Tunjuk Tauladan Yang Baik..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Aku nak cerita sikit pasal isu maki hamun.
Aku sedih di zaman era globalisasi ni, maki hamun macam dah menjadi kebiasaan.
Mungkin ianya dah lama tapi rasanya semakin menjadi-jadi lately ni.
Ayatnya pun makk aiii kemain ko, lancang betul... Tegak saja tak ada corner-corner.
Dulu memang ada tapi tak ada orang pun yang ambil kisah, pesal dulu lain sekarang lain.
Macam isu berkemban, orang dulu berkemban lagi dasat tak ada complaint pun, 
tapi bila sekarang artis berkemban, pemerhati dunia artis dah pun ambil peduli.
Mengikut peredaran zaman katannya.
Berbalik pada cerita...
Kalau nak marah pun, kan ada ayat lain yang lebih sopan bunyinya,
Tak perlu nak maki memaki, buat penat malaikat belah kiri je mencatit.
Ada golongan yang suka 'tembak' orang dengan senapang lidah yang tak bertulang.
Nak lafaznya sangat mudah hanya set kat minda, tapi impaknya seribu tahun orang sukar lupa.
Ibarat pepatah, kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa.
Kita nak herdik orang dengan maki hamun, yang awak tu dah sempurna ke?
Janganlah nak kata orang sedap mulut.
Kita orang Islam, ada cara tersendiri nak tangani perasaan marah tu.
Dah marah, mulalah syaitan dekat. Kat mulut pun macam-macam perkataan yang keluar.
Janganlah kita memanggil orang disekeliling kita dengan maksud yang jijik
Kerana itu ibarat satu doa kepada si penerima.
Tak susah pun kalau kita panggil nama, kan itu lebih baik.
Cubalah bersabar.
Kepada 'beliau', tunjukkanlah tauladan yang baik kepada orang yang berada disekeliling anda.
Pesal mereka yang lain memerhati anda.
Walaupun pada zahir mereka senyum, dalam hati mereka pun ada taman juga.
Mudah tersentuh pesal kita ni lain-lain tak sama.
Jadi dimintalah keprihatinan anda dengan keadaan sekeliling anda.
Tak rugi pun...
 
 **Bila bahan lucah dianggap perkara biasa, setakat perkataan lucah diselitkan dalam maki hamun dianggap juga perkara biasa. SubhanaAllah...

Best Regard,
Posted by: http://smilemyfta.blogspot.com

Tapaknya..IMAN, Jalannya..SYARIAT, Natijahnya..AKHLAK

11 komen:

mr.syazwan berkata... [Maklum Balas]

orang selalu ckp

sabar itu separuh daripada iman kan

tpi ku ni selalu x penyabar

gelojoh, jopoh n cepat marah

huhuhu

tapi bila dgr nasihat yg diutarakan oleh ustaz hysman rasa sejuk jee

terima kasih

=_=

::FAIZ FARISH:: berkata... [Maklum Balas]

stuju ngan Syazwan

NzA berkata... [Maklum Balas]

org dulu kalu nk marah pn brlapik ttp skrg ni mcm bom nuklear je..meladak semacam.....

wahida berkata... [Maklum Balas]

bila dah marah, semua benda boleh keluar...

IMANSHAH berkata... [Maklum Balas]

salam

kena tahap sabar tinggi jahat dibalas baik

Oasis berkata... [Maklum Balas]

Takut nak dekat dgn org yg marah ni..

@cu SaYaNg berkata... [Maklum Balas]

tak suka betul orang yg suka maki hamun nie...ditambah pula yg menyelit kan perkataan lucah dlm ayat2 nya...

HEROICzero berkata... [Maklum Balas]

nak marah, nak tegur pun,

biar lah dengan penuh hikmah. =)

sahromnasrudin berkata... [Maklum Balas]

MMG SUKAR UNTUK SABAR..kiter kne banyak belajar utk bersabar...

nabilah_2908 berkata... [Maklum Balas]

hmmm...betul tu..bnyk yg berlaku..

nk jumpa ayat2 maki hamun ni..cuba buka blog2 gossip...yg menceritakan tntg keaiban seseorang artis...pasti berlambak2...

sebelum nk mengata orang..kena tgk diri sndiri dulu...sabar tu pun sngt lah pntg...

jom ke APA KATA HATI pulak ;
REZEKI PERTAMA 2011

ADfeez berkata... [Maklum Balas]

kata2 yang keluar dr seseorang melambangkan keperibadian die...
that means kalo seseorang jenis suka maki hamun x tentu pasal.... bermakna hidup yg sebenanya kucar kacir adalah die... heheh ;D