.. :(

hysman berkata... [Maklum Balas]

nadia,
bg yg takde anak?

hysman berkata... [Maklum Balas]

kak nurul,
itulah kehidupan hambaNya di fasa ke 4 kak... ;(

Tanpa Nama berkata... [Maklum Balas]

Saya biasanya tidak posting dalam Blog tapi blog Anda memaksa saya untuk, bekerja luar biasa .. indah ...

Hazlin Nazri berkata... [Maklum Balas]

hidup ini telah direncanakan..

kita yang perlu mencorakkannya.. nak bahagia atau derita..