Sharifah Sofia Pertikai Hari Kekasih Haram..

Assalammualaikum readers...
Apa nak buat hari minggu ni, dah seminggu tak berupdate. Adeii...
OKlah, just sharing from my inbox.
actually there is nothing I want to write, it just updates my blog.
Benda ni dah selalu sangat dipertikaikan.
Jadi sebagai ingatan dan renungan, kita yang bijak pandai ni...
LU PIKIR LAH SENDIRI...
Lama tak dengar cerita tentang pelakon wanita kacukan Melayu Ingeris ini. Dengar khabar, pemilik nama sebenar Sharifah Sofia Syed Hussien ini sedang menunggu saat-saat kelahiran permata sulung beliau bersama suami tercinta, Syed Ismail Syed Al-Ali. Mesti excitedkan?

Mengimbas kembali gosip panas yang pernah terpalit kepada wanita kelahiran Liverpool ini, (selain gambar berparti dan bersosial) insiden bergambar ‘mesra’ Sofia dengan beberapa ekor anjing yang tersebar luas di internet sedikit masa dahulu telah mendapat reaksi negatif daripada peminat. Rata-rata berpendapat bahawa Sofia langsung tidak mengambil kira sensitiviti rata-rata umat Islam di negara ini.

Walaupun tindakannya itu dikritik hebat oleh majoriti masyarakat Islam, namun pelakon drama rantaian Nur Kasih ini telah memberikan komen balas bahawa sebagai seorang yang beragama Islam, beliau juga tahu akan halal dan haram sesuatu perkara itu.

Terbaru, Sharifah Sofia dilihat cuba mempertikaikan tentang isu pengharaman sambutan Valentines Day atau Hari Kekasih di laman Twitternya. Antara persoalan yang dibangkitkan beliau ialah, “Jika benar ianya haram, mengapa tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini tidak diharamkan”?

Namun penulis ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada peminat-peminat Sofia yang sudi menjelaskan kepada beliau bahawa sambutan Valentines Day sememangnya haram sejak dahulu lagi, cuma kita-kita ni saja yang kurang peka atau sambil lewa dengan pengharaman tersebut. Harap maklum!
Orang muslim sendiri pertikaikannya. Nonsense...
Tapi aku tertarik bila dia tulis,
"If that the case, why wasn't valentines day haram last year and many years before that?"
Siapa harus dipersalahkan? Pihak berwajib ke?
Aku pun bukan baik sangat tapi tak salahkan share?
Sekadar renungan dan tanda kasih sayang buat saudaraku seislam semua.
Kenapa iannya HARAM, try lah cari kat Pokcik G.
Banyak artikel yang boleh digunapakai.
Tapi saluran media cetak mahupun elektronik sukar memainkan peranannya.
Nak kata aku kolot, ada aku kisah? Tepuk dada tanya iman.

Best Regard,


Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

16 komen:

white rose berkata... [Maklum Balas]

assalamualaikum...

man, man...
mere maaaannn...

miahahaha...


aduihh...peringatan buat semua...
sharifah sofea ni dia tak g sekolah agama...jadinya dia agak keliru bab2 agama ni...

mujur ada umat Islam yg prihatin bab2 ni...

jangan la kita panjang2 cerita, dia pun sudah mendapat penjelasan dari peminat2 dia...

berdoalah agar dia & umat ISLAM yang lain memahami serta mempelajari bab2 yg begitu sensitif dalam masyarakat kita ni...

ape2 pun man, arini ade majlis perkahwinan...

jom2, ikut akak makan2 freee...

Amieynna Amin berkata... [Maklum Balas]

media xconcern..
tahun lepas ke bile aku tgk siap ada segmen amri meraikan cinta dengan menayangkan cerita2 cinta sempena minggu 14feb..

Unknown berkata... [Maklum Balas]

selamat pagi ahad..

hsyman..baru kak tahu ttg si melayu kacukkan tu ada belakon drama nurkasih...tapi, babak mana dia main eik>>??


subhanallah..apa lah dia tu, tahu haram halal..tapi tak tau ttg 14 febuary tu cr org kristian sesatkan kita..
subhanallah

mr.syazwan berkata... [Maklum Balas]

da baca artikel ini kat oh bulan rasanya..

yg perlu di salahkan diri sendiri dan ibu bapanya

yg kurang arif dalam pegangan agama

terbaru si azwan ali dpt job raikan hari kekasih..

dia siap kata ini kerja so tak tolak la.. ermmm x tahu la

Dinas Aldi berkata... [Maklum Balas]

apakah kita perlukan 1 hari khas untuk menunjukkan kasih sayang pada orang yg halal bagi kita? 1 hari? lebih baik kita menunjukkan kasih sayang itu sepanjang tahun. kenapa harus memilih 1 hari khas, lebih2 lagi hari yg bukannya berasal usul dari agama & budaya kita? kalau nak celebrate hari ulangtahun perkahwinan tu memang patut la, dah memang istimewa pun.

haghu sungguh la haih!

IMANSHAH berkata... [Maklum Balas]

pengertian iman kepada Allah adalah membenarkan dengan hati bahwa Allah itu benar-benar ada dengan segala sifat keagungan dan kesempurnaanNya, kemudian pengakuan itu diikrarkan dengan lisan, serta dibuktikan dengan amal perbuatan secara nyata.

faham2 lah

Darling Pya berkata... [Maklum Balas]

pada dia V Day tu disambut bukan hanya dengan kekasih tapi dgn mak,ayah,adik beradik & kawan2...tu yg dia pertikai kenapa V Day tu haram...

aima in luv berkata... [Maklum Balas]

V'tine day mmg haram.... Tapi sesetengah pihak yg kurang prihatin amek mudah je hal nie... sebab tue timbul isu kenapa ada yg masih sambut... mmg memalukan kaum...

NzA berkata... [Maklum Balas]

skrg nie man dh akhir zaman..org yg xtau hukum agama boleh berhujah ttg halal haram n mempersendakan hukum..dh xpelikkan...
Siapakah yg harus bertanggungjwb?????

Naz berkata... [Maklum Balas]

apa nak komen yer? pesal dah terang2an hari kekasih nie haram di sisi agama sejak dulu lagi. cuma skrg nie baru umat Islam negara kita sedar dan menyebarkannya ia adalah haram. harap2 penerangan hamba Allah kat twiteer beliau tu dpt menambahkn kefahamannya tentang perkara nie...

CikguAreefNaim berkata... [Maklum Balas]

assalamu 'alaikum...

inilah akibatnya, apabila diri masih jahil, tp masih ada hati utk membicarakan persoalan halal haram...

hal ini terjadi, apabila hukum yg tlh disepakati itu tdk selari dgn kehendak n hawa nafsunya...

HEROICzero berkata... [Maklum Balas]

yang gua pasti, dia ni comel. kan =)

HEROICzero berkata... [Maklum Balas]

ok lari tajuk. T______T

Semoga selamat semua. =)

MR. SYAH berkata... [Maklum Balas]

itulah.. kalau tak tahu kena tanya.. tak perlu pertikaikan.. valentine day bukan perayaan untuk org islam.. klu islam xyahlah sambut.. media pun 2x5 jer.. raikan cinta sangat..

sahromnasrudin berkata... [Maklum Balas]

assalamualaikum..

selamat menyambut maulidur rasul untuk semua umat Islam...

Nurul berkata... [Maklum Balas]

As-salam

Untuk orang seperti Syarifah Sofea kita perlu perlahan-lahan menjelaskan sesuatu yang menjadi larangan yang mungkin sudah lama menjadi resam dalam hidupnya dan family.

Sy sendiri bersyukur sebab tahu tentang haramnya valentine ni sejak dari sekolah menengah lagi.

About 6 - 8 years ago. Syukur sebab kecik2 kena *campak* masuk asrama. banyak ilmu agama y dicedok ketika itu. Since then I started to spread the word.

*Masalah jelas hari ini, ramai yang tahu, tapi ramai yang takut nak bersuara.

Kenapa?

1. Mereka rasa mereka tak cukup baik utk menasihati tambah-tambah lagi, masing-masing pun berkapel..

2. karang orang tu tembak sebab apa ko berkapel? Kapel tu bukan haram ke? hah pening nak menjawab!

Kawan2,

Perkara yang baik tidak menilai siapa yang menyampaikannya.

Bila kita dah rasa kita tak cukup baik, tak susah.

Cepat-cepatlah berusaha berubah untuk jadi lebih baik. Jangan tangguh2 dengan alasan tak cukup bersedia. :)

Untuk yang dah rasa baik,

Janganlah kamu sangka kamu tak DECLARE couple, kamu tak sambut valentine, kamu dah cukup baik.

Kamu dok message2, dok komen2 fb si dia si jantung hati, dok rindu-rindu semua tu, kamu perasan tak kamu sebenarnya menghampiri zina?

Perkara utama yang dinasihati adalah JANGAN MENGHAMPIRI ZINA.

Menasihati jangan menyambut V. day rasanya entah jatuh ke tangga ke berapa dalam usaha menasihati manusia supaya jangan menghampiri zina.

Apa pun manusia mudah lupa, oleh sebabtu kita perlu ada kawan-kawan yang baik, yang mahu menasihati bukan sekadar melihat dari jauh kita melakukan kesilapan. Kadangkala musuh lebih baik dari sahabat sendiri, sebab musuh akan terang-terang menunjukkan keburukkan dan kelemahan kita. :)

Apa pun jangan membenci individu tetapi bencilah perbuatan salah yang dibuat. Kita tak tahu, satu hari nnt individu itu akan menjadi lebih baik dari kita, malah kita tak tahu adakah kita mati nnt kita masih bergelar Islam.

Sentiasa muhasabah. :)